Bengkak Susu Selepas Bersalin: Punca Payudara Sakit, Cara Urutan Bengkak Susu & Ubat Bengkak Susu

Cara hilangkan bengkak susu yang berkesan dapat membantu ibu berdepan kesukaran menyusukan bayi dan sekaligus mengelakkan jatuh sakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakitnya bila mengalami bengkak susu. Ia terjadi apabila payudara mengeras tapi susu ibu tak mahu keluar atau sedikit saja. Disebabkan itu, apakah cara hilangkan bengkak susu ini? 

Proses penyusuan adalah tempoh yang panjang bagi seorang ibu iaitu dari bayi baru lahirlah sehinggalah si manja berusia dua tahun. 

Bengkak Susu Selepas Bersalin

Namun begitu, ibu menghadapi pelbagai masalah ketika mencuba menyusukan bayi. Bermula dengan masalah kurang susu ibu, payudara sakit, puting yang luka, dan juga payudara membengkak.

Secara umumnya, bengkak susu tersumbat adalah keadaan di mana payudara membengkak akibat susu ibu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan.

Bengkak susu in English pula adalah breast engorgement. Selepas anda melahirkan bayi, tubuh masih perlu bekerja keras. Misi terbaru anda adalah menyembuhkan tubuh dan memberikan makanan kepada bayi yang baru lahir.

Dalam beberapa jam dan hari menjelang dan selepas bersalin, peredaran darah ke payudara semakin meningkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, keadaan ini menghasilkan cecair pekat dan berwarna kekuningan yang dipanggil kolostrum. Ia penuh dengan protein dan nutrisi yang bayi perlukan untuk membina sistem

Punca Bengkak Susu Tersumbat

Payudara anda mungkin menjadi bengkak secara semula jadi selepas anda bersalin apabila susu mula terhasil. Ia juga boleh berlaku jika anda tidak dapat menyusu atau mengepam dengan kerap.

Penyusuan susu ibu mempunyai banyak manfaat untuk ibu dan bayi. Tetapi ia tidak selalu mudah. Tubuh anda mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan cara penyusuan yang betul.

Malah, bagi sesetengah wanita, mereka langsung tidak berjaya menyusu. Perunding laktasi atau doktor anda boleh membantu anda.

Berikut adalah punca bengkak susu tersumbat:

  1. Susu ibu keluar dengan banyak di hari pertama kelahiran tapi bayi masih belum menyusu 
  2. Ibu berhenti menyusu secara tiba-tiba 
  3. Bayi kurang menyusu mungkin disebabkan tak sihat atau sudah mula diperkenalkan dengan susu formula

Simptom Bengkak Susu

Biasanya bengkak susu tersumbat berlaku di kawasan dada hingga ketiak yang membuatkan ibu rasa sakit dan mengalami demam ringan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut antara simptom bengkak susu tersumbat yang sering muncul: 

  1. Payudara bengkak, keras, ngilu dan sakit. 
  2. Payudara bengkak teruk, ada merah-merah, panas dan ada benjolan keras bila disentuh. 
  3. Puting menjadi bengkak dan areola juga mengeras hingga sukar bayi menyusu 
  4. Kalenjar di bahagian ketiak membengkak dan sakit bila disentuh 

Namun begitu, bengkak susu tersumbat tidak menyerang kedua-dua payudara kerana ada ketikanya ia hanya bengkak di bahagian areola atau ketiak saja. Kadang kala, hanya sakit dan bengkak pada sebelah payudara sama ada kiri atau kanan. 

Bengkak Susu Berapa Lama

Bengkak susu berapa lama boleh berbeza antara individu. Beberapa faktor boleh mempengaruhi tempoh pembengkakan susu, termasuk tabiat penyusuan, jumlah susu yang dihasilkan, dan tindak balas badan terhadap perubahan dalam corak penyusuan.

Secara umumnya, pembengkakan susu biasanya berlaku dalam masa beberapa hari selepas bersalin apabila pengeluaran susu ibu meningkat dan payudara menyesuaikan diri dengan keperluan bayi.

Namun, dengan mengekalkan kekerapan penyusuan yang konsisten, bengkak susu ini biasanya boleh berkurangan dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu.

Bengkak Susu Bernanah (Mastitis)

Pembengkakan susu disertai dengan nanah boleh menjadi tanda jangkitan pada kelenjar susu, yang dikenali sebagai mastitis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mastitis adalah keadaan biasa pada ibu menyusu dan biasanya disebabkan oleh bakteria memasuki saluran susu melalui puting yang sakit atau cedera. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai mastitis dengan gejala nanah:

Gejala Mastitis

Mastitis boleh menyebabkan gejala seperti bengkak, kemerahan dan kesakitan pada payudara. Sekiranya jangkitan lebih teruk, nanah boleh terbentuk dalam saluran susu.

  • Bengkak susu dan Pembentukan Nanah: Jangkitan boleh menyebabkan bengkak yang ketara pada payudara. Dalam sesetengah kes, nanah boleh terbentuk dalam saluran susu, yang boleh muncul sebagai cecair kuning atau putih yang keluar dari puting.
  • Sakit dan Panas: Payudara yang terkena mastitis biasanya terasa sakit dan panas. Kesakitan boleh meningkat apabila menyusu atau menyentuh kawasan yang dijangkiti.
  • Demam dan keletihan: Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan demam dan keletihan. Jika demam berlaku, rawatan perubatan segera diperlukan.

Sekiranya anda mengalami gejala bengkak susu bernanah, adalah sangat penting untuk segera berjumpa doktor. Mereka boleh memberikan diagnosis yang betul dan menetapkan antibiotik jika jangkitan dikenal pasti.

Petua Tradisional Dan Cara Hilangkan Bengkak Susu 

Berikut adalah cara hilangkan bengkak susu yang dapat ibu lakukan sendiri di rumah:

  1. Sapukan atau kompres payudara dengan air suam untuk menjaga agar susu ibu lancar, tetapi tidak lebih dari tiga menit.
  2. Lakukan penyusuan secara rutin selama dua atau tiga jam. Jika bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir, segera pam susu tersebut.
  3. Urutlah payudara untuk membantu kelancaran susu ibu dan meredakan rasa sakit akibat pembengkakan.
  4. Perah susu dengan tangan agar areola tetap lembut.
  5. Sapukan air batu sebelum dan setelah menyusui bayi.
  6. Jangan gunakan bra yang kecil untuk menghindari saluran penyusuan yang tersumbat.
  7. Gunakan daun sireh dan minyak zaitun untuk mengurangkan bengkak susu. Ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.
  8. Guna sikat rambut. Cara hilangkan bengkak susu adalah dengan melakukan urutan pada payudara bengkak menggunakan sikat rambut. Urut menghala ke arah puting dan ulang beberapa kali.
  9. Ubi kayu. Potong ubi kayu, rendam dalam air selama 15-20 minit, kemudian letakkan pada bahagian payudara yang sakit selama 15-20 minit.
  10. Guna susu ibu. Sapukan susu ibu anda sendiri ke kawasan puting melecet dan mastitis.

Cara Atasi Bengkak Susu Selepas Bersalin

Perkara utama ialah jangan biarkan payudara anda terlalu penuh dengan susu. Berikut adalah tips dan cara atasi bengkak susu yang ibu boleh cuba.

  1. Segera susukan bayi selepas saja dilahirkan supaya bayi belajar menyusu sebelum payudara mengeras dan penuh. 
  2. Jangan gunakan botol susu terlalu awal. 
  3. Biarkan si kecil belajar menyusu terus dari payudara ibu.
  4. Jika susu ibu lancar, cuba menyusukan bayi dengan lebih kerap, sekitar 8 hingga 10 kali dalam 24 jam.
  5. Biarkan bayi minum di satu payudara dahulu, kemudian baru berpindah ke payudara yang sebelahnya.
  6. Gunakan kompres hangat atau mandi air panas sebelum menyusui atau memerah susu.
  7. Ibu perlu makan makanan yang sehat dan seimbang untuk kesehatan ibu dan anak.
  8. Makanlah milk booster untuk membantu menambah produksi susu badan dengan lebih banyak.

Berkesankah Cara Surutkan Bengkak Dengan Kubis

Cara surutkan bengkak yang populor dalam kalangan ibu adalah dengan menggunakan sayur kubis. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun tahukah anda bahawa cara surutkan bengkak ini tidak digalakkan? Hal ini kerana sesetengah pendapat mengatakan kobis boleh mengatasi bengkak susu.

Akan tetapi ia juga mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut. Kesannya pengeluaran susu ibu akan berkurangan.

Cara Urutan Bengkak Susu

Satu kajian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan urutan bengkak susu iaitu Oketani yang popular di Jepun terhadap ibu menyusu, dan hasilnya sungguh memberansangkan!

Cara urutan payudara Oketani dikenali sebagai satu teknik dan cara urut payudara yang langsung tidak menyakitkan buat si ibu.

Cara urutan payudara ini dikatakan membantu melancarkan susu, membantu masalah puting tenggelam, dan meredakan masalah saluran tersumbat pada payudara.

Jadi, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan urutan bengkak susu Oketani terhadap kesakitan payudara, pH susu ibu dan kadar kelajuan menghisap susu pada si kecil.

Anda boleh belajar cara urutan bengkak susu seperti di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tidak dirawat, masalah payudara sakit dan bengkak boleh menyebabkan kecenderungan berlakunya Blocked Duct dan Mastitis. Manakala sesetengah kes memerlukan ibu menjalani proses pembedahan. 

Ubat Bengkak Susu Di Farmasi

  • Antibiotik: Jika bengkak susu disebabkan oleh jangkitan, doktor anda mungkin menetapkan antibiotik untuk merawat bakteria yang menyebabkan jangkitan. Adalah penting untuk mengambil antibiotik mengikut arahan doktor dan melengkapkan keseluruhan rawatan.
  • Analgesik dan Anti-radang: Ubat penahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan pada payudara. Ini boleh memberi keselesaan semasa menyusu.
  • Lesitin: Sesetengah ibu menyusu melaporkan faedah daripada suplemen lesitin, yang boleh membantu mencegah pembekuan susu dan membantu membersihkan saluran susu yang tersumbat.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua para ibu!

Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  ”Tiap Kali Pam Penuh 1 Jag,” Ibu Ini Akui Oversupply Buat Diri Terseksa & Kerap Bengkak Susu

Baca juga:  Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres!

Baca juga:  ”Terus Aisyah Enggan Menyusu,”- Ibu Kongsi Cara Cerai Susu Badan Tanpa Paksa Anak