Anak Dipulau Kawan-Kawan Sekolah Kerana Beg Smiggle, Rupanya Gimik Marketing Sahaja!

Beg berjenama Smiggle memang terkenal di kalangan ibu ayah untuk si manja. Namun, barangan berjenama juga boleh menyebabkan anak dipulau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini telah tular kisah seorang pelajar yang dipulau rakan-rakan sebaya pada hari pertama sekolah kerana tidak menggunakan beg Smiggle. Ramai yang bersimpati dan tidak setuju dengan apa yang telah dialami pelajar tersebut, kerana ia menunjukkan sikap materialistik dalam diri kanak-kanak pada usia awal.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Dipulau sebab tak guna beg Smiggle, cerita palsu rupanya!
  • Ibu ayah memainkan peranan untuk membesarkan anak menjadi tidak materialistik
  • Pemulauan rakan-rakan sebaya di sekolah sebab barangan memang berlaku ya!

Namun, ada juga netizen yang mengatakan bahawa kisah tersebut ialah cerita palsu. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan hakikat bahawa sifat materialistik boleh dipupuk dalam diri anak-anak.

Dipulau sebab tak guna beg Smiggle, cerita palsu rupanya!

Seorang pengguna laman Facebook, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, telah berkongsi tiga hantaran dengan kisah yang sama, meyakinkan bahawa kisah tersebut memang kisah palsu.

Sumber gambar: Dunia Patik Dot Com

Dalam salah satu perkongsian kisah tersebut, seorang ibu yang dikenali sebagai Puteri Syazana Aimi telah mengaku bahawa salah satu gambar yang digunakan dalam kisah palsu tersebut adalah gambarnya yang telah ditangkap bagi tujuan memberi penilaian pembeliannya di laman beli-belah, Shopee.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga telah meminta netizen untuk melaporkan perkongsian kisah tersebut.

Palsu atau tidak kisahnya, sikap materialistik dalam diri kanak-kanak perlu dibendung dari awal jika tidak mahu dia membawa sikap tersebut hingga ke dewasa. Tetapi, ramai juga yang tertanya-tanya apakah jalan penyelesaiannya untuk permasalahan ini?

Ibu ayah memainkan peranan untuk membesarkan anak menjadi tidak materialistik

Seorang pengguna Twitter, @nefauzii, telah berkongsi salah satu cara yang ibu ayah boleh amalkan sebagai ikhtiar tidak memupuk sikap materialistik anak.

“Pada aku jangan tekankan nama brand barangan kat anak sangat. Contoh, “Akak dah ada beg smiggle sekarang”. Jangan disebut-sebut nau smiggle tu. Cukup sekadar sebut beg pink aje kot. “Abang dah ada kasut nike”. Sebut je la kasut sport.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ada beberapa cara lain yang anda boleh gunakan untuk membesarkan dan mendidik anak agar tidak menjadi seorang yang pentingkan barangan.

  • Berbincang dengan anak tentang duit. Walaupun anak anda masih muda, tetapi tidak salah untuk anda memperkenalkan konsep kewangan dan kepentingannya pada si manja. Mendidik anak-anak tentang kepentingan wang pada usia kecil boleh memupuk mereka untuk sedar bahawa kewangan tidaklah mudah untuk diperoleh, dan ia juga boleh galakkan anak untuk belajar menyimpan.
  • Kurangkan hadiahi anak dengan barangan. Sekiranya si manja anda telah berjaya membuat sesuatu seperti mendapat markah yang bagus dalam peperiksaan atau telah melakukan perkara yang baik, kurangkan memberinya barangan seperti mainan atau gajet sebagai hadiah. Bukan tidak boleh, tetapi jangan terlalu kerap!
  • Menjadi contoh terbaik untuk anak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya! Anak-anak ini cerminan ibu dan ayah. Jika ibu ayah tidak mahu anak-anak membesar menjadi seorang yang materialistik, anda juga perlulah menunjuk contoh yang baik agar dapat diikut oleh si manja.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Dara Duncan Larson

Pemulauan rakan-rakan sebaya di sekolah sebab barangan memang berlaku ya!

Walaupun kisah di atas mungkin sebuah kisah yang palsu, tetapi ia memberi kesedaran kepada kita sebagai ibu ayah yang tidak hadir ke sekolah bersama si manja bahawa isu pemulauan dan buli atas sebab barangan material memang berlaku.

Jika anda dapati si manja anda dipulau atau dibuli di sekolah kerana tidak mempunyai barangan yang setaraf rakan-rakan sebayanya, pujuklah anak anda dan jelaskan padanya bahawa nilai sesebuah barangan bukan terletak pada jenama sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mengajar anak untuk lebih bersederhana dalam membeli barang kerana barang ini kebiasaanya tidak kekal lama lagi-lagi untuk anak yang cepat membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sesi Persekolahan Tanpa Penggiliran, Semua Pelajar Boleh Ke Sekolah

Baca juga: Cara Betul Pilih Beg Sekolah Anak, Bukan Nak Cantik Je, Tapi Perlu Ada 3 Ciri Ini Elak Masalah Tulang Belakang!

Baca juga:  Beg Sekolah Kanak Kanak, Cara Pemakaian Salah Punca Anak Bongkok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan