Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

Cara hilangkan hidung tersumbat untuk bayi memang banyak. Namun perlu hati-hati ada juga yang mungkin bahaya untuk bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah bayi hidung tersumbat sering terjadi sehingga menyebabkan rasa tidak selesa si manja untuk bernafas. Keadaan ini turun menganggu bayi untuk tidur dan sukar menyusu dengan baik. Jadi pasti ibu-ibu sedang mencari cara hilangkan hidung tersumbat yang selalu dialami bayi.

Ia bukan sahaja pengalaman yang memeritkan bagi penghidapnya, malah turut memberikan cabaran kepada ibu ayah menguruskan ragam anak yang kurang sihat.

Pelbagai cara atasi hidung tersumbat dikongsikan, namun mungkin ada yang tidak bersesuaian dengan bayi. Jadi kali ini kami kongsikan mengenai perkara yang sering mendatangkan ketidakselesaan kepada anak ini. 

Mengapa Hidung Bayi Tersumbat?

Menurut pakar perubatan, anak yang masih kecil cenderung mengalami gejala selesema antara 8 hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya.

Ia juga mungkin diselangi dengan masalah bayi hidung tersumbat atau nasal congestion sehingga membuatkan si manja meragam akibat tidak selesa dengan keadaan ini.

Hidung bayi tersumbat boleh berlaku ketika saluran darah serta tisu pada bahagian rongga pernafasan mengandungi terlalu banyak cecair. Antara tanda-tanda si manja menghadapi masalah ini ialah:

  • Batuk
  • Bernafas terlalu cepat dan berulang kali (sinffling)
  • Sukar untuk menyusu kerana tidak dapat bernafas sewaktu menghisap susu ibu
  • Mengeluarkan bayi seakan-akan berdengkur ketika tidur
  • Perubahan warna hingus
  • Lendir/ hingus hidung yang agak tebal

Jadi apa yang menyebabkan mereka alami hidung tersumbat?

Gangguan ini adalah perkara biasa pada bayi.  Ia biasanya tidak berbahaya, tetapi kadangkala ia boleh menjadi tidak selesa dan pernafasan yang bising atau laju.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi mungkin mengalami kesesakan di hidung mereka atau ia mungkin berbunyi seolah-olah kesesakan itu berada di dada mereka. Hidung tersumbat adalah biasa dan jika bayi gembira dan menyusu secara normal, tiada apa yang perlu dirisaukan dan bayi berkemungkinan dalam keadaan baik.

Hidung bayi boleh tersumbat apabila mereka menghirup asap rokok, bahan pencemar atau virus. Badan mereka mengeluarkan lendir tambahan dalam hidung dan saluran udara untuk memerangkap dan mengeluarkan elemen yang membawa kepada penyumbatan ini.

Pendedahan kepada udara kering dan keadaan cuaca lain juga boleh mencetuskan pengeluaran lendir yang berlebihan dan kesesakan dada dan hidung pada bayi. 

Bayi lebih berkemungkinan untuk mengalami perkara ini berbanding kanak-kanak ini kerana saluran hidung dan saluran pernafasan mereka kecil dan belum matang.

Penyebab kesesakan hidung yang mungkin termasuk:

  • bernafas dalam udara kering
  • perubahan cuaca
  • jangkitan virus, seperti selsema
  • menghirup bahan pencemar udara
  • alahan

Cara Hilangkan Hidung Tersumbat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelbagai petua hilangkan hidung tersumbat malah ubat hidung tersumbat juga ada dijual di pasaran. Ada cara melegakan hidung tersumbat yang sesuai untuk bayi anda. 

Ibu ayah boleh membantu melegakan kesesakan hidung bayi menggunakan penyedut getah untuk mengeluarkan lebihan lendir. Selain itu menggunakan pelembap dan memberikan titisan garam hidung menggunakan slaine drop atau nasal spray juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan bayi.

Antara cara melegakan hidung bayi yang tersumbat termasuklah:

#1. Nasal spray

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menggunakan semburan hidung boleh membantu memberikan kelegaan terutamanya apabila mereka mengalami selsema atau alahan kerana membersihkan hidung tersumbat dengan cara ini bermakna:

  • Lendir yang melekit akan mudah cair
  • Beberapa bahan kimia radang (yang dirangsang oleh virus selsema dalam tisu hidung) boleh dicuci keluar dari hidung
  • Sumbatan lendir di hidung boleh dikeluarkan
  • Tisu hidung dilembapkan membantu hidung berfungsi dengan lebih baik
  • Hidung berkerak, kudis hidung kurang berkemungkinan

#2. Saline drop 

Titisan atau semburan air garam (saline drop) mungkin berguna. Saline mencairkan lendir dan dengan itu memudahkan lendir keluar dari hidung.

Saline dikatakan berfungsi lebih baik daripada hanya air kosong. Anda boleh membeli titisan garam daripada farmasi dan mendapatkan nasihat penggunaanya dengan cara betul.

Hanya gunakan semburan garam ini ketika hidung tersumbat. Jika garam digunakan terlalu kerap, kulit di sekeliling hidung mungkin menjadi sedikit sakit dan pedih untuk bayi.

Jika anda menggunakan semburan hidung masin atau air garam anda mungkin perasan dia akan bersin atau menelan. Ini adalah tindak balas badan yang agak normal yang membolehkan dia membersihkan saluran udara secara semula jadi supaya mereka boleh bernafas dengan lebih mudah.

#3. Air kunyit

Ramai yang tidak tahu bahawa kunyit merupakan antibiotik semula jadi untuk membantu sistem ketahanan tubuh melawan selesema. Caranya anda hanya perlu menggosokkan bahan ini di permukaan yang kasar bagi mendapatkan airnya.

Kemudian sapu air kunyit ke bahagian batang hidup bayi. Anda juga boleh menumbuk kunyit dan gosok pada bahagian dada dan belakang si manja. Teknik ini dikatakan mampu memberi kelegaan bayi hidung tersumbat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Minyak bawang putih

Cara untuk menyediakan minyak bawang putih adalah cukup mudah:

  • Bakar bawang tanpa minyak sehingga melepuh
  • Kemudian, ketuk manja sehingga ia terbelah sedikit
  • Campurkan bawang putih dengan minyak zaitun atau kelapa dara. Lenyekkan bawang putih bersama minyak tersebut
  • Sapu pada bahagian dada, tapak kaki dan belakang bayi ketika selesema atau kurang sihat

Pada waktu malam, kami mencadangkan anda untuk sarungkan stoking kepada bayi yang kurang sihat selepas menyapu minyak ini.

#5. Garlic steaming

Cara ini dapat membantu mencairkan kahak dalam paru-paru serta hingus yang tersumbat di bahagian hidung. Kaedahnya adalah letakkan bawang putih yang diketuk ke dalam air panas sebelum proses stim dilakukan.

Kemudian halakan muka bayi ke permukaan wap. Lakukan selama 15 minit, sedut cairan hingus dan kahak yang keluar.

#6. Cuci hidung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi merawat masalah bayi hidung tersumbat, ibu juga boleh mencuci hidung dengan air garam yang boleh dibeli di farmasi. Pastikan ia khusus untuk nasal irrigation, jika nak gunakan syringe pun boleh.

Baringkan si manja anda ke sisi, kemudian alirkan air melalui sebelah hidung. Hingus akan keluar melalui hidung yang sebelah lagi.

#7. Teknik percussion

Teknik ini selalu dipraktikkan oleh kebanyakan ibu. Ia tidak menggunakan wap air, sekadar tepuk-tepuk sahaja bagi memulihkan sistem pernafasan bayi. Antara langkah-langkahnya ialah:

  • Letak bayi dalam posisi meniarap dengan sokongan bantal lembut pada bahagian bawah perutnya
  • Pastikan kepala si manja lebih rendah berbanding kaki. Kaki diluruskan.
  • Bentuk tangan (cupping) seolah-olah sedang berdoa dan buat pukulan dengan kekuatan di pergelangan tangan sahaja
  • Tepuk selama 15 minit ke kiri dan kanan belakan bayi.

Pastikan buat sesi ini ketika bayi belum minum susu atau antara setengah jam sehingga sejam selepas sesi menyusu bagi mengelakkan si manja muntah susu.

Mengapa Saline Drop Hanya Boleh Digunakan 5 Hari?

Cegah kesan sampingan titisan hidung dengan penjagaan kebersihan yang betul. Sentiasa basuh dan keringkan penitis setiap kali ubat digunakan dan jangan sekali-kali berkongsi penitis hidung dengan kanak-kanak lain. Ini boleh membawa kepada penyebaran jangkitan.

Saline drop perlu digunakan dalam tempoh lima hari sahaja kerana jika digunakan secara berlebihan ia mungkin memberi kesan sampingan mungkin termasuk hidung berair, bersin, rasa terbakar, pedih, atau hidung kering.

Juga hubungi doktor jika anak anda mengalami sakit kepala, pening, masalah bernafas, degupan jantung tidak teratur, loya, perubahan mood, lemah, berpeluh berterusan, sukar tidur, ruam, dan tanda-tanda gatal atau bengkak selepas menggunakan saline drop.

Hidung Bayi Boleh Bengkak Jika Selalu Sedut?

Hidung bayi kemungkinan bengkak jika anda menyedut menggunakan nasal aspirator dengan kerap. Jadi elakkan menggunakannnya terlalu kerapa kerana ia memberi tekanan kepada hidung bayi.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak menyedut terlalu kuat yang boleh menyebabkan berlakunya luka kepada tisu dalam hidung bayi anda. 

Ada baiknya jika anda menyedut hidung bayi dengan mendudukkannya di atas riba supaya badan bayi dalam keadaan menegak dan mengelakkannya daripada kelemasan. 

Risiko Hidung Tersumbat Pada Bayi

Kesesakan ringan hingga sederhana pada hidung adalah perkara biasa pada bayi dan hanya boleh bertahan selama beberapa hari.

Jika ibu ayah bimbang tentang keupayaan bayi untuk bernafas atau bayi anda berumur di bawah 3 bulan dan mengalami demam, mereka harus mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

Jika kesesakan mengganggu keupayaan bayi untuk menyusu atau tidur, atau jika bayi mereka lebih dari 3 bulan dan mengalami demam, mereka harus berbincang dan berjumpa doktor.

Pantau bayi anda terutama ketika mereka menyusu jika anda mengalami hidung tersumbat kerana bayi lebih mudah tersedak dalam keadaan ini. 

Kesimpulannya, selesema, batuk, demam adalah masalah biasa dialami kebanyakan anak sepanjang tempoh tumbesarannya. Apabila ibu berjaya berdepan jangkitan selesema serta hidung tersumbat, sudah pasti anda tahu apa yang perlu dibuat pada jangkitan seterusnya.

  1. parents (December 3, 2022) How to Give Nasal Saline Drops to Babies and Kids www.parents.com/health/cold-flu/cold/how-to-give-nasal-drops/
  2. enttech (n.d) Can I use a nasal spray on my baby? enttech.com.au/can-i-use-a-nasal-spray-on-my-baby/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Baca juga:Petua Hilangkan Selsema Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Si Manja Tidak Perlu Ke Klinik!

Baca juga: Musim Anak Tak Sihat Dah Datang, Cuba 5 Petua Popular Mandian Untuk Anak Demam, Selsema!