Anda, Suami & Bayi Dalam Kandungan: Mitos & Fakta Seks Ketika Hamil

Cara bersama ketika hamil ada pantang larangnya, melainkan kehamilan anda adalah normal. Jadi perhatikan corak kehamilan anda ya!

Setelah 2 tahun mencuba, Angela akhirnya disahkan hamil. Michael cukup lega dan gembira. Setiap ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan negatif cukup memberi impak kepada Angela. Memanglah boleh untuk mengambil anak angkat sahaja, namun mereka membuat keputusan untuk mencuba terlebih dahulu.

Dan akhirnya cubaan mereka membuahkan hasil, mereka dapat apa yang mereka idamkan selama ini. Namun apabila kehamilan Angela sudah mencecah beberapa minggu, Angela tidak dapat menafikan yang dirinya kadang kala terasa ghairah untuk melakukan hubungan intim.

Dan itu sedikit sebanyak menakutkan Michael. Selamatkah untuk melakukan hubungan intim ketika hamil? Bagaimana cara bersama ketika hamil? Dan bilakah sepatutnya kita henti melakukan hubungan intim ketika hamil?

Michael punyai pelbaga persoalan bermain di fikirannya. Dia telah mendengar banyak pendapat yang berunsur negatif. Bukannya dia tidak mahu melakukan hubungan seks. Malah Angela juga menjadi lebih berseri-seri sejak hamil.

Namun kehadiran ‘orang ketiga’ dalam perjalanan hamil ini membuatkan Michael sedikit ragu-ragu. Dia tidak mahu memberi efek kepada kandungan mereka. Jadi ini antara 8 persoalan mengenai seks yang bermain di fikiran Michael dan bagaimana cara bersama ketika hamil?

8 Persoalan Mengenai Seks dan Cara Bersama Ketika Hamil Oleh Si Suami

Kredit: Parents

#1. Adakah zakar saya akan menyakitkan bayi dalam kandungan?

Jawapan: Tidak. Tidak kira berapa panjang zakar anda, ia tidak akan terkena bayi. Terdapat banyak lapisan antara anda dan fetus di dalam kantung. Jadi jangan risau!

Bayi anda selamat di dalam kantung amniotik. Kantung ini cukup kuat untuk menampung dan melindungi bayi anda ditambah pula servik dan uterus sebagai penghadangnya.

Walau bagaimanapun pasangan anda mungkin berasa tidak selesa, jadi anda boleh tukar posisi untuk rasa lebih selesa. 

#2. Bila saya patut berhenti membuat hubungan intim semasa isteri hamil? Atau patut elakkan saja?

Jawapan: Sekiranya pernah berlaku pendarahan yang banyak ketika mengandung, elakkan dari mengadakan hubungan intim.

Sekiranya uri anda masih dibawah juga ia mungkin menjadi punca pendarahan. Malah jika pasangan anda telah melalui prosedur untuk menahan bayi dengan menjahit bahagian servik, maka tidak boleh melakukan hubungan seks. 

Sekiranya pasangan anda telah mengalami kebocoran air ketuban juga adalah tidak selamat untuk melakukan hubungan intim, kerana bimbang akan menyebabkan jangkitan.

Anda boleh rujuk kepada doktor jika berasa sangsi akan kebocoran air ketuban.

Antara sebab lain yang perlu untuk anda elakkan hubungan intim adalah apabila pasangan anda dalam keadaan aktif bersalin, ya ini mungkin kedengaran agak merepek, namun apabila bercakap tentang seks, memang perlu diberitahu bila untuk berhenti. 

Ini antara sebab tambahan untuk anda elakkan hubungan seks ketika hamil:

  1. Apabila anda punyai masalah atau isu dengan servik, dengan mengadakan hubungan seks kemungkinan akan menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran. 
  2. Apabila anda mengandungkan anak kembar.
  3. Sekiranya anda punyai sejarah pernah melahirkan anak pramatang. 
  4. Sekiranya anda mengalami masalah Placenta Previa. Ini keadaan di mana uri anda di posisi yang menghalang servik, ia akan menyebabkan pendarahan. 
  5. Premature Rupture Of Membranes (PROM). 
  6. Mengalami pendarahan yang banyak atau mengeluarkan keputihan yang berbau ketika hamil. Bau yang kurang menyenangkan itu mungkin petanda anda mengalami jangkitan. Dan ada kemungkinan ia menular ke rahim. Jumpa doktor secepat mungkin jika ia berlaku. 

#3. Bolehkah saya masih mengadakan hubungan seks dengan isteri jika menghidapi STD?

Ya, namun memerlukan perlindungan iaitu kondom! Dengan itu ia dapat melindungi pasangan dan anak anda daripada penyakit kelamin berjangkit.

Namun apabila anda risau lebih baik berbincang dengan doktor anda.

 

#4. Bolehkah seks menjadi penyebab kelahiran pramatang? Jika ya, bilakah waktu untuk hentikan seks ketika hamil?

Kredit: MommaBe

Jika kehamilan anda adalah normal, tidak.

Seks tidak akan menyebabkan kelahiran pramatang

Ia mungkin menyebabkan sedikit gegaran pada kantung bayi namun ia cumalah sedikit saja. Ya, anda akan alami sedikit kontraksi apabila klimaks namun itu adalah normal. Ia dipanggil Braxton Hicks

#5. Adakah normal jika ada bekas darah pada cadar selepas melakukan hubungan seks?

Spotting atau sedikit pendarahan pada awal kehamilan adalah biasa. 

#6. Adakah selamat untuk melakukan hubungan seks di trimester ketiga?

Kredit: Viva Magazine

Jika anda berdua menginginkannya apa salahnya. Di hujung kehamilan selalunya agak sukar untuk mencari posisi yang selesa, namun jika anda berdua tidak mempunyai masalah dari segi itu, seks dapat melancarkan kelahiran bayi!

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan pasangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan dari Bahasa Inggeris dan disiarkan semula di theAsianparent Malaysia.

Baca juga: Posisi Seks Wanita Hamil Boleh Cuba Yang Selamat Dan Selesa – Kembalikan Asmara Anda!