TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Seronok Main Air Banjir Tanpa Pakai Lampin, Bayi Usia Setahun Alami Pendarahan Teruk

3 Dec, 2024
Seronok Main Air Banjir Tanpa Pakai Lampin, Bayi Usia Setahun Alami Pendarahan Teruk

Bayi setahun mengalami pendarahan teruk selepas bermain air banjir tanpa memakai lampin yang menyebabkan kemaluannya dimasuki lintah

Pada 28 November lalu, gempar dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur 1 tahun 4 bulan datang ke unit kecemasan kerana pendarahan teruk di bahagian kemaluan. Dalam sehari 2 hingga 4 kali tukar lampin yang dipenuhi darah.

Apabila doktor periksa di bahagian kemaluan, tiada sebarang kesan luka ataupun cedera. Sekali buat scan di pundi kencing, ternampak seperti ada benda yang bergerak-gerak.

Ya Allah, memang betul lintah sudah masuk ke bahagian tersebut. Asbab kisahnya kanak-kanak perempuan tersebut bermain air banjir dengan tidak memakai lampin.

Jadi hati-hati untuk ibu bapa, sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir. Untuk keselamatan dan kesihatan mereka juga ya!

Isi Kandungan

  • Gigitan Lintah Tidak Disedari
  • Bahaya Gigitan Lintah Di Musim Banjir 
  • Langkah Pencegahan Dan Tips Penting

Gigitan Lintah Tidak Disedari

Air liur lintah mengandungi bahan yang menyebabkan rasa kebas. Oleh itu, mangsa tidak akan sedar rasa gigitan lintah berkenaan.

Selain itu, ia juga mengandungi enzim yang menyebabkan darah menjadi cair dan mudah disedut. Berbeza dengan pacat, lintah tidak akan jatuh dengan sendiri selepas menghisap darah. Ia boleh melekat di tempat gigitan selama berhari hari lamanya!

Walaupun kes begini jarang berlaku, langkah berhati hati boleh diambil dengan memastikan memakai seluar dalam ketika mandi sungai, memakai seluar tight dan menyapu krim pencegah gigitan pada kulit dan pakaian.

Bahaya Gigitan Lintah Di Musim Banjir 

Protein Hirudin yang terdapat dalam liur lintah mampu menghalang proses pembekuan darah secara normal, menyebabkan pendarahan yang boleh berlanjutan sehingga 6-24 jam.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai isipadu darah lebih kecil berbanding dewasa, gigitan lintah yang mengakibatkan pendarahan kecil tetapi berterusan boleh menjadi ancaman nyawa.

Dalam kes tertentu, ia memerlukan transfusi darah dan prosedur pembedahan untuk menghentikan pendarahan.

Langkah Pencegahan Dan Tips Penting

1. Elakkan Anak Bermain Air Banjir

Kepada mangsa banjir, terutamanya yang tinggal berhampiran kawasan bendang padi, elakkan anak-anak daripada bermain air banjir.

2. Pakai Pakaian Mandi Ketat

Jika perlu juga mengharungi air banjir, pakaikan pakaian mandi penuh dan ketat yang diperbuat daripada fabrik elastik seperti lycra atau spandex untuk menghalang lintah daripada memasuki rongga badan.

Setelah melalui air banjir, pastikan anda memeriksa badan anak-anak untuk memastikan tiada lintah yang melekat, terutama di celah lipatan atau rongga badan.

3. Elakkan Menarik Lintah Atau Tabur Garam

Jika lintah masih melekat pada kulit, biarkan ia jatuh sendiri selepas kenyang atau buang dengan berhati-hati. Kaedah terbaik adalah mengikis mulut lintah daripada kulit menggunakan kuku atau objek leper, bukannya menarik badannya secara kasar atau menggunakan bahan seperti garam, air tembakau, abu, atau syampu.

Kaedah ini boleh menyebabkan lintah memuntahkan isi perutnya ke dalam luka, yang berpotensi menyebabkan jangkitan bakteria serius.

4. Bersihkan Luka Dengan Antiseptik

Selepas lintah dibuang, bersihkan luka dengan antiseptik dan tekan luka tersebut sehingga pendarahan berhenti. Pastikan kapas atau pembalut diganti setiap kali penuh dengan darah.

Segera bawa anak ke hospital jika pendarahan tidak berhenti atau jika anda mengesyaki lintah telah memasuki rongga badan.

Musim banjir memerlukan kewaspadaan yang tinggi. Jaga diri dan keselamatan anak-anak anda sepanjang waktu ini.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
How Environment Influences Child Personality
How Environment Influences Child Personality
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
Revitalize your skin during and after pregnancy
Revitalize your skin during and after pregnancy

Klinik Safwa, Paediatric Surgery HRPZ II

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Kenapa Kelantan Selalu Banjir? Ketahui 7 Fakta Di Sebalik Fenomena Ini

Baca juga: Senarai Semak Barang Persediaan Banjir Yang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan, Setiap Rumah Kena ‘Standby’ Awal!

Baca juga:  Monsun Timur Laut 2024/2025: Bila Ia Bermula, Negeri Yang Terjejas & Persediaan Banjir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Seronok Main Air Banjir Tanpa Pakai Lampin, Bayi Usia Setahun Alami Pendarahan Teruk
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham