Berkasih sayang sesama adik beradik seharusnya diterapkan di jiwa anak-anak bagi mewujudkan hubungan yang sihat. Baru-baru ini Dr Sheikh Muszaphar juga yang merupakan angkasawan pertama negara telah berkongsi bagaimana ibu bapa boleh mewujudkan kasih sayang antara anak-anak di Instagram milik beliau.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
-
Dr Sheikh Muszaphar ajar anak saling berkasih sayang
-
Tips pupuk kasih sayang dalam kalangan anak-anak
Dr Sheikh Muszaphar ajar anak saling berkasih sayang
Dr Sheikh Muszaphar telah memuat naik satu hantaran video yang cukup manis mengenai anak-anaknya dengan kapsyen yang berbunyi Sayang Eusoff.
Dalam video tersebut kelihatan kedua anaknya dilihat sedang bermain dan Dr Sheikh Muszaphar menggalakkan anaknya untuk menunjukkan kasih sayang kepada adiknya.
Hantaran video yang mendapat hampir 100 ribu tontonan itu turut mendapat komen daripada sebahagian besar netizen yang memuji kecomelan serta kepandaian kedua anak ini.
Tidak kurang juga, perbuatan mereka dalam video tersebut turut mencuit hati netizen.
Selain itu, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi mengenai tips-tips yang ibu bapa boleh praktikkan bagi mewujudkan rasa sayang antara adik beradik.
Antara tips tersebut ialah galakkan anak untuk menyayangi antara satu sama lain, peluk dan cium adik beradik dan lakukan perkara ini 5 kali dalam sehari.
Tips pupuk kasih sayang dalam kalangan anak-anak
Ini adalah antara tips terbaik yang ibu bapa boleh cuba untuk pupuk kasih sayang dalam kalangan anak-anak.
#1. Ajar anak untuk menjaga antara satu sama lain
Ajarkan kepada anak anda seawal yang mungkin untuk sentiasa menjaga antara satu sama lain agar perkara ini tersemat dalam ingatan mereka sehinggalah mereka besar.
#2. Galakkan anak-anak makan bersama
Usahakan untuk duduk makan bersama sekali sehari. Dari sini anak akan belajar untuk berkongsi makanan dan bertukar cerita.
Ibu ayah boleh tanyakan anak mengenai urusan harian mereka dan kongsilah cerita-cerita menarik sewaktu di meja makan. Ini sekaligus meningkatkan kasih sayang antara satu sama lain.
#3. Tunjuk contoh yang baik
Ibu bapa merupakan contoh ikutan terbaik sekiranya anda nak galakkan anak anda berkasih sayang antara mereka. Pastikan ibu bapa juga mempunyai hubungan baik dengan adik beradik dan mempunyai sifat saling tolong menolong dan saling menyayangi.
Jadikanlah sifat kasih sayang ini sebagai satu asas perhubungan dalam keluarga. Bak kata pepatah air, “Air dicincang tidak akan putus”.
Perhubungan adik beradik adalah satu ikatan yang kekal selamanya. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menerapkan sifat ini pada setiap anak-anak.
Semoga tips-tips ini memberi manfaat buat anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Tips Jaga Hati Anak Sulung Agar Dapat Terima Adik Baru & Elak Rasa Dengki, Bagusnya Hubungan Mereka!
Baca juga: Pakar Menjelaskan Mengapa Anak Bongsu Jadi Anak Kesayangan
Baca juga: Berani & Selalu Nak Menang, Ini 7 Sifat Unik Anak Kedua Yang Tak Ada Pada Adik-Beradik Lain