Bayi High Need Tak Boleh Berpisah, Mudah Meragam? Ini Cara Bijak Ibu Ayah Menguruskannya

Tanda bayi high need adalah mereka sentiasa ingin didukung, sukar untuk tidur sendiri, kerap menangis tanpa sebab yang jelas dan mudah meragam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak rasa bayi anda memerlukan perhatian yang lebih daripada biasa? Jika ya, bayi seperti ini dikenali sebagai bayi high need iaitu bayi yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan penjagaan yang lebih intensif berbanding bayi lain.

Walaupun mencabar, ada cara untuk ibu ayah membantu mereka kekal tenang dan terkawal.

Apa Itu Bayi High Need?

Bayi high need adalah bayi yang perlukan perhatian lebih daripada biasa. Mereka biasanya lebih sensitif, mudah menangis dan tak suka berjauhan dengan ibu bapa.

Tapi, jangan salah faham.

Bayi high need bukan tanda ada masalah kesihatan. Mereka cuma ada sifat semula jadi yang unik.

Biasanya, bayi high need akan nak dipeluk lebih lama, susah tidur dan cepat rasa tak selesa kalau tak ada ibu atau ayah di sebelah.

Mereka juga cenderung mempunyai keperluan emosi yang tinggi menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak sokongan dan kesabaran daripada ibu bapa.

Sifat ini tidak menjadikan mereka ‘manja’ tetapi menunjukkan keperluan unik mereka untuk merasa selamat dan dilindungi.

Tanda-Tanda Bayi High Need

Macam mana nak tahu anak anda high need? Ini tanda-tanda yang anda boleh perhatikan:

1. Suka Perhatian Lebih

Anak cepat menangis kalau tak didukung atau ditinggalkan walau sekejap. Mereka perlukan sentuhan fizikal untuk merasa selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Mudah Marah

Mereka senang kecewa dan menangis walaupun sebab kecil. Sebarang perubahan kecil dalam rutin atau persekitaran boleh membuatkan mereka gelisah.

3. Tak Boleh Berpisah

Anak sentiasa nak berada dekat dengan ibu bapa, termasuk semasa waktu tidur. Mereka mungkin akan menangis dengan kuat jika anda cuba meninggalkan mereka walaupun sebentar.

4. Mudah Terjaga Malam

Susah tidur malam dan mudah terjaga. Mereka mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menenangkan diri sebelum dapat tidur semula.

5. Sensitif Terhadap Bunyi

Mudah terganggu dengan bunyi bising, cahaya atau suasana sekeliling. Ini membuatkan mereka sukar untuk merasa tenang di tempat awam.

6. Sangat Aktif

Anak susah duduk diam dan sentiasa bergerak. Mereka sentiasa ingin meneroka dunia di sekeliling mereka walaupun mereka keletihan melampau. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyebab Bayi High Need

Apa sebab anak jadi high need? Tak ada jawapan yang jelas, tapi pakar percaya ia mungkin disebabkan:

  • Sifat Semula Jadi: Ada bayi yang dilahirkan dengan sifat lebih sensitif. Perangai ini mungkin sudah terbentuk sejak dalam kandungan.
  • Faktor Genetik: Sifat ini boleh diwarisi daripada ibu atau ayah. Jika salah seorang ibu bapa pernah mempunyai perangai yang sama semasa kecil, ada kemungkinan ia diwarisi oleh anak.
  • Awal Kelahiran: Kelahiran pramatang, komplikasi semasa lahir atau pengalaman yang memberi tekanan di awal kehidupan boleh mempengaruhi sifat bayi.

Bayi high need bukanlah salah ibu bapa. Mereka adalah anak Istimewa yang memerlukan lebih banyak sokongan emosi untuk berkembang dengan baik.

Bayi High Need Sampai Umur Berapa?

Kebiasaannya,  sifat high need ini akan mula berkurang bila anak dah semakin besar sekitar umur 2 hingga 3 tahun.

Namun, setiap anak berbeza. Ada yang lebih cepat menyesuaikan diri dan ada yang ambil masa lebih lama.

Walaupun begitu, sesetengah kanak-kanak mungkin kekal sensitif sehingga mereka mencapai usia sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara ini adalah normal dan sokongan berterusan daripada ibu bapa dapat membantu mereka membesar menjadi individu yang lebih yakin dan stabil secara emosi.

Cara Tidurkan Bayi High Need

Nak tidurkan bayi high need memang mencabar. Tapi jangan risau, cuba tips ini:

1. Rutin Tidur Tetap

Buat aktiviti yang sama setiap malam sebelum tidur, seperti baca buku atau menyanyi. Anak akan rasa lebih selamat jika mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

2. Peluk dan Tepuk

Anak high need suka sentuhan. Pelukan atau tepukan lembut boleh bantu mereka rasa selesa. Sentuhan fizikal membantu mereka untuk merasa disayangi.

3. Suasana Tenang

Guna lampu malap dan bunyi putih (white noise) untuk bantu anak lebih relaks. Ini dapat membantu mereka tidur dengan lebih nyenyak tanpa mudah terjaga.

4. Sabar

Proses ini mungkin mengambil masa yang lama, jadi ibu ayah kena banyak bersabar. Jadikan waktu tidur sebagai pengalaman yang menenangkan untuk anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Buat Ibu Ayah

Menjaga bayi high need memang boleh jadi pengalaman yang mencabar, tetapi dengan strategi yang betul, anda dan pasangan boleh melaluinya dengan lebih tenang:

Kerjasama Pasangan

Pastikan anda dan pasangan bekerjasama dalam menjaga anak. Bergilir-gilir menjaga anak bukan sahaja mengurangkan beban tetapi juga memberikan masa rehat kepada masing-masing.

Elak Bandingkan Anak

Fahami bahawa setiap anak adalah individu yang unik. Jangan bandingkan mereka dengan anak lain kerana ini boleh membuatkan anda berasa kecewa atau stres tanpa sebab.

Ambil Masa Untuk Diri Sendiri

Jangan lupa untuk jaga kesejahteraan diri. Luangkan masa untuk melakukan perkara yang anda gemari, seperti membaca buku, bersenam atau sekadar menikmati secawan kopi.

Rehat yang cukup akan membantu anda kekal tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cari Sokongan

Jika anda rasa terlalu terbeban, jangan ragu untuk mendapatkan bantuan. Bincang dengan pakar pediatrik, kaunselor atau sertai kumpulan sokongan ibu bapa.

Sokongan daripada komuniti atau profesional boleh memberi anda pandangan baru dan semangat untuk teruskan.

Bayi high need bukanlah satu masalah, tapi mereka perlukan pendekatan istimewa. Dengan kesabaran dan kasih sayang, anak anda boleh membesar jadi individu yang yakin diri dan bahagia.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Clingy Memang Selalu Nak Bersama Ibu Sahaja, Hilang Kejap Mulalah Menangis

Baca juga: Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Dah Menyusu & Tukar Lampin, Ini Cara Mengatasinya

Baca juga: Risau Bayi Menangis Terlalu Lama, Kenali Apa Itu Purple Crying Pada Si Manja Ibu & Ayah

Penulis

Noorhidayah