Buah Rendah Gula Ini Bagus Untuk Ibu Hidap Kencing Manis, Gula Tak Naik Tinggi Pun!

Khas untuk wanita mengandung yang nak elakkan kencing manis, ini dia manfaat buah rendah gula yang anda mesti tahu dan amalkan. Jom baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rata-rata semua ibu hamil akan menjaga permakanan, jadi memakan sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi keutamaan. Tapi bagi ibu hamil yang ada kencing manis, apakah buah rendah gula yang sesuai pula?

Ramai tidak sedar bahawa ada buah mengandungi kadar gula yang amat tinggi dan manis. Walaupun buah baik kesihatan tetapi tahukah anda bahawa bukan semua buah boleh dimakan oleh ibu hamil?

Lagi-lagi sekiranya anda memang menghidap kencing manis atau gestational diabetes (GDM), pemilihan makanan yang betul amat membantu kesihatan janin dan diri.

Apakah itu GDM? Ini penjelasan lebih lanjut!

Wanita hamil dan kencing manis

Kredit: iStock

Wanita hamil mempunyai risiko untuk mendapat kencing pada peringkat trimester kedua dan trimester ketiga. Ia turut diberi nama Diabetes Gestasi yang hanya memberi kesan kepada wanita hamil sahaja. Oh, jangan risau ya ibu-ibu! Diabetes ini hanya muncul pada saat anda hamil dan akan hilang selepas anda melahirkan anak. 

Tetapi berlainan pula bagi wanita hamil yang sudah mempunyai penyakit diabetes. Ini kerana bagi wanita hamil ini, mereka akan terus mendapat diabetes pada trimester pertama. 

Tidak mengapa kerana ianya masih boleh dikawal dan untuk wanita hamil yang ingin mendapatkan nutrisi penting, buah adalah pilihan utama dan terbaik. Dan buah rendah gula seharusnya menjadi pilihan wanita-wanita hamil untuk membantu mengawal paras gula dalam darah

Senarai buah rendah gula untuk wanita mengandung

Ini antara senarai buah-buahan yang rendah indeks glikemik (GSI) yang anda boleh cuba.

#1 Buah rendah gula: Buah oren

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah oren sememangnya sumber vitamin C terbaik dan paling mudah untuk ibu dapatkan. Anda hanya perlu makan satu buah oren sahaja dan anda sudah mendapat keperluan vitamin C yang mencukupi.

Oren mampu memberikan 78% peratus keperluan vitamin C yang anda perlukan setiap hari. Malah, ia juga boleh membuatkan tekanan darah anda kembali normal kerana ia mempunyai kandungan folat dan kalium. 

#2 Buah rendah gula: Buah epal

Epal termasuk dalam senarai pertama kami kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Yang paling penting, ia boleh bantu turunkan kadar kolesterol. Sebab itulah, epal sangat membantu untuk pesakit yang menghadapi diabetes

Selain itu, buah ini amat bagus untuk lancarkan sistem penghadaman dan tingkatkan tahap imunisasi badan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Buah rendah gula: Buah beri

Kredit: Pexels

Selain epal, buah beri juga kaya dengan antioksidan juga! Ini juga adalah pilihan yang anda boleh ambil sekiranya anda tidak menggemari buah epal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara buah beri yang anda boleh cuba adalah strawberi, blueberi dan berbagai jenis buah beri yang lain. Ia juga tinggi dengan kandungan serat dan yang paling menarik sekali, ianya sangat sedap untuk dimakan. 

#4 Buah rendah gula: Buah kiwi

Adakah anda pernah mencuba buah kiwi? Jika belum, anda perlu ketahui bahawa khasiatnya juga sama seperti buah oren. Ini kerana ianya sangat kaya dan tinggi dengan kandungan vitamin C.

Malah, ianya juga turut mengandungi kandungan serat dan potasium yang baik untuk tubuh. Ia hanya mengandungi kandungan 10 g karbohidrat dan 42 kalori menjadikannya antara buah yang ideal bagi pesakit diabetes dan bagi mereka yang ingin berdiet.

#5 Buah rendah gula: Buah jambu

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah jambu juga antara buah yang baik untuk anda nikmati ketika hamil. Ini kerana buah jambu mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ianya dapat meningkatkan imunisasi badan dan juga menjadikan sistem pencernaan lebih baik.

#6 Buah rendah gula: Buah Aprikot

Buah aprikot sebenarnya sangat kaya dengan vitamin A. Apabila anda mengambil 4 buah aprikot, ianya menyamai pengambilan dan keperluan vitamin A anda untuk seharian. Ianya enak dimakan begitu sahaja. Kalau anda nak kreatif lagi, boleh makan dengan salad juga.

Tips untuk makan buah rendah gula bagi wanita mengandung

  • Pastikan ibu-ibu hanya makan buah yang rendah indeks glikemik (GSI) sekiranya ibu mempunyai diabetes.
  • Anda boleh makan buah sebagai salah satu penambahan dalam rutin pemakanan seharian anda tetapi pastikan anda hadkan buah. Walaupun buah sihat, tapi kalau makan 5 biji sekali dah jadi lain tu.
  • Pastikan ibu makan satu persatu buah pada satu-satu masa dan bukannya makan sekali gus.
  • Elakkan makan makanan yang telah diproses di dalam tin kerana buah tersebut telah menjadi terlebih manis disebabkan penambahan perisa dan gula.

Jadi, bagi ibu-ibu yang menghidap GDM, ini bukan alasan lagi untuk skip makan buah tau! Ada sebenarnya buah rendah gula yang baik sekali untuk anda.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman