TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Budak Gemuk Lebih Cenderung Dibuli, Ibu Ayah HARUS Ambil Tindakan Segera

4 min bacaan
Budak Gemuk Lebih Cenderung Dibuli, Ibu Ayah HARUS Ambil Tindakan Segera

Budak gemuk memang lebih cenderung untuk dibuli di sekolah. Ibu ayah perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk pastikan anak sihat.

Dengan bermulanya sesi persekolahan kini, pasti ibu ayah dan anak teruja hendak membeli barangan sekolah baru seperti beg, kasut, alat tulis dan uniform juga. Namun, sesetengah ibu dan ayah mungkin mempunyai masalah untuk membeli pakaian sekolah si manja kerana anak anda boleh dilabel sebagai “budak gemuk”.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Budak gemuk lebih cenderung dibuli di sekolah, ibu ayah perlu ambil tindakan
  • Buli bukan sahaja masalah dihadapi anak apabila gempal, ketahui lebih banyak kesan tidak mengawal diet si manja!

Sekiranya anda mula mengalami kesukaran untuk mencari pakaian sekolah untuk anak dek kerana saiz badannya yang gempal, ia patut menjadi titik kesedaran untuk ibu ayah untuk mengambil tindakan.

Budak gemuk lebih cenderung dibuli di sekolah, ibu ayah perlu ambil tindakan

budak gemuk dibuli

Sudah banyak cerita kes kanak-kanak yang berbadan gempal dibuli di sekolah hanya kerana berbadan besar.

Sekiranya anak anda pulang dari sekolah dan tiba-tiba berbicara tentang badannya, maka anda perlu ‘cepat tangkap’ bahawa anak anda mungkin diejek atau dibuli di sekolah kerana fizikalnya.

Sebagai ibu ayah, anda perlu mengambil tindakan untuk menghentikan pembulian ke atas si manja anda. Jadi, apa yang ibu ayah boleh lakukan untuk pastikan anak tidak akan mendapat kesan lebih buruk dari ini.

  • Yakinkan anak. Setelah diejek, pasti anak anda akan hilang keyakinan diri dan mula mempercayai apa yang telah dikatakan kepadanya. Yakinkanlah anak dengan memujuknya agar tidak mendengar kata-kata negatif orang, dan didiklah ia supaya tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
  • Galakkan hubungan sihat. Menggalakkan hubungan dan persahabatan yang sihat dalam hidup anak akan membuatkannya menyedari bahawa ada orang baik-baik yang tidak akan membulinya. Ini juga akan membuat anak berasa seperti tidak berseorangan apabila dibuli kerana ada rakan-rakan di sekelilingnya.
galakkan hubungan sihat anak gemuk

Sumber gambar: theAsianparent Malaysia

  • Mengawal diet anak. Walaupun kita perlu mempraktikkan rasa sayang pada diri sendiri, sekiranya si manja kita berbadan besar tanpa gaya hidup yang sihat maka lebih baik untuk mengawal diet mereka. Bukan sahaja anak akan lebih sihat, mereka juga akan berasa lebih baik secara mental.

Buli bukan sahaja masalah dihadapi anak apabila gempal, ketahui lebih banyak kesan tidak mengawal diet si manja!

Terdapat banyak risiko yang boleh dihadapi oleh anak sekiranya mereka berbadan gempal dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bukan sahaja risiko dari segi fizikal, tetapi dari segi mental dan perkembangan tumbesaran anak juga boleh terjejas.

  • Masalah mental. Kanak-kanak yang berbadan gempal mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami ganggunan kesihatan mental oleh sebab dibuli. Mereka akan mengalami trauma dan boleh juga menghidapi kemurungan serta kebimbangan disebabkan trauma tersebut, seraya merendahkan keyakinan diri anak. Dengan adanya masalah pada kesihatan mental anak, si manja anda akan mula berasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan orang.
mental budak gemuk terganggu

Sumber gambar: VistaCreate

  • Risiko penyakit metabolik. Secara fizikalnya, walaupun anak anda masih berada di usia yang terlalu muda tetapi jika dia tidak amalkan gaya hidup yang sihat dengan diet yang tidak terkawal, maka tidak mustahil untuk si manja menghidapi penyakit-penyakit seperti diabetes dan asma. Si manja juga terdedah kepada risiko untuk menghidapi darah tinggi serta sakit-sakit seperti sakit belakang atau/dan lutut.
  • Gangguang fungsi kognitif. Kanak-kanak yang berbadan besar secara tidak langsung akan mudah letih dan menjadi tidak cergas. Disebabkan ini, otak mereka akan kurang cerdas dan anak akan mengalami daya ingatan yang lemah dan sukar memberi perhatian terhadap sesuatu perkara. Anak juga akan berasa tidak minat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti aktif.

Ibu ayah, jika anak anda berbadan gempal memang tiada masalah asalkan anda menggalakannya untuk amalkan gaya hidup yang sihat di mana diet anak seimbang dan dia juga aktif bermain.

Jika tidak, inilah masanya untuk ibu dan ayah mengambil tindakan untuk pastikan anak anda kekal sihat mulai usia muda!

Semoga bermanfaat.

Facebook, WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Kecil Anda Berisiko Hidap Obesiti, Darah Tinggi & Kemurungan Jika Kualiti Tidur Tidak Dijaga!

Baca juga: Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Selepas PKPB, Undang Pelbagai Masalah Dan Semakin Membimbangkan

Baca juga: Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Budak Gemuk Lebih Cenderung Dibuli, Ibu Ayah HARUS Ambil Tindakan Segera
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham