Kulit Anak Alami Masalah Alergik? Bedak Gatal Khas Untuk Bayi Ini Dapat Mengatasinya Dengan Berkesan

Antara keperluan si manja adalah bedak untuk bayi. Namun, sekiranya mereka mengalami alergik atau kulit sensitif, ibu perlu memilih jenama yang selamat!

Peluh serta didatangi rasa gatal sememangnya seakan satu masalah yang sering terjadi kepada si manja. Tidak hanya memberikan rasa kurang selesa, ia turut menyebabkan ruam dan pastinya menganggu aktiviti anak sepanjang hari. Jadi di sini kami himpunkan 10 jenis bedak gatal untuk bayi yang selamat untuk digunakan para ibu ayah.

Antara salah satu cara mudah mengatasinya adalah dengan menggunakan bedak gatal bayi anti alergik dan sensitif pada mereka.

Ibu ayah boleh menarik nafas lega kerana kini terdapat pelbagai produk perawatan bayi yang efektif dalam mengurangkan rasa gatal. Sebelum memilih dan membeli produk tertentu, adalah lebih baik anda mengetahui jenis kulit anak agar ia sesuai dan tidak memberikan kesan sampingan.

Kenali Jenis Kulit Bayi

Apabila berbicara tentang penjagaan kulit bayi, ibu ayah pasti lebih teragak-agak dalam mencuba rangkaian produk bayi. 

Ibu ayah akan mula terfikir: akankah ia memberi iritasi pada kulit sensitif bayi? Adakah ia selamat dan natural? Bagaimana saya boleh tahu apakah jenis kulit bayi saya? Jadi kenali jenis kulit bayi seperti berikut.

1. Jika bayi anda mempunyai kulit gebu dan lembut

Ia seakannya mereka mempunyai kulit normal. Ini bermakna bayi anda tiada sebarang tanda kekeringan atau sensitif serta mempunyai permukaan kulit yang lembut sempurna.

Ia penting untuk anda beringat yang sementara kulit si comel anda mungkin tidak mempunyai sebarang tanda iritasi atau sensitif, tetapi kulit bayi masih lagi pada tahap mudah rapuh berikutan benteng penuh kulit mereka belum terbentuk sepenuhnya sehingga usia 2 tahun. 

2. Jika bayi anda mempunyai kulit kasar dan kadang kala berkuping

Ia seakannya mereka mempunyai kulit kering. Bayi boleh mempunyai pelbagai tahap kekeringan – seperti mana orang dewasa. Kulit kering adalah kondisi sepanjang tahun, tetapi ia boleh menjadi lebih buruk dengan suhu dingin.

Setiap bayi tidak dapat mengekalkan tahap hidrasi secukupnya pada peringkat ini berikutan benteng perlindungan kulit mereka masih lagi sedang dalam proses membentuk. 

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu lebih berhati-hati kerana jika tidak dijaga dengan betul, ia menjadi lebih berisiko untuk melecet. 

3. Jika bayi anda mempunyai kulit mudah kemerahan berhadapan dengan faktor stres harian

Ia seakannya mereka mempunyai kulit sangat sensitif. Kajian mencadangkan yang 1 dalam 3 kanak-kanak mempunyai kulit sangat sensitif.

Berbanding dengan jenis kulit mereka, iritasi pada kulit sensitif adalah akan kerap berlaku berikutan pada kondisi persekitaran – ekstrem panas atau sejuk, atau terdedah pada mineral menerusi air yang tidak bertapis.

Bayi dengan jenis kulit ini adalah lebih mudah untuk merasa tidak selesa akibat kesan sampingan kulit sensitif.

4. Jika bayi anda mempunyai kulit ekstrem kering dan gatal dari masa ke masa

Seakannya mereka mempunyai jenis kulit ruam atopik. Dermatitis atopik – lebih dikenali sebagai ekzema – biasanya akan mengalami tompok ekstrem kering pada kulit yang boleh meningkat naik dan merah, dan selalunya menyakitkan dan gatal.

Ia boleh jadi satu kondisi kitaran, yang mana boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk si kecil anda.

Ia adalah kondisi turun-temurun, dan ia biasanya bayi anda akan mendapat ekzema jika keluarga anda mempunyai sejarah akan penyakit itu.

Justeru, apa kata anda semak di sini. Kami telah menyenaraikan beberapa bedak gatal untuk bayi pilihan terbaik dalam memudahkan kerja ibu ayah mencarinya.

8 Bedak Gatal Bayi Yang Selamat Digunakan

Bedak Gatal Bayi Yang Selamat Digunakan
Pureen Cornstarch Baby Powder
Bedak Bayi Terbaik Dengan Tepung Jagung Berkualiti Tinggi
Beli di Shopee
Himalaya Baby Powder
Bedak Bayi Terbaik Untuk Mengawal Peluh Badan
Beli di Shopee
[Tollyjoy] Twin Pack Talcum Powder
Bedak Bayi Terbaik Dengan Serbuk Halus Gred Tinggi
Beli di Shopee
Gaia Natural Baby Powder
Bedak Bayi Terbaik Untuk Melega Dan Menyamankan Kulit
Beli di Shopee
Wakodo Corn Starch SICCAROL Natural Baby Powder
Bedak Bayi Terbaik Untuk Melembapkan Kulit
Beli di Shopee
Johnson's Blossom Baby Powder
Bedak Bayi Terbaik Beri Perlindungan Berpanjangan
Beli di Shopee
Burt's Bees Baby Dusting Powder
Bedak Bayi Terbaik 100% Natural
Beli di Shopee
Chicco Baby Moments Powder
Bedak Bayi Terbaik Dengan Formula Penyerapan Terpantas
Beli di Shopee

Pureen Cornstarch Baby Powder

Bedak Bayi Terbaik Dengan Tepung Jagung Berkualiti Tinggi

Pureen Pure Cornstarch Baby Powder dihasilkan daripada tepung jagung yang berkualiti tinggi yang mana penyerapan ekstra, menjadikan kulit halus bayi kering, lembut dan selesa sepanjang masa. Aromanya yang jelas unik memastikan bayi sentiasa terasa segar dan dalam keadaan yang terbaik. 

Apa yang kami suka? 

  • Bedak gatal bayi Pureen Pure Cornstarch diperbuat dari tepung jagung yang sangat mudah menyerap.
  • Satu bahan alternatif kepada talkum tradisional
  • Menjadikan kulit bayi lembut tanpa rasa kering, licin dan selesa.
  • Aroma yang menenangkan untuk bayi berasa segar dan gembira.
  • Gunakan selepas mandi dan pabila menukar lampin bayi
  • Ia membantu melindungi masalah iritasi kulit dan melecet
  • Juga sesuai buat orang dewasa

Cara penggunaan: 

Taburkan ke atas telapak tangan anda sebelum meletakkanya pada kulit bayi selepas mandi atau menukar lampin.

Himalaya Baby Powder

Bedak Bayi Terbaik Untuk Mengawal Peluh Badan

Himalaya Baby Powder dapat memastikan kulit bayi kekal lembut dan kering secukupnya. Ia diformulasikan dengan bahan-bahan herbal yang membantu memastikan kulit bayi sentiasa di dalam keadaan sejuk dan selesa.

Apa yang kami suka?

  • Membantu mengawal peluh dan bau badan yang berlebihan
  • Bedak gatal yang mengandungi bahan aktif herba dan selamat digunakan.
  • Bebas dari paraben, phthalates, dan warna sintetik
  • Bahan utama: minyak zaitun, diperkaya dengan vitamin E, memberi khasiat perlindungan dan mencegah kegatalan.
  • Ia mempunyai sifat menenangkan
  • Minyak kacang badam berfungsi sebagai pelembut kulit yang sangat baik dan kesan kelembapan.
  • Khus Grass mempunyai sifat anti peluh dan astringen, yang menjadikan bayi kering sepanjang hari.
  • Yasha Bhasma (zink oksida) melindungi dan mengelakkan kulit bayi daripada masalah ruam dan jangkitan
  • Sebagai agen penyembuhan luka
  • Berkesan dan selamat untuk digunakan pada bayi
  • Ia membantu memastikan bayi kekal segar dan selesa
  • Bedak gatal superior yang divers sentuhan dengan kehebatan herba dan zink oksida
  • Bedak yang lembut dan halus, yang mana ia tidak menyekat pori kulit seperti mana talkum lain
  • Mengandungi vetiver yang mana merupakan kandungan astringen yang membantu mengawal masalah peluh berlebihan dan memastikan kulit bayi sentiasa sejuk dan segar

Cara penggunaan:

Taburkan Himalaya Baby Powder ke atas telapak tangan anda dan sapukan pada kulit bayi selepas mandi dan pabila perlu, elak gunakannya di sekitar mata, hidung, mulut dan bahagian sensitif.

Jangan tabur terus ke atas kulit bayi untuk mengelakkan ketidaksengajaan penghiduan.

Tollyjoy Twin Pack Talcum Powder

Bedak Bayi Terbaik Dengan Serbuk Halus Gred Tinggi

Bedak gatal untuk bayi ini direka daripada serbuk halus dengan gred paling baik yang meninggalkan kulit bayi bersih, kering, dan berbau segar sepanjang hari. Mengandungi talkum allantoin dan pewangi yang memastikan bayi sentiasa wangi sepanjang hari. 

Apa yang kami suka?

  • Ia telah diuji secara mikrobiologi dan dermologi yang mana memastikan yang ia selamat digunakan pada bayi
  • Tidak menyebabkan liang pori pada kulit bayi tersumbat kerana serbuknya yang halus dan ringan
  • Ia adalah transpirant semula jadi
  • Sesuai digunakan pada bayi berusia 0 bulan dan ke atas

Cara penggunaan: 

Taburkan ke atas telapak tangan anda sebelum menyapu pada kulit bayi.

Gaia Natural Baby Powder

Bedak Bayi Terbaik Untuk Melega Dan Menyamankan Kulit

Ia diperbuat daripada serbuk tepung jagung bebas talkum yang mana menyerap lembapan lebihan pada lipatan kulit bayi dan membantu mengelakkan sebarang ruam lampin atau iritasi pada kulit si comel.

Ia juga mengandungi lavender organik untuk menyegar dan menenangkan kulit untuk bayi sentiasa dalam keadaan tenang dan relaks.

Apa yang kami suka?

  • Ia mengandungi chamomile dan lavender organik yang mana kedua-dua bunga ini membantu untuk melega dan menyamankan kulit
  • Boleh digunakan untuk semua jenis peringkat usia, bermula dari bayi ke nenek!
  • Bebas kezaliman dan dimiliki serta diperbuat dari Australia
  • Gunakannya di bawah lengan, di atas payudara, dan di antara kaki untuk mengurangkan kelecetan dan mengurangkan peluh
  • Sesuai untuk digunakan ke atas punggung bayi dan disekitar lampin sewaktu menukar untuk menyerap lembapan
  • Boleh digunakan di atas ruam lampin yang sederhana untuk melega dan menenangkan kulit

Cara penggunaan: 

Tabur sedikit di bahagian antara lipatan pada kulit bayi. Gunakannya terus menerus selepas mandi untuk kesegaran dan kulit yang bersih. Jangan menghelanya.

Goncang botol pada telapak tangan anda terlebih dahulu, jauhkan daripada muka bayi.

Wakodo Corn Starch SICCAROL Natural Baby Powder

Bedak Bayi Terbaik Untuk Melembapkan Kulit

Bedak gatal bayi Wakodo Corn Starch SICCAROL Natural Baby Powder berasal dari negara Jepun, yang mana menggunakan serbuk tepung jagung yang turut berasal dari negara matahari terbit itu. Ia baik dalam menyerap serta melepaskan lembapan bergantung kepada tahap lembapan persekitaran.

Apa yang kami suka?

  • Menggunakan serbuk tepung jagung yang berasal dari Jepun
  • Mengekalkan kesegaran mengikut kelembapan persekitaran
  • Mengandungi bahan-bahan yang melembap (pati daun teh hijau, ‘Benifuki’ dan sahur squalane)
  • Hadir dengan puff kapas semula jadi
  • Bahan aktif: zink oksida
  • Berasal dari Jepun

Cara penggunaan: 

Gunakan ke atas kulit kering dan bersih. Gunakan puff kapas yang tersedia untuk menepuk secara lembut bedak bayi ke atas kulit.

Johnson’s Blossom Baby Powder

Bedak Bayi Terbaik Beri Perlindungan Berpanjangan

Jenama produk penjagaan kulit bayi yang popular ini memberikan perlindungan berpanjangan yang memastikan kulit bayi kering selesa secukupnya, lembut seakan sutera, dan berbau wangi sepanjang hari. 

Apa yang kami suka?

  • Bedak gatal talkum dari Johnson’s diperbuat menggunakan talkum yang bergred U.S Pharmacopeial yang memastikan ia mencapai kualiti tertinggi, suci dan mengikut pematuhan keselamatan.
  • Talkum mereka telah secara berhati-hati dipilih, diproses dan diuji dalam memastikan ia bebas asbestos, seperti mana yang disahkan dengan ujian kerap yang dilakukan sejak 1970-an.
  • Mempunyai sejarah panjang dalam penggunaan talkum yang mana ia selamat digunakan
  • Lebih dari 30 tahun kajian dijalankan oleh pengkaji persendirian, badan reviu saintifik, dan pihak berkuasa global

Cara penggunaan:

Gunakan terus selepas mandi ke atas kulit bayi. Jauhkannya dari hidung dan bulut kanak-kanak untuk mengelak daripada menghela, yang mana boleh mengakibatkan masalah pernafasan.

Jauhkan daripada mata. Untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan gunakan ke atas kulit rosak.

Untuk tujuan keselamatan, jauhkan dari dicapai kanak-kanak.

Burt’s Bees Baby Dusting Powder

Bedak Bayi Terbaik 100% Natural

Menjadikan bayi berbau semanis yang boleh dengan satu ciuman dari bedak natural, bebas talkum dan bagus dalam menyerap lembapan ini. Bedak gatal untuk bayi ini selamat dan berkesan digunakan membuatkan kulit bayi anda lembut, kering dan sangat lembut.

Apa yang kami suka?

  • Dihasilkan 100% natural
  • Bahan utama: Tepung jagung, bahan naturan super penyerapan dari pokok jagung
  • Memastikan kulit bayi sentiasa lembut, kering dan selesa dengan tepung jagung, sekaligus menjadikan anda sebagai ibu juga merasakan lebih selesa
  • Menyerap secara natural ke atas kulit
  • Diformulasikan tanpa talkum, phthalates, parabéns, petrolatum atau SLS
  • Telah terbukti secara klinikal dan diuji oleh pakar pediatrik
  • Tiada iritasi, selamat dan hypo-alergenik
  • Memastikan punggung bayi sentiasa kering, lembut dan katakan selamat tinggal pada iritasi

Cara penggunaan: 

Sapukan bedak pada tubuh bayi, berhati-hati dalam mengelak ia terkena pada muka bayi

Chicco Baby Moments Powder

Bedak Bayi Terbaik Dengan Formula Penyerapan Terpantas

Diformulasikan daripada tepung jagung yang menyegarkan kulit serta melindungi dari masalah ruam dengan mengekalkan lembapan kulit yang betul pada kulit bayi. Ia tersedia di dalam pelbagai saiz; 75g, 150gram, 300gram, dan 500gram.

Apa yang kami suka?

  • Berasal dari Itali
  • Mengandungi zink oksida, alloantoin dan minska kastor untuk melindungi dan merawat masalah ruam
  • Memastikan lembapan pada kulit pada kadar yang betul
  • Tidak menyekat liang pori pada kulit
  • Menghasilkan lapisan yang boleh bernafas ke atas kulit 
  • Bahan kandungan yang 100% berasaskan sayuran
  • Bebas parabéns, minyak mineral, alcohol, pewarna, SLS, SLES dan sebagainya
  • Bebas pewangi alergen
  • Diuji dermatologi
  • Dihasilkan menggunakan tepung beras formula istimewa untuk membantu melega dan melembap kulit bayi
  • Pabila kulit bayi kekal bahagia, bayi juga akan turut sentiasa gembira
  • Formula penyerapan terpantas. Serbuk akan dengan cepat menyerap masuk ke dalam kulit pabila disapukan, malah bermanfaat pada kulit bayi serta memelihara daripada sebarang kerosakan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit sensitif setiap hari

Cara penggunaan: 

Sapukan pada kulit yang bersih dan kering. Taburkan sedikit pada telapak tangan anda dan dengan lembut sapukan pada kulit bayi yang bersih. Jauhkan serbuk dari mulut dan hidung bayi. Elakkan daripada memasuki mata.

Perbandingan Harga Bedak Gatal Bayi

Jenama Harga
Pureen Cornstarch Baby Powder RM11.20
Himalaya Baby Powder RM8.60
Tollyjoy Twin Pack Talcum Powder RM9.90
Gaia Natural Baby Powder RM32.60
Wakodo Corn Starch SICCAROL Natural Baby Powder RM29.20
Johnson’s Blossom Baby Powder RM13.67
Burt’s Bees Baby Dusting Powder RM86.35
Chicco Baby Moments Powder RM35.90

Tips Mengelakkan Ruam Lampin Selain Bedak Gatal

Cara terbaik untuk mengelak ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin sentiasa bersih dan kering.

Beberapa strategi ringkas boleh membantu mengurangkan kemunculan ruam lampin yang terjadi pada kulit si comel.

  • Kerap tukar lampin. Buang lampin yang sudah basah dan kotor selalu. Jika anak anda berada di bawah jagaan pusat jagaan harian, minta penjaga di situ untuk melakukannya.
  • Bilas punggung bayi dengan air suam sebagai setiap kali pertukaran lampin. Anda boleh gunakan sinki, tab atau air botol untuk tujuan ini. Lembapkan kain basuhan, bebola kapas dan tisu pengelap bayi boleh juga membantu dalam membersihkan kulit, tetapi secara lembut. Jangan gunakan tisu basah yang mengandungi alkohol atau pewangi. Jika anda mahu menggunakan sabun, pilih sabun yang mild, bebas pewangi.
  • Tepuk kulit kering dengan lembut menggunakan tuala bersih atau biarkan ia kering sendirinya. Jangan skrub punggung bayi anda. Menggosok boleh memburukkan lagi kondisi iritasi pada kulitnya.
  • Jangan menyarung lampin terlalu ketat. Lampin yang terlalu ketat membuatkan peredaran udara ke dalam bahagian lampin tersekat, yang mana menyebabkan persekitaran lembap berlaku serta membawa kepada ruam lampin. Lampin yang ketat juga boleh mengakibatkan melecet pada bahagian pinggang atau peha.
  • Berikan punggung bayi anda sedikit masa tanpa lampin. Jika boleh, biarkan bayi anda tanpa lampin seketika. Membiarkan kulitnya sekejap daripada pemakaian lampin adalah cara natural dan terbaik dalam memastikan ia kering secara sendirinya. Untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diinginkan, cuba baringkan bayi anda di atas sehelai tuala yang besar dan bermain dengannya seketika sementara bahagian bawah punggungnya bebas dari lampin.
  • Pertimbangkan kegunaan salap secara berkala. Jika bayi anda selalu mendapat ruam, sapukan salap pelindung sewaktu setiap kali pertukaran lampin untuk mencegah iritasi kulit. Jeli petroleum dan zink oksida telah terbukti bahan yang bagus di dalam banyak salap lampin.
  • Selepas pertukaran lampin, cuci tangan anda. Mencuci tangan boleh mencegah penularan bakteria dan yis ke bahagian lain tubuh anda, atau kepada anak anda yang lain.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Bedak Bayi – Benarkah Bedak Bayi Penyebab Kanser?

Baca juga:  Kulit Bayi Kering Dan Mengelupas? Ini Cara Legakannya

Baca juga: 5 Cara Selesaikan Masalah Kulit Bayi Yang Kering!

Penulis

Farhana Fuad