Bagaimana Untuk Mencapai 6 Bulan Penyusuan Eksklusif?

Penyusuan ekslusif susu ibu adalah cara yang terbaik untuk membekalkan khasiat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Berikut adalah tips untuk mencapai 6 bulan penyusuan eksklusif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyusuan secara eksklusif adalah cara yang terbaik untuk membekalkan khasiat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Kajian membuktikan bahawa, penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan adalah cara yang paling optimum untuk membekalkan nutrisi kepada bayi anda.

Penyusuan secara eksklusif – iaitu bayi hanya menerima susu ibu tanpa apa-apa makanan tambahan atau minuman, bahkan air.

Untuk membolehkan ibu mengekalkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan, World Health Organisation (WHO) dan UNICEF menyarankan untuk:

  • Mula menyusu dalam jam pertama kehidupan.
  • Menyusukan bayi atas permintaan – iaitu sekerap bayi anda mahu, siang dan malam.
  • Tiada menggunakan botol susu atau puting.

Mengapa Ibu-Ibu Baru Tidak Melakukan Penyusuan Secara Eksklusif?

Pada hakikatnya, kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk menyusu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama.

Sebagai seorang wanita berkerjaya, seorang ibu dan suri rumah, ibu-ibu mempunyai terlalu banyak tanggung jawab untuk menyusu secara eksklusif selama 6 bulan.

Di Malaysia, cuti bersalin normal hanyalah 2 bulan dan pada bulan ketiga, wanita dijangka kembali bekerja. Oleh itu, statistik menunjukkan bahawa, kurang daripada 15% bayi di Malaysia diberikan susu ibu secara eksklusif.

Walau bagaimanapun, ibu-ibu baru juga menghadapi pelbagai cabaran seperti:

1# Kurang pendidikan

Bayi tidak memerlukan susu yang banyak, perut mereka masih kecil, pada Hari 1, perut mereka adalah saiz ceri, Hari 2; saiz walnut dan pada 1 bulan, ia adalah saiz telur yang besar. Jadi, seorang ibu yang baru tidak akan menghasilkan susu yang banyak pada minggu pertama.

2# Percaya pada badan anda

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Percayalah bahawa badan anda dapat menghasilkan susu untuk bayi anda. Ambilnya dari sudut teori ekonomi; bila terdapat permintaan, tentulah ada bekalan. Pada bulan pertama, proses penyusuan adalah untuk meningkatkan produksi susu, anda tidak perlu pam dan hanya fokus pada penyusuan khas.

3# Mereka takut

Kebanyakan ibu-ibu takut untuk memulakan kerana mereka anggap penyusuan itu menyakitkan dan tidak selesa. Pada pertama kalinya, tentulah ia sangat menyakitkan, kerana badan kita tidak biasa dengan proses penyusuan.

4# Terlalu sibuk

Antara kerja dan menyusu badan, ibu mendapati ia lebih mudah untuk memberi formula.

5# Kurang Sokongan

Ibu-ibu berasa kurang motivasi kerana semua orang sekelilingnya menyokong untuk memberi bayi susu formula. Ataupun ada juga situasi apabila ibu rasa tertekan atau sedih kerana tidak dapat mengeluarkan susu yang banyak, mulalah akan ada mulut yang mengatakan ibu tidak pandai menyusu.

Namun, susu ibu adalah sangat bermanfaat untuk ibu dan kanak-kanak. Penyusuan membantu dalam pembakaran kalori dan membolehkan mereka untuk menurunkan berat badan selepas bersalin dengan lebih mudah.

Ia juga membantu rahim untuk kembali ke saiz normal, mengurangkan risiko diabetes, osteoporosis, masalah jantung dan kanser payudara di samping meningkatkan kawalan gula darah dan kolesterol baik.

Untuk bayi, susu ibu mengurangkan risiko asma, alahan, penyakit, jangkitan dan kaviti gigi. Bayi yang diberi susu ibu kurang cenderung untuk menjadi gemuk dan mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi.

Tips untuk mencapai 6 bulan penyusuan eksklusif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1# Melengkapkan diri

Lengkapkan diri anda dengan semua maklumat tentang menyusu badan, dari teknik-teknik, kedudukan dan bersedia dari segi mental. Jika anda masih tidak pasti, anda boleh menghadiri kelas atau menyertai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.

2# Penyusuan secara konsisten

Tiada siapa yang terus pro atau hebat pada penyusuan kali pertama. Jadi, anda perlu mencuba pelbagai posisi supaya anda dan bayi anda selesa semasa menyusu.

3# Mula menyusu selepas kelahiran

Dalam usaha untuk membina bekalan susu anda, cuba menyusu badan segera; ia akan dipengaruhi oleh permintaan badan anda. Malah, jauhkan daripada mengepam pada bulan pertama dan tumpukan hanya kepada memberi menyusu badan bayi anda apabila mereka lapar.

4# Belajar untuk mengendalikan susu anda

Belajar bagaimana untuk mengepam, menyimpan dan memanaskan susu anda. Apabila anda melakukan ini setiap hari, ia akan datang kepada anda secara semula jadi dan anda akan sedar yang tidak perlu pun bangun 8 kali semalam untuk membancuh susu formula!

5# Kekal sihat

woman drink water and feel happily at home

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa menyusukan anak, sentiasa minum 3 liter air setiap hari dan makan secara sihat. Untuk susu yang berkualiti tinggi, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan makanan perangsang susu seperti oat.

6# Kongsi masalah anda

Dapatkan sokongan daripada ahli-ahli keluarga anda dan pasangan anda. Jika mereka tidak menyokong, anda boleh menghubungi Sokongan Penyusuan Susu Ibu & Kumpulan Advokasi di Malaysia.

7# Memberi tumpuan kepada bayi anda

Jadikan bayi anda sebagai keutamaan anda. Ketahuilah bahawa anda sedang memberikan bayi anda makanan yang terbaik supaya mereka akan membesar dengan sihat.

Penyusuan susu ibu adalah satu pilihan. Dan, ia adalah satu pilihan sukar yang memerlukan dedikasi, keazaman dan kekuatan untuk menyusu secara eksklusif selama 6 bulan.

Sokongan Penyusuan Susu Ibu & Kumpulan Advokasi di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shutterstock

  1. National Lactation Centre
  2. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Program
  3. World Alliance for Breastfeeding Action
  4. Breastfeeding Information Bureau
  5. The Breastfeeding Advocates Malaysia
  6. SusuIbu

Oleh itu, ibu-ibu yang bakal menimbang anak tidak lama lagi, amat digalakkan untuk terus membaca dan melakukan kajian. Yang paling penting, selepas anda bersalin nanti, jangan letak harapan yang terlalu tinggi terutamanya pada minggu pertama kelahiran.

Setiap wanita mampu menyusu anak mereka sendiri. Anda harus ingat bahawa menyusu ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika anda rasa tidak berjaya, cuba sekali lagi. Cuba sehingga anda berjaya menyusukan dia.

Namun jika tidak berjaya, tidak mengapa! Ini bukan bermakna anda bukan ibu yang baik. Anda telah cuba segalanya untuk si kecil. Tutup sahaja telinga jika ada terdengar kritikan bukan-bukan. Yang penting anda telah cuba sendiri!

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teknik Lekapan Yang Salah Punca Bayi Kelaparan, Ibu Give Up & Susu Kurang!

Baca juga: Berapa Kerap Bayi Baru Lahir Perlu Menyusu dan Apa Cara Menyusu Yang Betul?

Baca juga: Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

Penulis

Michelle Goh