Baby rompers atau onesie sememangnya comel. Jangan terkejut jika sekarang terdapat banyak design dan pattern yang menarik di pasaran, keraan koleksi baju bayi newborn ini memang wajib ada di rumah! Ia adalah one-piece garment atau pakaian one set yang biasanya dipakai oleh bayi dan kanak-kanak.
Tetapi, masih ramai lagi ibu ayah baru yang keliru dengan rompers dan jumpsuit. Sebenarnya kedua-duanya adalah jenis baju bayi yang berbeza. Kebanyakan rompers panjangnya hingga paras peha atau atas lutut dengan butang di celah kelangkang sama ada butang besi atau butang seperti baju kemeja.
Tujuannya adalah supaya para ibu mudah menukar lampin tanpa perlu menukar baju anak. Manakala, jumpsuit baby pula biasanya direka dengan panjang hingga ke buku lali.
Tips Memilih Baby Rompers Yang Terbaik

Dalam menjamin keselesaan dan pada masa rekaan yang terkini dan praktikal untuk anak, ibu ayah perlu tahu tips baby rompers terbaik seperti mana yang kami kongsikan di bawah:
1. Pilih Material Yang Serap Peluh & Lembut
Pastikan anda memilih material baby rompers yang menyerap peluh dengan baik dan lembut pada kulit bayi. Sebaiknya, pilih material yang selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik supaya si manja tidak berpeluh dan tidak menyebabkan ruam atau iritasi.
2. Cari Rekaan Yang Mempunyai Zip atau Berbutang
Terdapat pelbagai rekaan moden rompers bayi. Oleh itu, ibu ayah perlu kenal pasti ciri-ciri anak anda. Jika anak anda seorang bayi yang aktif, onesie baby yang simple dan berbutang sesuai untuk digayakan kerana memudahkan urusan seharian.
Manakala, baby rompers yang berzip pula, cari rekaan yang mempunyai two-way zipper yang mudah dibuka dan dipasang semula tanpa merimaskan pergerakan si manja!
3. Sesuaikan Warna & Motif Mengikut Jantina Bayi
Pasti ibu ingin menunjukkan betapa hebatnya dalam melakukan proses grooming bayi anda. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk memilih baby rompers yang mengikut fesyen semasa. Ada onesie jenis cosplay, ada yang bermotif bunga-bungaan dan buah-buahan serta ada juga yang simple dengan warna yang basic. Sesuai untuk semua jantina.
4. Tag Baju
Tidak dinafikan setiap baju mesti mempunyai tag jenama atau label terperinci maklumat. Sebelum beli baby rompers, sebaiknya pilih tag baju yang berada di luar baju. Ini supaya dapat mengelakkan sebarang kerengsaan dan rasa tidak selesa.
Atau, jika sukar cari tag yang berada pada luar baju, pastikan tag baju tersebut mempunyai jahitan yang kemas dan diperbuat daripada kain, bukannya plastik.
5 Baby Rompers Menarik dan Selesa Untuk Si Manja
Buat ibu ayah yang masih runsing nak beli di mana, kami ingin membantu anda dengan memberi cadangan pilihan baby rompers yang bukan sahaja menarik, malah selesa dipakai mengikut situasi yang berbeza. Jom shopping!
[product-comparison-table title="5 Baby Rompers Menarik dan Selesa Untuk Si Manja"]
Uniqlo Airism Cotton Blend Sleeveless Romper
Baby Rompers Terbaik Sejuk dan Selesa

Romper tanpa lengan ini menjadi pilihan kerana ia bukan sahaja sesuai untuk bayi lelaki dan perempuan, malah direka khas untuk bayi yang mudah berpeluh. Sangat disyorkan jika anda mempunyai anak yang aktif dan selesa dibawa berjalan-jalan atau dipakai ketika di rumah.
Usah bimbang jika anak mengalami sebarang kerengsaan pada kulit kerana onesie ini bersifat hipoalergenik dan antibakteria.
Apa yang kami suka?
- Jahitan garis leher yang kemas
- Dengan material campuran cotton AIRism
- Warna senada
- Jenis pullover dengan bukaan leher yang lebar, mudah tanggal
FirstDino Organic Cotton Onesie
Baby Rompers Terbaik Untuk Bayi Kulit Sensitif

Baby rompers keluaran jenama FirstDino ini sesuai digayakan pada waktu malam, bahkan ketika cuaca panas! Ini kerana ia diperbuat menggunakan gabungan organic cotton dan pure cotton menjadikan ia lembut dan selamat untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.
Direka dengan butang pada bawah menjadikan ia mudah dipakai atau ditanggalkan. Konsep onesie baby ini adalah minimalis, elegan dan klasik. Menjadikan ia tidak pernah ketinggalan zaman dan tetap kena dengan trend!
Apa yang kami suka?
- Warna 'Earth Tone' yang senada
- Material campuran organic cotton dan pure cotton
- Lengan panjang
- Butang pada celah kelangkang dengan reka bentuk melengkung
- Garis leher bulat
Precious Baby 3D Animal Romper
Baby Rompers Terbaik Menarik & Trendy

Wah, comel sangat kan rompers dengan rekaan 3D bermotifkan corak binatang ini? Onesie ini menggunakan material yang berkualiti dengan pengudaraan yang baik. Jadi, anak kecil tidak akan rasa panas atau berpeluh jika memakainya. Pasti ibu teruja untuk sesi bergambar!
Ia dilengkapi dengan hoody, jadi ibu ayah boleh tutup sahaja kepala anak dengan pelindung kepala sekiranya cuaca panas atau ketika hujan rintik.
Apa yang kami suka?
- Dilengkapi hoody atau pelindung kepala
- Rekaan 3D dan corak binatang yang cute
- Ada butang bukaan depan
- Pilihan warna dan corak menarik: Blue Puppy, Pink Puppy, Ducky, Moo Moo Cow, Brown Tiger & Yellow Tiger
Baby Poney Hedgehog Romper Set
Baby Rompers Terbaik 2 dalam 1

Baby Poney Hedgehog Romper Set juga adalah pilihan yang terbaik untuk anak perempuan kerana didatangkan dengan baju lengan pendek berserta dengan frill-sleeve romper yang menarik.
Bayangkan jika si manja memakai pakaian comel ini sekali dengan legging bercorak stripe, pastinya comel bukan? Ia bukan sahaja tampak feminin malah boleh dipakai secara berasingan dengan legging atau stokin paras lutut.
Apa yang kami suka?
- Romper 2 in 1
- Lembut dan bermotif buah-buahan
- Boleh dipakai asing
- Ada butang pada bahagian bahu
- Material cotton
Babyshop Juniors Printed Romper
Baby Rompers Terbaik Dengan Kaki Tertutup

Baby onesie bercorak dengan paras bawah lutut ini bukan sahaja tampak minimalis, malah sesuai dipakai pada waktu malam atau ketika berada di dalam tempat yang berhawa dingin. Bagi bayi yang sudah mula merangkak, ia dapat mengurangkan risiko lutut melecet kerana ianya selesa, walaupun materialnya yang sedikit tebal tetapi sejuk.
Buat ibu ayah yang gemarkan warna striking tetapi masih simple, baby rompers ini mungkin menjadi pilihan anda kerana sesuai digayakan ketika keluar berjalan-jalan di taman.
Apa yang kami suka?
- Baju romper panjang dengan corak minimalis
- Garis leher bulat
- Butang di atas bahu dan di sekitar kaki
- Material cotton yang berkualiti
Perbandingan Harga Baby Rompers Terbaik
Jenama |
Harga (RM) |
Uniqlo Airism Cotton Blend Sleeveless Romper |
RM24.90 |
FirstDino Organic Cotton Onesie |
RM38.00 |
Precious Baby 3D Animal Romper |
RM20.90 |
Baby Poney Hedgehog Romper Set |
RM47.60 |
Babyshop Juniors Printed Romper |
RM65.00 |
Tips Mencuci Baju Bayi Yang Betul
[caption id="attachment_485075" align="aligncenter" width="670"]
Kredit gambar: Shutterstock[/caption]
Kulit bayi yang baru lahir memang sangat sensitif. Oleh itu, ibu ayah pastikan basuh dahulu pakaian bayi supaya masalah ruam, gatal-gatal atau kemerahan dapat dielakkan. Malah, dapat membendung bayi daripada terdedah dengan masalah kesihatan yang lain. Untuk membantu anda, kami sediakan beberapa tips mencuci baju bayi yang betul.
- Elak menggunakan sabun pencuci yang terlalu wangi. Biasanya, sabun pencuci yang berbau wangi ini mengandungi bahan kimia yang tidak selamat untuk kulit bayi. Jadi, guna sabun pencuci yang lembut dan khas untuk bayi.
- Jika terdapat kesan najis yang melekat pada lampin. Rendam menggunakan campuran air dengan sabun pencuci dan 1/4 cawan peluntur. Biarkan selama 30 minit kemudian cuci dengan air panas. Ulang jika perlu.
- Tetapkan air basuhan kepada suhu air sejuk. Air sejuk boleh menghilangkan kotoran biasa pada pakaian bayi kerana kebanyakannya diperbuat daripada cotton. Ia juga tidak akan mengecutkan dan merosakkan fabrik jika menggunakan suhu yang lebih tinggi.
- Keringkan baju di tempat jemuran. Sebaiknya gantung pakaian bayi di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari yang mencukupi supaya dapat membasmi kuman yang tertinggal.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru
Baca juga: Sedang Mencari Sabun Cuci Baju Bayi Yang Bagus? 7 Jenama Ini Terbaik Buat Si Manja
Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!