Mata panda sering kali dikaitkan dengan ibu-ibu yang mempunyai bayi terutama di bawah usia satu tahun. Apa sebenarnya rahsia membuat bayi tidur terus sepanjang malam tanda terlalu banyak kali terjaga.
Memang bukan perkara mudah untuk buat mereka tidur lena sepanjang malam. Tetapi ternyata ia tidak mustahil kerana sudah ada yang berjaya melakukannya.
Apa yang penting anda perlu rajin mencuba kerana tidak semua bayi akan boleh serasi dengan cara pada bayi yang lain. Anda perlu cuba hingga berjaya dan boleh buat anda juga tidur nyenyak di waktu malam.
Bayi tidur terus sepanjang malam
Memang tidak dinafikan, ramai ibu bapa yang rasa sangat struggle untuk buatkan anak mereka tidur lena pada waktu malam. Apatah lagi bila sudah penat bekerja, anak pula tak mahu tidur. Stres juga jadinya.
Bayi akan lebih banyak tidur pada waktu siang. Manakala pada waktu malam, dia akan berjaga seketika untuk minum susu. Bayi yang baru lahir sebenarnya tidak dapat membezakan siang atau malam.
Tidur adalah perkara yang penting dalam perkembangan diri seseorang anak sama ada daripada segi fizikal, mental dan emosi. Semasa anak tidur lena, proses self healing berlaku. Ketika ini juga memori yang dilalui pada setiap hari senang terbentuk dan tersimpan rapi.
Bayi menangis kerana nak release tension
Kebanyakan bayi baru lahir akan selalu menangis dan merengek. Menangis adalah salah satu cara bayi untuk release tension. Orang dewasa stres atau tak boleh tidur akan menyibukkan diri buat kerja rumah seperti membaca, mengemas dapur dan bersenam. Ini kerana hormon cortisol (stres) berada di paras tinggi.
Namun, tidak bagi bayi, semasa mereka menangis dan meragam sebenarnya untuk menurunkan kadar hormon cortisol dalam badan. Bagaimana hormon ini terhasil dalam badan bayi?
Ia terjada apabila ‘alarm’ tidur bayi dah tiba, namun ibu cuba menahan bayi supaya untuk tidak tidur pada waktu itu. Mungkin ibu belum bersedia untuk tidur bersama bayi.
Jadi, sistem badan akan memberi signal ‘kecemasan’ dengan mengeluarkan hormon cortisol untuk badan kekal sedar. Itu yang akan membuatkan bayi over tired sehingga tidak dapat tidur.
Disebabkan hormon cortisol tinggi, maka hormon melatonin yang membantu manusia untuk tidur akan rendah. Jadi, ia logik jika manusia yang stres akan susah tidur.
Tips bayi tidur terus, lena waktu malam
Jom kami kongsikan tips kepada anda yang ada masalah bayi tidak mahu tidur malam. Ini antara perkara yang boleh anda buat:
#1. Bedung
Bayi baru lahir sehingga 3 bulan wajib berbedung. Bukan untuk elak sejuk. Tapi untuk bayi itu rasa ‘kemas’ dan dipeluk seperti dalam rahim.
Jadi anda perlu bedungkan mereka. Tidak perlulah terlalu ketat, cukup untuk buat bayi rasa dipeluk dan selamat.
#2. Pacifier, puting tiruan
Ibu boleh perkenalkan puting tiruan jika bayi susah tidur. Ibu ayah perlu tahu untuk menenangkan bayi dan memudahkannya tidur adalah dengan menghisap jari.
Untuk bayi baru lahir, mereka tidak berupaya untuk menggerakkan tangan ke mulut. Jadi, ibu boleh sediakan puting tiruan sementara bayi pandai masukkan jari ke mulut.
#3. White noise
Ibu disarankan menggunakan bunyi yang hampir sama dalam alam rahim. Contohnya bunyi aliran sungai, ombak dan wajib dipasang sepanjang malam. Ataupun paling mudah, buat ‘shusshhh’ dengan suara yang kuat.
Ramai yang salah anggap bayi perlu tidur dalam keadaan sunyi sepi. Tidak sebenarnya, anda boleh perkenalkan bunyi white noise pada anak kerana ia adalah lebih kurang sama seperti bunyi dalam perut ibu semasa mereka dalam kandungan.
#4. Ayunan
Ayunan. Ia tidaklah semestinya bermaksud masukkan dalam buaian. Namun, ia adalah bagaimana ibu mendodoikan anak. Ada pelbagai jenis ayunan di pasaran.
Ada yang jenis ke kiri dan ke kanan dan sebagainya. Apa yang pasti ibu ayah itu sendiri perlu tahu tabiat tidur anak mereka supaya boleh baca pattern tidur anak itu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu
Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!
Baca juga: Posisi Bayi Tidur Yang Selamat Adalah Secara Melentang, Bukan Mengiring@ Meniarap!