Ibu Patut Masukkan Beras Sumo Dalam Senarai Makanan Bayi, Bagus Membantu Tingkatkan Selera & Berat Si Manja

undefined

Beras sumo atau beras calrose memberi banyak manfaat kepada si manja. Teksturnya yang lembut tidak menyebabkan bayi sembelit.

Ibu-ibu mesti inginkan nutrisi yang terbaik untuk anak. Banyak ibu yang rasa gelisah terhadap pemakanan anak mereka untuk mengelakkan kes-kes seperti malnutrisi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Tapi, pernahkah anda mendengar tentang kebaikan beras sumo? 

Para ibu memilih beras ini kerana ia baik untuk menaikkan berat badan bayi mereka secara sihat. Banyak juga para ibu berkata bahawa beras berkenaan tidak menyebabkan sembelit dan alahan.

Beras sumo mampu menaikkan berat badan bayi secara sihat

beras untuk bayi

Memang sukar untuk percaya apabila mendapat tahu tentang kebaikan beras calrose. Para ibu juga banyak berkongsi tentang manfaat beras calrose kepada anak mereka. 

Menurut perkongsian para ibu yang telah mencuba beras calrose, mereka memilih beras tersebut kerana bayi sukakan tekstur beras itu. Mereka huraikan beras itu sebagai lembut dan buatkan si kecil berselera. 

Selain itu, beras calrose juga tidak menyebabkan alahan dan sembelit. Para ibu sukakan beras ini kerana ia mampu menyelerakan anak mereka tanpa ada masalah. Ini juga bagus kepada para ibu yang sedang mencari beras yang kena dengan tekak anak mereka. 

Bukan mudah untuk mencari makanan yang sesuai dari segi kesihatan dan rasa untuk si manja kerana mereka baru beralih daripada susu sahaja kepada makanan pejal. Beras calrose juga bagus untuk permulaan bayi dalam pemakanan makanan pejal.

Kebaikan beras Jepun untuk bayi

Ibu Patut Masukkan Beras Sumo Dalam Senarai Makanan Bayi, Bagus Membantu Tingkatkan Selera & Berat Si Manja

Beras sumo, atau juga dikenali sebagai beras calrose, adalah jenis beras yang berasal dari Jepun. Seperti halnya beras jenis Jepun lainnya, beras sumo memiliki beberapa kebaikan dan manfaat untuk bayi. Berikut adalah beberapa sebab kenapa beras sumo baik untuk bayi:

  1. Kaya nutrisi: Beras sumo mengandungi nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, serat, dan sejumlah vitamin dan mineral. Karbohidratnya memberikan energi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi, sementara protein membantu dalam pembentukan dan memperbaiki perlindungan tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mendukung perkembangan otak dan tubuh bayi yang sedang berkembang pesat.

  2. Rendah gluten: Beras sumo umumnya rendah kandungan gluten, yang membuatnya lebih mudah dicerna oleh sistem pencernaan bayi yang masih sensitif. Ini adalah pilihan yang baik jika ada sejarah alergi atau intoleransi gluten dalam keluarga.

  3. Rendah risiko alergi: Bayi cenderung lebih rentan terhadap alergi makanan, dan beras sumo termasuk dalam kelompok makanan yang jarang menyebabkan alergi pada bayi. Ini adalah pilihan yang selamat untuk memperkenalkan makanan padat kepada bayi yang baru mula mengeksplor makanan selain susu ibu atau susu formula.

  4. Rasa dan tekstur yang sedap: Beras sumo memiliki tekstur yang lembut dan rasa yang enak, yang pasti bayi suka. Rasanya yang ringan dan lembut dapat membantu bayi untuk menerima makanan padat baru.

  5. Mudah cerna: Disebabkan teksturnya yang lembut dan sifatnya yang rendah gluten, beras sumo lebih mudah dicerna bagi sistem pencernaan bayi yang masih sensitif. Ini membantu mengurangkan risiko masalah pencernaan seperti kembung atau sembelit.

  6. Sumber makanan serbaguna: Beras sumo boleh dijadikan bubur atau nasi lembik dengan mudah, dan anda boleh mencampurnya dengan macam-macam bahan makanan lain seperti sayuran, daging, atau ikan untuk memberikan variasi dan nutrisi tambahan dalam makanan bayi.

  7. Sumber tenaga  yang baik: Karbohidrat yang terdapat dalam beras sumo memberikan tenaga yang stabil dan berlanjutan bagi bayi. Ini penting untuk membantu bayi aktif dalam menjalani kegiatan harian dan menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang optimal.

Fakta menarik tentang beras sumo untuk baby yang ramai ibu tidak tahu

Apa sebenarnya beras calrose ini? Adakah ia memang bagus untuk bayi? Antara soalan-soalan yang ditanya oleh para ibu. Oleh itu, kami menunjukkan fakta-fakta menarik tentang beras sumo baby supaya para ibu boleh mengenali lebih lanjut tentang beras ini. 

  • Asal usul beras calrose. Percaya atau tidak sumo rice ini sebenarnya berasal dari California, Amerika Syarikat menggunakan beras calrose. Ramai para ibu menganggap beras ini daripada Jepun disebabkan nama beras ini mempunyai perkataan sumo. Sumo adalah sukan gusti tradisional berasal dari Jepun bertanding dalam satu bulatan. 
  • Dinobat sebagai beras terbaik di dunia. Beras calrose juga sangat terkenal di dalam negara Amerika Syarikat dan paling banyak ditanam sejak tahun 1940 di California. Beras calrose juga pernah terpilih sebagai World’s Best Rice dalam tahun 2013 di Annual World Rice Conference.
  • Kandungan dalam beras calrose. Seperti yang dikatakan, beras calrose menggunakan beras calrose. Beras ini sangat berbeza dengan beras yang lain kerana ia mempunyai kalori yang rendah dan sumber karbohidrat yang bagus. Para ibu juga menghuraikan beras ini agak melekit dan lembut. Itu sebabnya beras ini mudah dikunyah oleh si cilik. Para chef juga menggunakan beras ini sebagai alternatif untuk membuat susyi, rice ball seperti dalam hidangan Jepun dan Korea. 

Cara memasak beras sumo calrose dengan cepat dan mudah, ibu kena sejuk beku dahulu

Memberikan nutrisi yang terbaik untuk si kecil adalah tanggungjawab bagi para ibu supaya pembesaran mereka akan menjadi bagus dan tidak bermasalah.

Oleh itu, kami menyediakan resepi untuk menyediakan beras sumo untuk bayi jenis sejuk beku yang digemari oleh bayi menurut perkongsian dari group Facebook Resepi Makanan Bayi. Senang sahaja!

beras sumo untuk bayi

Cara masak beras sumo:

  1. Ambilkan 6-7 sudu besar calrose dan basuhkan beras Jepun tersebut sehingga bersih.
  2. Rendamkan beras itu selama 5-10 minit dan buangkan air rendaman itu.
  3. Tuangkan beras tersebut ke dalam dulang ais tinggalkan ruang sedikit.
  4. Tuangkan air masak ke dalam setiap ruang dulang ais.
  5. Tutupkan dulang ais itu dan sejukkan ia dalam peti sejuk beku.
  6. Bila beras sudah beku, boleh letakkan beras tersebut ke dalam bag kedap udara. Untuk memasak bubur, keluarkan 1-2 kiub beras. 

Para ibu perlu berterima kasih kepada diri sendiri kerana memberikan nutrisi yang bagus dan sihat kepada si cilik kerana ia bukan satu tugas yang mudah. 

Kesihatan si kecil adalah sangat penting dan ia bermula dari pemakanan mereka

Dengan ini, para ibu tidak perlu risau lagi untuk mencari pemakanan yang sihat untuk si kecil. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 9 Bulan Untuk Ajar Bayi Makan Sendiri

Baca juga: Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta Ibu Bapa Perlu Tahu

Baca juga: Makanan Bayi 6 Bulan: 14 Resepi Pantas, Lazat & Berkhasiat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!