Minum Teh Ketika Hamil : Jumlah Pengambilan Kafein, Jenis Air Yang Tak Boleh Diminum, Elak Risiko Bayi Lahir Cacat!

Tahukah anda bahaya minum teh ketika hamil boleh menyebabkan keguguran janin? Ia turut menganggu keseimbangan tekanan darah juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan teh 2 hingga 3 gelas atau 8 gram dikatakan mengandungi kafein sebanyak 40-120 mg yang dicadangkan. Namun bagaimana pula jika diambil secara berlebihan, adakah bahaya minum teh ketika hamil?

Bagi ibu mengandung, anda dinasihatkan untuk mengurangkan jumlah kafein kerana ia dapat menganggu kesihatan dan perkembangan bayi. 

Bolehkah Minum Teh Ketika Hamil?

Minuman berkafein seperti teh susu memberikan stimulan iaitu meningkatkan degupan jantung dan metabolisme tubuh. Hal ini boleh menjejaskan bayi yang sedang membesar.

Bukan itu sahaja, tabiat minum teh susu atau kopi boleh menjejaskan keupayaan badan dalam menyerap zat besi sekiranya anda mengambilnya semasa makan atau tempoh sejam selepas waktu makan.

Jika anda mengambilnya dalam kuantiti melebihi cadangan, ia boleh membawa diri dan bayi dengan pelbagai risiko. Antaranya ialah:

1. Meningkatkan Risiko Keguguran Dan Lahir Cacat

Hasil penelitian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil lebih dari 300 mg kafein setiap hari berisiko dua kali ganda mengalami masalah keguguran. Hal ini kerana bahaya minum teh boleh menyebabkan otot menjadi kendur. 

Tetapi bagi ibu hamil, otot yang terlalu relaks boleh menjadi penyebab keguguran bayi. Di samping itu, ia mengandungi elemen membuang toksin terlalu banyak atau aliran darah menjadi tidak sekata. Kesannya, menjejaskan risiko kesihatan pada ibu serta bayi.

Pengambilan teh susu berlebihan turut mengurangkan penyerapan asid folik dalam tubuh yang penting dalam proses perkembangan janin. Justeru, kajian mendapati ia membawa terjadinya bayi lahir dengan berat rendah atau kelahiran pramatang.

2. Berlaku Masalah Sukar Tidur (Imsonia)

Sepanjang kehamilan, tubuh anda perlu menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Ia memerlukan ibu memiliki sumber zat besi dan folat mencukupi bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah.

Antara yang sering dihadapi bagi ibu mengandung adalah imsonia. Apabila badan anda menerima jumlah kafein secara berlebihan, terutamanya pada separuh hari yang kedua, ia akan menyebabkan gangguan tidur seperti imsonia.

Dalam hal ini, minum teh susu lebih dari dua cawan akan mengundang masalah tidur yang agak ketara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Meningkatkan Kekerapan Membuang Air Kecil

Antara salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah peningkatan dalam kekerapan membuang air kecil. Hal ini disebabkan oleh tekanan berlebihan antara rahim dan pundi kencing.

Disebabkan oleh kafein adalah diuretik semula jadi, pengambilan teh susu secara berlebihan akan menyebabkan anda berasa ingin kerap membuang air.

Kebiasaannya ia berlaku pada trimester ketiga iaitu perkembangan bayi berada di puncaknya. Adalah lebih baik ibu mengehadkan pengambilan minuman berkafein untuk mengelakkan sebarang masalah.

4. Meningkatkan Risiko Hipertensi

Ramai wanita pada trimester ketiga berasa takut tekanan darah mereka meningkat sehingga bacaan 140/90. Hal ini kerana ia menyumbang kepada masalah preeklampsia. Sekiranya teruk, ia boleh meragut nyawa ibu dan bayi sekaligus.

Bahaya minum teh susu ini dikatakan dapat meningkatkan risiko anda untuk mengalami masalah tekanan darah tinggi. Adalah lebih baik anda menggantinya dengan minuman lebih berkhasiat seperti susu segar ataupun jus buah-buahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Menyebabkan Penghasilan Jerawat

credit to sources

Salah satu kesan sampingan paling ketara akibat tabiat minum teh susu adalah ke atas kulit. Ia merangsang kewujudan jerawat pada seluruh badan.

Hal ini kerana kuantiti teh yang sedikit mampu membuang toksin dalam tubuh, namun jika diambil dengan berlebihan akan membuatkan tubuh berasa panas serta menganggu keseimbangan kimia dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Dilanda Kerisauan Melampau

Teh herba jenis kamomil cukup popular kerana kemampuannya dalam memberikan ketenangan, namun tabiat minum teh susu berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan rasa risau yang melampau. 

Meskipun ia dikatakan mampu mengaktifkan sel otak untuk jadi lebih tenang, namun jika diambil dengan berlebihan akan membuatkan anda rasa resah dan gelisah.

7. Masalah Kesukaran Membuang Air Besar

Bagi anda yang tidak tahu, teh sebenarnya mengandungi kafein dan sejenis kimia dikenali sebagai teofilina. Ia berfungsi dalam membuang toksin dari badan, menenangkan minda dan otot serta meningkatkan aliran darah.

Jika sekiranya anda minum teh terlalu banyak, teofilina ini akan menyebabkan masalah sembelit melampau sehingga membuatkan badan mengalami dehidrasi.

Jumlah Pengambilan Kafein Ketika Hamil

Had maksimum kafein: NHS mencadangkan tidak mengambil lebih daripada 200mg kafein sehari ketika hamil. Jumlah ini masih selamat untuk memberikan tenaga tanpa risiko kepada bayi.

Anggaran kandungan kafein dalam minuman dan makanan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu tin minuman ringan (contohnya Coke): 40mg

  • Secawan teh hitam: 75mg
  • Secawan teh hijau: 50mg
  • Secawan teh putih: 90mg
  • Satu bar coklat gelap: 25mg
  • Secawan kopi segera: 100mg
  • Secawan kopi penapis: 140mg
  • Minuman tenaga (250ml): 80mg

 Jika anda mengambil secawan kopi, elakkan minuman berkafein lain seperti teh. 

Air Yang Tidak Boleh Diminum Ketika Mengandung

Ketika hamil, ibu perlu lebih berhati-hati dengan apa yang diminum kerana kesannya boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan bayi. Berikut adalah jenis-jenis minuman yang tidak digalakkan:

1. Teh Hijau Tidak Boleh Diminum Ketika Hamil

Walaupun teh hijau kaya dengan antioksidan, kandungan kafeinnya boleh mengganggu penyerapan asid folik, nutrien penting untuk perkembangan janin terutamanya pada trimester pertama.

2. Air Kopi

Kopi mengandungi kafein tinggi yang jika diambil berlebihan (lebih 200mg sehari) boleh meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pra-matang atau berat bayi rendah.

3. Minuman Soda

Minuman soda mengandungi gula dan kafein tinggi. Gula berlebihan boleh menyumbang kepada diabetes semasa kehamilan (GDM), manakala kafein menambah risiko yang sama seperti kopi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Jus Wheatgrass

Jus wheatgrass tidak dipasteur mungkin mengandungi bakteria atau toksin yang berbahaya kepada ibu hamil dan janin.

5. Minuman Bertenaga

Minuman bertenaga biasanya mengandungi kafein, gula tinggi dan bahan tambahan seperti taurine yang tidak disyorkan untuk ibu hamil kerana kesan sampingan pada sistem saraf dan jantung.

6. Alkohol

Minuman beralkohol berisiko menyebabkan Fetal Alcohol Spectrum Disorder (FASD), yang mengakibatkan kecacatan perkembangan fizikal dan mental bayi. Alkohol seharusnya dielakkan sepenuhnya.

7. Susu Dan Jus Tidak Dipasteur

Produk tidak dipasteur berpotensi mengandungi bakteria seperti Listeria boleh menyebabkan komplikasi serius seperti keguguran atau kelahiran mati.

8. Soda Diet

Soda diet mengandungi pemanis tiruan seperti aspartame dan sakarin. Pengambilan berlebihan boleh mempengaruhi perkembangan bayi walaupun kesannya masih dalam kajian.

Minuman Yang Selamat Dan Disyorkan Untuk Ibu Hamil

Ibu hamil digalakkan minum air kosong untuk hidrasi, mengurangkan bengkak dan melancarkan usus. Susu baik untuk kalsium dan tumbesaran bayi, manakala susu soya atau oat boleh jadi alternatif.

Air berkarbonat rendah gula juga selamat jika tiada pemanis tiruan berlebihan.

Smoothie buatan sendiri kaya nutrisi dan lebih sihat berbanding yang dibeli siap. Teh seperti halia dan pudina membantu mengurangkan loya, tetapi ambil teh berkafein seperti hitam dan hijau secara sederhana.

Pastikan semua pilihan minuman selamat dan dapatkan nasihat doktor jika ragu. Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 33 Pantang Larang Semasa Mengandung Ikut Tradisi Melayu, Suami Isteri Kena Jaga-Jaga

Baca juga: Makanan Untuk Ibu Mengandung Sangat Bagus Untuk Ibu Dan Bayi, Tapi Elak 5 Jenis Makanan Ini Ya!

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Elak Makan Hati Lembu, Ia Berisiko Menjejaskan Perkembangan Janin!