Bengkung Penting Untuk Ibu Lepas Bersalin. Ini 8 Bengkung Bersalin Terbaik Yang Mesti Dicuba Untuk Kembali Langsing!

Masalah perut gelebeh merupakan kegusaran normal bagi para ibu. Atasinya dengan memakai bengkung selepas bersalin terbaik semasa berpantang.

Pengalaman mengandung mungkin sukar bagi sesetengah wanita, namun selepas melahirkan anak selalunya para ibu akan mengalami pelbagai perubahan tubuh yang tidak dijangka, jadi disebabkan itu ibu perlukan bengkung bersalin kerana ia adalah salah satu cara kempiskan perut selepas bersalin yang efektif.

Sama seperti kesan stretch mark, ibu pasti mahu cepat kembali kepada bentuk tubuh asal, khususnya bagi menghilangkan keadaan perut gelebeh selepas bersalin jadi memakai bengkung selepas bersalin merupakan kaedah terbaik memandangkan ibu tidak digalakkan bersenam!

Fungsi Bengkung

Bengkung bersalin bertujuan untuk menyokong bahagian abdomen dan membantu ibu lepas bersalin untuk sembuh dari ketidakselesaan fizikal.

Bengkung membantu meletakkan otot pada tempatnya, memperbaiki postur, menggalakkan peredaran darah, membetulkan kedudukan pelvis dan secara perlahan-lahan dapat mengelakkan sakit belakang serta pengumpulan cecair.

Kajian yang dilakukan pada tahun 2019 mendapati bahawa bengkung selepas berbanding ibu yang tidak memakai bengkung.

Sebilangan wanita yang bersalin secara normal juga mengatakan bahawa pembalut itu membuat badan mereka lebih kejap dan terasa kurang seperti jeli.

Kebaikan Bengkung

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa berbengkung mempunyai kelebihan lain selain melangsingkan badan. Terutamanya para wanita yang pertama kali ingin berbengkung, pastinya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pemakaian bengkung.

Kami senaraikan beberapa kebaikan memakai bengkung selepas bersalin seperti di bawah;

  • Mampatan meningkatkan bekalan darah ke kawasan yang terjejas untuk menyokong penyembuhan yang lebih cepat
  • Mengurangkan pembengkakan rahim dengan tekanan yang stabil dan mengeluarkan cecair serta menaikkan semula rahim.
  • Menawarkan sokongan punggung bawah dan kestabilan perut
  • Melegakan sakit belakang. Selepas bersalin, kebanyakan ibu mengalami masalah sakit belakang akibat dari proses bersalin. Tambahan lagi, proses penyusuan memerlukan ibu banyak duduk atau baring mengiring untuk keselesaan semasa menyusu.
  • Boleh juga membantu mengenakan pakaian pra-kehamilan dengan selesa semasa pemulihan selepas bersalin
  • Melindungi bahagian c-section. Luka czer sebaik-baiknya berada dalam keadaan yang kejap dan rapi agar tiada risiko bahagian luka tertarik semasa bergerak. Dengan memakai bengkung di bahagian perut, ibu baru bersalin lebih bebas bergerak dan kurang risiko luka terbuka pada masa yang sama.
  • Supaya ibu dapat kembali bersenam lebih awal untuk menguatkan inti dan merawat diastasis recti
  • Tingkatkan postur pemakai yang membolehkan pernafasan lebih dalam
  • Walaupun berjaya menurunkan berat badan, namun masih ada yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin. Pemakaian bengkung secara berdisplin sepanjang berpantang boleh bantu ibu mendapatkan badan seperti asal walaupun selepas bersalin czer.

Memilih Bengkung Selepas Bersalin Yang Bagus

Ada beberapa jenis bengkung moden di pasaran yang menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia, namun sebaik-baiknya ibu mendapatkan bengkung yang berkesan dalam kes kelahiran normal dan caesar.

Pelbagai jenis bengkung selepas bersalin yang berbeza dari segi panjang, reka bentuk, keselesaan dan harga tersedia hari ini. 

Sekiranya ibu mencari bengkun moden khususnya, beberapa kriteria yang perlu diingat terlebih dahulu seperti keselesaan, mudah dipakai, material berkualiti, senang dicuci, licin, mudah untuk bernafas dan pastinya memenuhi fungsi bengkung.

8 Bengkung Terbaik Selepas Bersalin

Nak mencari bengkung yang bagus dan selesa pun ada cabarannya malahan ibu mungkin melakukan carian di Internet, bertanyakan kepada rakan-rakan atau merujuk kepada penjual.

Jadi bagi memudahkan carian anda, kami sediakan senarai 8 bengkung bersalin moden terbaik yang boleh didapati di pasaran.

Bengkung Terbaik Selepas Bersalin
Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset
Bengkung Terbaik Secara Keseluruhan
Beli di Shopee
Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band
Bengkung Terbaik Untuk Ibu Bersalin  Czer
Beli di Shopee
Autumnz Post-Partum Abdominal Binder
Bengkung Terbaik Jenis Moden
Beli di Shopee
Lunavie Premium Postpartum Abdominal Binder
Bengkung Terbaik Harga Bajet
Beli di Shopee
Upspring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap with Bamboo Charcoal Fibre
Bengkung Terbaik Dengan Serat Buluh
Beli di Shopee
COSWAY Slim Up Smart Tummy Tuck
Bengkung Terbaik Yang Terbukti Secara Klinikal
Beli di Shopee
Bengkung Sajat Diamond Gold
Bengkung Terbaik Dengan Kesan Ramping Serta Merta
Beli di Shopee
Bengkung Zip Ekspress Premium by Mak Kuntum
Bengkung Terbaik Tradisional Yang Dimodenkan
Beli di Shopee

Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset

Bengkung Terbaik Secara Keseluruhan

Kenapa produk ini bagus?

Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset merupakan korset pelbagai guna yang boleh dipakai semasa hamil, semasa berpantang malahan bagus untuk yang mengalami sakit pinggang dan belakang. Paling menarik sekali, ia mampu mengecilkan rahim anda ke saiz sebelum hamil!

Produk ini bertindak bukan sahaja bagi mengembalikan tubuh kepada asal malah berfungsi membetulkan postur badan anda. Jika ibu mencari keselesaan semasa berpantang, ini merupakan penyelamat yang baik kerana materialnya yang lembut dan selesa! Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan nude.

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Menjadikan badan langsing di bahagian abdomen dan pinggang
  • Mampu mengatasi masalah sakit pinggang dan belakang.
  • Membantu mengecutkan rahim ke saiz asal
  • Boleh dipakai sebagai belly band semasa hamil

Keselamatan dan keselesaan:

  • Penggunaan material velcro untuk keselesaan semasa mengetatkan korset
  • Material 65% poliester, 35% fiber elastik, menjadikannya mudah meregang dan tidak ketat
  • Terdapat dalam saiz yang disesuaikan untuk setiap saiz pemakai
  • Boleh dipakai dalam tempoh yang panjang 
  • Material yang tidak gatal dan miang

Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

Bengkung Terbaik Untuk Ibu Bersalin Czer

Kenapa produk ini bagus?

Produk keluaran Mamaway ini bukan sahaja sesuai untuk ibu yang baru bersalin normal, malah sesuai untuk ibu yang bersalin secara czer.

Malah produk ini boleh dipakai sewal 2 hari selepas melahirkan anak, bertujuan bagi memberikan keselesaan dan penyembuhan yang sebaiknya semasa tempoh berpantang. Untuk penyembuhan yang lebih pantas, bengkung moden ini boleh dipakai dalam tempoh yang panjang termasuklah pada waktu malam.

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Mengurangkan sakit di bahagian czer dan tidak menarik bahagian luka semasa pergerakan.
  • Mengagihkan berat badan dari tulang belakang dan meningkatkan postur untuk mengurangkan sakit belakang.
  • Membantu merapatkan bahagian perut dan pengetatan otot perut dan kulit.

Keselamatan dan keselesaan:

  • Diperbuat dari serat arang buluh yang mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Mengandungi fiber infrared yang membantu pengedaran darah.
  • Kalis bakteria dan bau.
  • Mempunyai pemegang elastik yang memudahkan pemakaian.

Autumnz Post-Partum Abdominal Binder

Bengkung Terbaik Jenis Moden

Kenapa produk ini bagus?

Autumnz Post-Partum Abdominal Binder direka dengan teliti untuk membantu membentuk semula perut ibu kembali ke bentuk sebelum kehamilan.

Mendapat pengiktirafan sebagai bengkung selepas bersalin yang berbeza dari kaedah tradisional, bengkung ini akan memudahkan proses pemulihan selepas kehamilan dengan cara semula jadi. Pemilihan bengkung ini adalah mengikut saiz pemakaian.

Apa yang kami suka?

Fungsi:

  • Menyokong dan membentuk semula tubuh selepas bersalin kepada asal.
  • Membantu mengurangkan tanda tekanan yang tidak diingini pada tubuh
  • Meningkatkan keanjalan semula jadi kulit.

Keselamatan dan keselesaan:

  • Diperbuat dari material selesa, ringan dan mudah untuk bernafas, 80% poliester, 20% spandex
  • Lapisan dalaman yang lembut dan permukaan yang lembut pada kulit
  • Tidak kelihatan di bawah pakaian

Lunavie Premium Postpartum Abdominal Binder

Bengkung Terbaik Harga Bajet

Kenapa produk ini bagus?

Lunavie Premium Postpartum Abdominal Binder merupakan pembalut mampatan perut yang direka untuk membantu ibu kembali seperti tubuh sebelum melahirkan anak secara semulajadi.

Produk ini juga boleh dipakai di bawah pakaian dengan selesa tanpa menampakkan bentuk bengkung pun. Jadi kalau ibu nak pakai sepanjang masa pun tiada masalah, malah boleh membentuk tubuh jadi ramping di bahagian pinggang.

Apa yang kami suka?

Fungsi:

  • Membentuk tubuh menjadi seperti sebelum bersalin.
  • Sokongan di perut selepas bersalin normal dan czer.
  • Disarankan penggunaan dalam kes hernia perut

Keselamatan dan keselesaan:

  • Tidak kelihatan di bawah pakaian
  • Diregangkan agar sesuai dengan lekukan semula jadi badan anda
  • Membantu mengurangkan tekanan belakang & mencegah pengumpulan lemak
  • Reka bentuk lekatan tahan lama dengan velcro yang kuat.

Upspring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap with Bamboo Charcoal Fibre

Bengkung Terbaik Dengan Serat Buluh

Kenapa produk ini bagus?

Bagi ibu yang lebih gemar bengkung yang disyorkan pakar obstetrik / pakar sakit puan, produk ini adalah salah satu pilihan utama.

Nak hilangkan perut gelebeh akibat bersalin memerlukan masa, jadi apa yang lebih baik daripada bengkung yang direka berasaskan teknologi serat arang buluh yang bukan hanya membantu melangsingkan pinggang tetapi juga menyokong otot perut.

Pemampatan tiga titik yang ditawarkan oleh arang buluh berfungsi pada panas badan anda, dengan itu meningkatkan aliran darah, mengurangkan bengkak, memberikan sokongan punggung bawah dan memastikan pemulihan yang berkesan.

Apa yang kami suka:

Fungsi:

  • Dibina dengan teknologi serat buluh mampatan tiga kali ganda untuk hasil terbaik.
  • Bengkung bertulang dalam untuk sokongan punggung bawah yang sangat baik.
  • Pemulihan yang cepat dengan sokongan otot teras, pengurangan bengkak dan peredaran darah yang lebih baik.

Keselamatan dan keselesaan:

  • Diperbuat dengan bahan antibakteria, mudah laras dan menyerap kelembapan.
  • Menawarkan proses penyembuhan yang terapeutik dan selamat.

COSWAY Slim Up Smart Tummy Tuck

Bengkung Terbaik Yang Terbukti Secara Klinikal

Kenapa produk ini bagus?

Pakaian langsing yang terbukti secara klinikal dengan bahan aktif berasaskan marin semulajadi yang menyediakan penyelesaian yang selamat dan tidak invasif untuk perut yang pejal dan rata.

Hanya perlu disarung sahaja, bengkung Cosway ini sangat mudah dipakai namun memberi kesan yang sangat hebat untuk pelangsingan badan selepas bersalin. 

Walaupun sudah tamat tempoh berpantang, ibu masih boleh meneruskan pemakaian bengkung Cosway ini kerana ia sangat selesa dipakai walaupun dipakai ketika pergi bekerja!

Apa yang kami suka?

Fungsi:

  • Mikrokapsul phytomarine yang berkuasa mengeluarkan tindakan menegang dan melangsingkan badan apabila bersentuhan dengan kulit
  • Meningkatkan saliran dan peredaran mikro untuk perut yang pejal dan tegang

Keselamatan dan keselesaan:

  • Mudah dipakai
  • Pakai selama 8 jam setiap hari untuk merasai keberkesanannya
  • Reka bentuk tekstil yang lebih padat dan berpinggang tinggi untuk menghasilkan bentuk badan yang sangat anggun dan langsing
  • Memeluk tubuh dalam keselesaan luar biasa tanpa melurut ke bawah
  • Tali pinggang dua lapisan dengan pemampatan berganda dan kepekatan tekstil bioktif untuu memberi kesan pada perut

Bengkung Sajat Diamond Gold

Bengkung Terbaik Dengan Kesan Ramping Serta Merta

Kenapa produk ini bagus?

Bagi ibu yang lebih selesa mengenakan bengkung pada bahagian perut sahaja, Bengkung Sajat Diamond Gold ini adalah pilihan terbaik kerana labuhnya 11 inci yang dapat menutup keseluruhan perut berbanding korset jenama lain yang biasanya bersaiz 8 inci sahaja.

Dengan 24 tetulang, bengkung Sajat ini membuatkan badan anda seperti dipeluk dengan selesa yang mampu memberi 5 kali ganda lebih cepat berkesan berbanding korset biasa yang mempunyai 4 atau 8 tulang.

Apa yang kami suka?

Fungsi:

  • Merampingkan pinggang
  • Mengempiskan perut.
  • Menganjalkan kulit perut
  • Menghilangkan lapisan perut berlapik
  • Meratakan lemak di belakang, bagus untuk tulang belakang
  • Bagus untuk ibu dalam pantang, mempercepatkan pengecutan rahim

Keselamatan dan keselesaan:

  • Selesa dipakai diperbuat daripada mterial fabrik berkualiti iaitu cotton Spandex
  • Tak akan berlipat, tak rasa sakit mencucuk ketika memakainya
  • Mudah dipakai
  • Kesan ramping serta merta

Bengkung Zip Ekspress Premium by Mak Kuntum

Bengkung Terbaik Tradisional Yang Dimodenkan

Kenapa produk ini bagus?

Jika anda tidak mempunyai seorang pembantu untuk menolong anda memakai bengkung tetapi mahu memakai bengkung tradisional, anda digalakkan untuk membeli bengkung jenis berzip yang lebih mudah untuk dipakai sendirian.

Direka khas buat ibu-ibu moden yang masih ingin mengamalkan cara berpantang tradisional dan ingin menjaga kesihatan badan semasa berpantang, amat penting untuk memilih bengkung yang memudahkan pergerakan bagi menjalani rutin menjaga si kecil saban hari.

Bengkung Zip Ekspress Premium by Mak Kuntum adalah bengkung yang mempunyai cara pemakaian yang praktikal. Walaupun bertali zigzag namun kewujudan zip di kiri dan kanan bengkung memudahkan ibu memakai dan mengikat sendiri bengkung.

Apa yang kami suka?

Fungsi:

  • Mengembalikan bentuk badan yg ideal
  • Mengelakkan kekenduran otot
  • Mengangkat peranakan
  • Membetulkan kedudukan batu meroyan
  • Mengelakkan masuk angin
  • Mengecutkan rahim

Keselamatan dan keselesaan:

  • Mempunyai zip tepi untuk bukaan ke tandas
  • Tidak bergulung, tidak mudah melurut atau ternaik ke atas apabila bergerak dan terasa kemas dari bawah dada hingga ke peha.
  • Material yang selesa dan menyerap peluh, sesuai dipakai seharian.
  • Dinasihatkan supaya memakai bengkung selama 44 hingga 100 hari berpantang dan disyorkan untuk pakai selama 22 jam sehari.

Perbandingan Harga Bengkung Terbaik di Malaysia

Produk Saiz Harga Pasaran
Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset S-XXL RM59.90
Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band S-M RM350.00
Autumnz Post-Partum Abdominal Binder M RM37.50
Lunavie Premium Postpartum Abdominal Binder L RM57.60
Upspring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap with Bamboo Charcoal Fibre L-XL RM304.43
COSWAY Slim Up Smart Tummy Tuck  S-L RM88.00
Bengkung Sajat Diamond Gold XS-XL  RM49.70 
Bengkung Zip Ekspress Premium by Mak Kuntum  S-XXXL RM85.00

Cara Pakai Bengkung Yang Betul

Ramai ibu di luar sana yang mempunyai pelbagai persoalan tentang bengkung terutamanya bagi yang pertama kali menjadi ibu, mereka yang terpaksa melahirkan melalui pembedahan C-sec mahupun ibu-ibu yang terpaksa berpantang sendirian kerana tiada peneman dan suami yang tidak dapat membantu kerana bekerja di siang hari.

Kami kongsikan cara-cara berbengkung dengan betul di bawah, diharap dapat membantu anda semua!

1. Waktu sesuai pakai bengkung

Bagi mendapatkan kebaikan dan efek berbengkung, ibu digalakkan berbengkung sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam selepas bersalin. Ibu digalakkan untuk berbengkung sepanjang hari dan malam, melainkan sewaktu mandi semasa berpantang sekurang-kurangnya selama 6 hingga 8 minggu. Berbengkung ini baik untuk wanita, jadi kalau hendak mengamalkan dengan lebih lama atau selepas habis waktu berpantang pun tak menjadi masalah.

2. Saiz bengkung

Pemakaian bengkung tanpa mengikut saiz badan ibu tidak akan memberi kesan yang sepatutnya ketika berbengkung malah, mungkin akan lebih memburukkan keadaan.

Saiz bengkung yang terbaik adalah yang menutup semua bahagian abdomen, tidak terlalu ketat atau tidak terlalu longgar. Bengkung yang terlalu ketat boleh menyebabkan buasir. 

Memakai bengkung di posisi terlalu tinggi sebaik sahaja selepas melahirkan bayi akan menyebabkan uterus mengecut dan boleh mengakibatkan uterus prolapse atau jatuh rahim.

Bagi yang bersalin melalui pembedahan czer, dinasihatkan untuk membalut luka dari pembedahan dengan baik untuk menstabilkan luka dalaman dan pada waktu yang sama membantu dalam pemulihan uterus.

Setelah pulih sepenuhnya, bolehlah gunakan bengkung melitupi bahagian abdomen untuk kesembuhan otot abdomen.

Untuk memilih saiz, ibu boleh ukur bahagian perut yang paling besar sepanjang perut anda, yang biasanya ada di bahagian perut, dan pilih tali yang sesuai dengan ukuran anda.

Tepat sebelum bersalin, tolak 3 hingga 5 inci dari ukuran perut anda. Pilih jalur yang sesuai untuk ukuran itu.

3. Penggunaan herba semasa berbengkung 

Sekarang sudah ada krim atau minyak sapu dengan ramuan herba dan akar kayu yang boleh dibeli untuk digunakan semasa berpantang. Minyak sapu dan krim ini membantu memanaskan badan, mengeluarkan angin dalam badan serta membantu aliran darah. 

Jika ibu hendak berbengkung, seeloknya lapik kain bengkung dengan daun pandan atau daun mengkudu yang dilayur api. Sapu sekitar abdomen ibu dengan minyak sapu atau krim herba dan kemudian, pakai bengkung tersebut. Kaedah ini akan memberi efek yang lebih berkesan. 

Tip Kurus Selepas Bersalin

Selain berbengkung, waktu berpantang merupakan masa terbaik untuk menurunkan berat badan. Ini kerana pemakanan ibu lebih terjaga dan ada beberapa aktiviti sepanjang berpantang yang berkesan untuk menjaga berat badan seperti:

1. Menyusukan anak

Tahukah anda, menyusukan badan dapat membakar sebanyak 500 kalori sehari serta meningkatkan kadar metabolisme ibu.

Wah, ini bermakna penyusuan susu ibu bukan sahaja bagus untuk bayi tetapi boleh mempengaruhi si ibu juga! Rahim ibu akan lebih cepat mengecut dan serta merta menjadikan perut ibu lebih kempis.

2. Bertungku

Salah satu kemestian semasa berpantang adalah bertungku. Bertungku kebiasaannya menggunakan haba daripada herba-herba berkhasiat yang dibungkus dengan kain bertujuan mengeluarkan peluh dan toksik berlebihan dalam badan.

Badan juga akan rasa lebih segar dan ringan, selain mengekalkan bentuk badan yang diidamkan.

3. Banyakkan bergerak

Mungkin ada yang berpendapat, waktu pantang perlu banyak berbaring. Hakikatnya, ibu berpantang disarankan untuk banyak bergerak bagi membolehkan darah bergerak dengan baik. Malah, ia juga salah satu bentuk senaman tau!

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  15 Faedah Memakai Bengkung: Bukan Hanya Untuk Cantik!

Baca juga: 5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

Baca juga: Ibu, Sudah Sedia Nak Manjakan Diri Selepas Bersalin? Semak Pakej Bersalin Menarik Sekitar Lembah Klang Ini, Dan Tempah Segera!

Penulis

Contributor