X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cun Habis! Wanita ini Tak Minum Air Manis Selama 6 bulan Untuk Dapatkan Kulit Cantik & Berat Idaman

5 Jan, 2020
Cun Habis! Wanita ini Tak Minum Air Manis Selama 6 bulan Untuk Dapatkan Kulit Cantik & Berat Idaman

Tahukah anda akan bahaya gula? Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan tubuh badan, namun turut merosakkan kecantikan wajah anda. Jom baca tips ini!

Ramai tidak menyedari risiko bahaya gula terhadap kecantikan seseorang juga berkait rapat dengan pengambilan gula seharian.

Sudah menjadi impian bagi setiap wanita untuk tampil menawan dengan kulit yang sihat serta memiliki bentuk tubuh badan yang cantik.

Bila menyentuh mengenai kecantikan luar dan dalaman, jawapan cliche adalah perlu menjaga pemakanan yang seimbang agar berat badan sentiasa ideal dan kulit kekal sihat.

Bahaya gula untuk kecantikan

keburukan gula

Baru-baru ini tular sebuah video ‘glow-up’ yang dimuat naik seorang gadis dalam laman Twitter. Dia telah berkongsi video yang menunjukkan transformasi besar telah berlaku pada dirinya selama 6 tahun yang lalu.

Jelas terlihat dirinya dahulu sedikit berisi, kulit wajahnya hitam, penuh dengan jerawat dan berminyak.

Biarpun telah berjaya mendapatkan kulit wajah dan berat badan yang diimpikan, gadis yang diberi nama Najwa ini tidak kedekut berkongsikan tips yang diamalkan olehnya.

Bukan itu sahaja, Najwa juga berkongsi bahawa dari zaman sekolah sehingga sekarang dia sudah mencuba lebih 30 produk penjagaan wajah, walau bagaimanapun tidak berkesan untuk kulitnya.

Kongsinya, kulit wajah yang dulunya bermasalah mula menunjukkan perubahan positif selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti mengambil minuman manis.

Sejak 6 bulan tidak menyentuh sebarang minuman manis, dia mengatakan bahawa berat badannya menjadi mudah untuk turun.

 “Berat badan saya telah menurun sehingga 10 kg dalam tempoh itu. Sekarang sudah berat kekal saya adalah sekitar 65 kg. Ramai juga yang tegur, pipi dan hidung pun nampak kecil sekarang,” kongsinya.

 Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan bahawa jerawatnya makin hilang selepas dia nekad untuk berhenti mengambil minuman manis.

‘’Pada awalnya saya hanya mengurangkan sahaja kekerapan mengambil air manis. Semasa pertengahan tahun ini, saya terus tidak menyentuh minuman ini sehingga tempoh enam bulan,’’ ujarnya.

Kesan gula terhadap kesihatan kulit wajah

kesan gula

Kredit foto: dailymail.co

Dalam aspek menjaga kecantikan kulit, ia tidak hanya bergantung sepenuhnya akan set penjagaan wajah semata-mata kerana ia hanya mampu merawat luaran sahaja.

Bagi kecantikan dalaman, pastinya ia berkait dengan tabiat pemakanan dan jumlah pengambilan gula.

Bahaya gula bukan sahaja untuk kesihatan, namun juga memberikan kesan yang tidak baik untuk kulit anda. Antara kesan lain akibat mengambil gula berlebihan adalah:

#1. Merosakkan kolagen kulit

Jangan tidak tahu, bahaya gula ini adalah ia boleh merosakkan kolagen yang berada di bawah lapisan kulit.

Dengan mengambil gula secara berlebihan, ia sekaligus melemahkan fungsi kolagen sehingga membuatkan kulit menjadi kurang anjal.

#2. Kulit dehidrasi

Bahaya gula juga akan menarik air dari memasuki sel-sel kulit dan membuatkan kulit wajah kelihatan begitu kering dan kusam.

Keadaan ini menyebabkan kulit akan berkedut dan kekurangan nutrisi yang secukupnya untuk kekal sihat.

#3. Radang kulit

Bahaya gula berlebihan turut menyebabkan radang kulit. Gula akan melekat pada kolagen kulit yang menjejaskan fungsinya berjalan dengan baik. Ketika kulit hilang keanjalan, ia akan kelihatan kendur, menyebabkan jerawat mudah dan mengakibatkan radang kulit dan ruam.

#4. Jerawat

Stories Rakan Kongsi
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda
Bolehkah Pengurusan Kewangan Menjadi Mudah? 5 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Sebagai Ibu Bapa
Bolehkah Pengurusan Kewangan Menjadi Mudah? 5 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Sebagai Ibu Bapa
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids

Tabiat mengambil makanan manis yang tinggi kandungan gula akan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh.

Kadar insulin yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran sebum pada permukaan kulit. Sebum ini kemudiannya menutup liang pori dan sekaligus menyebabkan jerawat.

#5. Penuaan sebelum usia

Kolagen dan elastin adalah dua protein penting yang mengekalkan kelenturan dan keremajaan sel-sel kulit. Tetapi glukosa dan fruktosa dalam makanan manis yang kita ambil akan merosakkan kedua-dua protein ini.

Ia sekaligus mencetuskan pengeluaran AGE (Advanced Glycation End Products) yang menjadikan kolagen dan elastin tidak dapat mengeluarkan sel kulit wajah yang baru.

Selain itu, gabungan AGE dan sinaran UV  akan menghasilkan Spesies Oksigen Reaktif (ROS) yang memburukkan lagi gejala penuaan terhadap wajah.

Langkah bagi mengurangkan bahaya gula

risiko gula

Kredit foto: Good News Network

#1. Kerap mengambil air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari. Air kosong dapat menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

#2. Anda perlu mengehadkan kuantiti gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

#3. Sewaktu menyediakan makanan, elakkan menambah gula. Anda boleh menggantikannya dengan stevia ataupun madu. Selain ia lebih menyihatkan, ia juga mampu menjauhkan diri anda dari terkena penyakit kencing manis.

#4. Elakkan menjadikan makanan dan minuman bergula sebagai hidangan utama atau sebelum waktu tidur.

#5.  Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.

#6. Pilih produk berlabel “rendah gula” atau “bebas gula” boleh membantu anda mengurangkan bahaya gula untuk kesihatan dan kecantikan.

Untuk menghentikan pengambilan gula mungkin menjadi sesuatu yang mustahil. Namun anda perlu mengawal pengambilan makanan seharian agar ia seimbang dan teratur.

Sebagai permulaan, lakukan perubahan secara perlahan dengan mengambil air kosong sebagai rutin sebelum makan dan rajinkanlah untuk mengambil vitamin C dan E agar anda dapat memastikan kulit sentiasa lembut, halus dan anjal.

Sumber: Vitdaily, Fimela

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Cun Habis! Wanita ini Tak Minum Air Manis Selama 6 bulan Untuk Dapatkan Kulit Cantik & Berat Idaman

Baca juga:

Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless, Lembut & Selicin Sutera Seperti Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Cun Habis! Wanita ini Tak Minum Air Manis Selama 6 bulan Untuk Dapatkan Kulit Cantik & Berat Idaman
Kongsikan:
  • Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!

    Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!

  • Budak Lelaki MAUT Tercekik Gula-Gula Gummy, Ibu Ayah Jangan Biar Anak Kecil Makan Seorang Diri

    Budak Lelaki MAUT Tercekik Gula-Gula Gummy, Ibu Ayah Jangan Biar Anak Kecil Makan Seorang Diri

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!

    Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!

  • Budak Lelaki MAUT Tercekik Gula-Gula Gummy, Ibu Ayah Jangan Biar Anak Kecil Makan Seorang Diri

    Budak Lelaki MAUT Tercekik Gula-Gula Gummy, Ibu Ayah Jangan Biar Anak Kecil Makan Seorang Diri

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.