Cara urut untuk atasi masalah hidung tersumbat pada bayi (panduan bergambar)

lead image

Hidung tersumbat pada bayi boleh mengganggu dan menyebabkan anak susah tidur. Tapi sebelum beri mereka ubat, apa kata anda cuba dulu urutan semulajadi ini.

Apabila bayi hidung tersumbat akibat selesema biasa, ibu bapa sebenarnya tidak perlu memberi anak ubat pun.

Selesema boleh sembuh sendiri selepas beberapa hari. Tapi hidung tersumbat pada bayi boleh mengganggu dan menyebabkan anak susah tidur.

Kesian juga kalau tidak diberi ubat, kan? Kesian lagi ibu-ibu yang terpaksa terjaga malam-malam buta untuk menjaga anak yang demam.

Selain itu, apabila bayi hidung tersumbat, proses penyusuan turut terjejas kerana mereka sukar bernafas. Akibatnya, bayi  akan cepat merengek dan tidak dapat menghisap dengan tenang. 

Cara bantu bayi hidung tersumbat tanpa guna ubat

Apabila bayi hidung tersumbat, apa kata kalau ibu bapa cuba dulu cara mengurut?

Ibu bapa cuma perlu ikut panduan bergambar di bawah ini. Caranya sangat senang dan hanya mengambil masa kurang dari 1 minit!

Minyak bayi, minyak kelapa dara ataupun minyak angin khas untuk bayi turut boleh digunakan semasa mengurut untuk memanaskan badan bayi. Jika ingin menggunakan minyak angin, jangan guna terlalu banyak kerana anda akan perlu mengurut bahagian hidung anak.

Ingat: elak dari terkena mata anak.

Langkah 1:

bayi hidung tersumbat

Sapukan minyak pada tangan, kemudian letakkan tangan anda pada dada bayi. Urut dada bayi anda dengan lembut dalam bentuk jantung secara perlahan-lahan.

Ketika mengurut bayi dengan lembut itu, tenangkannya dengan sedikit nyanyian atau dodoian yang enak didengar.

Langkah 2:

bayi hidung tersumbat

Urut bahagian dada anak dengan gerakan tangan yang menyilang pula. Lakukan ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.

Selepas itu...

Langkah 3:

bayi hidung tersumbat

Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Urut dengan perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.

Senang sahaja bukan? Apabila bayi hidung tersumbat, anda pasti dapat melegakannya dengan cara mengurut ini.

Jika ibu bapa masih kurang pasti caranya, anda boleh rujuk video tutorial di sini:

Semoga cara mengurut ini akan membantu ibu bapa mengatasi bayi hidung tersumbat. Sebagai seorang ibu yang berkerja dari rumah, saya tahu keperitan menjaga anak apabila mereka demam. 

Memberi ubat bukannya perkara yang tidak baik. Cuma, kadang-kadang ianya bagus juga untuk membiarkan imun anak untuk melawan penyakit. 

Kita boleh cuba dulu cara semulajadi untuk melegakan simptom anak jika mereka tidak demam teruk.

Jika anda pernah mencuba cara mengurut ini, kongsi bersama kami pengalaman anda. 

 

 

 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/bahan-semulajadi-untuk-rawat-selesema/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!