Cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan sering menjadi pilihan untuk melegakan rasa tidak selesa, terutama apabila anda sedang bekerja atau berada di luar rumah. Jangan risau, terdapat pelbagai kaedah semula jadi yang mudah dan selamat untuk dicuba.
10 Cara Tradisional Hilangkan Gatal Di Kemaluan
1. Petua Hilangkan Gatal Di Bibir Kemaluan Pada Wanita #1. Gunakan minyak kelapa
Jika anda mengalami kegatalan pada Miss V, sapukan sedikit minyak kelapa. Minyak kelapa mempunyai pelembap semula jadi untuk kulit yang kering dan dapat meredakan rasa gatal. Selain itu, ia juga mengandungi antibakteria dan antimikrod.
Sapukan minyak kelapa di kawasan luar vagina secukupnya. Pakai pantyliner supaya minyak kelapa tidak meninggalkan bekas pada pakaian dalam anda.
2. Rendaman Air Garam
Orang dulu-dulu ajar antara cara menghilangkan gatal pada kemaluan wanita ialah dengan menggunakan air garam. Salah satunya adalah dengan menggunakan kain yang direndam dalam larutan garam. Anda perlu menyediakan garam kasar, air suam dan mangkuk atau baldi.
Caranya, letakkan kain rendaman tadi di kemaluan anda dan tekan dengan lembut untuk elakkan sebarang kecederaan. Lakukan beberapa kali sehingga gatal-gatal hilang.
3. Air Rebusan Daun Sireh
Daun sirih mengandungi bahan antibakteria yang membantu mengurangkan kegatalan. Rebus beberapa helai daun sirih. Biarkan air suam dan gunakan untuk mencuci kawasan intim.
4. Gel Aloe Vera
Gel aloe vera terkenal dengan sifat menenangkan dan mampu mengurangkan keradangan pada kulit. Caranya mudah, sapukan gel aloe vera segar pada bahagian yang gatal dan biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
5. Yogurt Semula Jadi
Yogurt tanpa gula kaya dengan probiotik yang membantu memulihkan keseimbangan bakteria di kawasan intim. Sapukan yogurt pada bahagian yang gatal, biarkan selama 20 minit, dan bilas dengan air bersih. Untuk hasil terbaik, amalkan setiap hari sehingga masalah reda.
6. Cuka Epal
Cuka epal adalah bahan semula jadi yang mampu melawan bakteria dan kulat. Campurkan satu sudu cuka epal dengan segelas air, kemudian gunakan campuran ini untuk mencuci kawasan intim secara perlahan-lahan.
7. Teh Chamomile
Teh chamomile mempunyai sifat anti-radang yang membantu melegakan kegatalan. Rendam beg teh chamomile dalam air panas, kemudian biarkan ia sejuk. Letakkan beg teh tersebut pada kawasan yang gatal selama 10 minit untuk kesan menenangkan.
8. Daun Neem
Daun neem dikenali dengan sifat antikulat dan antimikrob yang efektif. Rebus beberapa helai daun neem dalam air sehingga mendidih. Setelah air menjadi suam, gunakannya untuk mencuci kawasan intim bagi mengurangkan rasa gatal.
9. Minyak Tea Tree
Minyak tea tree mengandungi sifat antikulat yang sangat berguna untuk melawan kulat. Campurkan beberapa titis minyak tea tree dengan minyak pembawa seperti minyak zaitun, kemudian sapukan campuran ini pada bahagian yang gatal.
10. Minyak Serai Wangi
Minyak serai wangi membantu melawan bakteria dan kulat di kawasan intim. Campurkan sedikit minyak serai wangi dengan air suam, kemudian gunakan campuran ini sebagai cucian untuk kawasan yang terjejas.
Penyebab Kemaluan Gatal Pada Malam Hari
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya gatal-gatal pada kemaluan adalah perkara yang sangat biasa dan bukan sahaja dialami orang dewasa, namun ia turut dialami oleh kanak-kanak.
Terdapat banyak punca atau sebab mengapa vagina terasa gatal. Dan bukanlah semuanya menjadi penyebab masalah yang serius. Anda perlu tahu seberapa kerap ia terjadi supaya anda dapat mengenal pasti punca dan cara mengatasinya.
1. Penggunaan Bahan Kimia
Kemaluan wanita gatal seperti digigit semut ini boleh terjadi kerana penggunaan bahan kimia yang terdapat di dalam kondom, krim vagina, pembersih vagina atau penggunaan panty liner atau pad.
Disebabkan itu sekiranya anda tahu jika anda mempunyai vagina yang sensitif penting untuk anda memilih produk-produk yang bebas dari bahan pewangi atau caroi produk yang organik.
2. Vaginal Candidiasis
Atau dikenali sebagai kandidiasis vagina merupakan satu jangkitan yang disebabkan oleh penghasilan yis (yeast) yang berlebihan. Antara simptom kandidiasis vagina ini adalah rasa sakit, kemerahan dan kegatalan di bahagian vagina serta keputihan yang berlebihan.
Mengikut satu kajian, lebih 75% wanita akan mengalami sekurangnya satu episod kandidiasis vagina ini. Dan lebih 45 % wanita akan mengalami dua episod jangkitan ini.
Malah wanita hamil juga mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terkena jangkitan kandidiasis vagina. Ubatan di kaunter farmasi dapat mengurangkan kegatalan vagina akibat jangkitan ini, tapi ia tidak boleh digunakan selalu.
3. Bakteria Vaginosis
Kehadiran bakteria yang sihat adalah biasa di bahagian vagina. Namun dengan kehadiran bakteria jahat akan mengakibatkan jangkitan dan rasa gatal-gatal. Selain daripada rasa gatal, nyeri dan kemerahan, anda juga akan mengalami pengeluaran keputihan yang pekat dan bau yang kurang enak.
4. Penyakit Kelamin (STD)
Penyakit kelamin seperti Herpes, klamidia, trikomoniasis dan gonore adalah beberapa jenis penyakit kelamin yang juga boleh menyebabkan vagina gatal. Namun ini adalah antara penyakit yang dikira serius. Untuk mengetahuinya anda perlu berjumpa doktor bagi mengambil sampel dari vagina anda. Barulah dapat dilakukan ujian.
5. Menopaus
Dengan pengurangan estrogen di dalam sistem reproduksi wanita ia dapat menyebabkan dinding vagina menjadi nipis dan kering, lantas mengakibatkan iritasi dan vagina gatal. Selain itu ibu yang menyusu juga boleh menghadapi masalah yang sama.
6. Psoriasis
Untuk wanita yang mengalami masalah kulit seperti psoriasis juga mempunyai risiko alami kegatalan di bahagian sulit. Psoriasis adalah satu penyakit kulit yang tiada penawarnya, ia adalah kegatalan pada bahagian siku, lutut dan kulit kepala. Namun ia lebih kepada bermusim, datang dan pergi pada sesuatu masa.
7. Kanser Vulva
Kegatalan vagina yang dialami juga ada kemungkinan dari kanser vulva. Kanser vulva adalah kanser kemaluan luar yang meliputi kawasan lubang untuk membuang air kecil, lubang faraj, klitoris, labia majora dan labia minora. Sekiranya ini menjadi sebabnya, rawatan yang khusus perlu dilakukan segera.
Ada kemungkinan doktor akan menyarankan pembedahan bagi membuang kanser tersebut. Namun ia hanya biasa terjadi dikalangan wanita yang berusia 60 tahun ke atas. Dan kanser ini juga terbahagi kepada empat tahap yang berbeza. Tahap satu kebiasaannya hanya kan menerima rawatan biasa tanpa pembedahan. Berbeza dengan tahap dua, tiga dan empat yang mana memerlukan pembedahan dan kemoterapi.
Bila Perlu Jumpa Doktor
Sekiranya anda mengalami masalah kegatalan dalam tempoh yang lama dan keputihan anda mulai berubah warna serta berbau bolehlah segera rujuk kepada doktor. Sementara gejala seperti itu mungkin normal bagi sesetengah wanita namun ia perlu dipantau dengan teliti.
Sebagai wanita, kita perlulah menjaga kebersihan Miss V kerana ia merupakan antara bahagian badan yang paling sensitif. Mungkin cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan wanita yang disenaraikan mungkin berkesan untuk sesetengah wanita dan tidak berkesan untuk yang lain.
Oleh itu, ia penting untuk anda meminta nasihat daripada doktor tentang apa yang perlu anda lakukan. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 17 Pantang Larang Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Dan Tips Diet Yang Betul
Baca juga: Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut: Punca HFMD, Simptom & Cara Merawat HFMD Dengan Cepat
Baca juga: Cara Mengesan Kanser Payudara, Buat Dua Perkara Ini Setiap Bulan Di Rumah Sebagai Langkah Awal!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!