TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Mandi Wajib Yang Betul (Panduan Lengkap JAKIM) Untuk Lelaki Dan Wanita

5 min bacaan
Cara Mandi Wajib Yang Betul (Panduan Lengkap JAKIM) Untuk Lelaki Dan Wanita

Semua wanita yang telah habis tempoh haid diwajibkan untuk bersuci dengan cara mandi wajib yang betul sebelum melakukan ibadat

Penting untuk kita mempelajari cara mandi wajib yang betul tidak kira perempuan mahupun lelaki agar kita dapat menyempurnakan ibadah kita agar diterima oleh Allah SWT.

Isi Kandungan

  • Maksud Mandi Wajib
  • Sebab Perlu Mandi Hadas
  • Rukun Mandi Wajib
  • Niat Mandi Wajib
  • Niat Mandi Wajib Haid
  • Langkah-langkah Mandi Wajib
  • Waktu Terbaik Mandi Wajib Selepas Haid
  • Mandi Junub Lepas Subuh, Sah Tak Puasa?

Maksud Mandi Wajib

Mandi wajib adalah cara orang Islam membersihkan diri daripada hadas besar seperti keluar air mani, haid bagi wanita dan bersetubuh. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, solat anda tidak sah.

Mandi wajib turut dikenali sebagai mandi junub atau mandi hadas merupakan ibadah yang tidak boleh dipandang ringan.

Sebab Perlu Mandi Hadas

Terdapat beberapa sebab anda perlu mandi hadas agar ibadah diterima oleh Allah SWT. Antara sebab perlu mandi wajib ialah:

  • Melakukan persetubuhan (Jimak yang mana zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani)
  • Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj termasuklah bermimpi syahwat (wet dream)
  • Keluar darah haid bagi wanita
  • Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (wiladah)
  • Wiladah iaitu wanita yang melahirkan anak
  • Mati kecuali mati syahid
  • Orang yang baru memeluk Islam dari ajaran lain (‘Kafir’)

Rukun Mandi Wajib

Kita perlulah memastikan kita mandi hadas mengikut cara yang betul dan sempurna. Terdapat tiga rukun mandi wajib iaitu berniat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat.

Selain itu, pastikan kotoran dan najis pada badan sudah dihilangkan dan ratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan badan.

Niat Mandi Wajib

Berikut merupakan niat mandi wajib beserta maksudnya:

Cara Mandi Wajib Yang Betul (Panduan Lengkap JAKIM) Untuk Lelaki Dan Wanita

“Nawaitu rafi’l hadathil akbari lillahi ta’ala”

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

Niat Mandi Wajib Haid

Berikut pula merupakan niat mandi wajib bagi wanita yang baru habis haid:

niat mandi wajib

“Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala”

Niat dalam Bahasa Melayu: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala

Langkah-langkah Mandi Wajib

  1. Niat ketika air sampai ke tubuh
  2. Membaca “Bismillah”
  3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
  6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

    “Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

    Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

    “Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

    Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

    “Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

  8.  Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
    Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
  10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Mandi wajib sama ada dengan cara menyelam, menjirus, berdiri di bawah pancuran air tidak menjadi masalah asalkan m

Waktu Terbaik Mandi Wajib Selepas Haid

Waktu terbaik mandi wajib selepas haid ialah mandi sejurus selepas haid berhenti sepenuhnya. Ini amat penting bagi memastikan kesucian diri sebelum menunaikan solat atau ibadah lain. Sebaik-baiknya wuduk wajib dilakukan sebelum masuk waktu solat seterusnya membolehkan wanita itu solat dalam keadaan suci.

Sementara itu, seorang wanita dapat mengetahui sama ada dirinya telah suci dari darah haid dengan cara memasukkan kapas putih ke dalam faraj. Sekiranya tiada kesan darah pada kapas, maka ia dianggap telah suci.

Mandi Junub Lepas Subuh, Sah Tak Puasa?

Sebagai maklumat tambahan, pasti ada yang tertanya-tanya adakah sah puasa sekiranya mandi wajib selepas azan Subuh telah berkumandang.

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mandi wajib selepas terbit fajar pada bulan Ramadhan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar diharuskan dan ia tidak membatalkan puasa.

Untuk pengetahuan semua, mandi wajib sebenarnya tak perlu lama pun, asalkan anda tahu syarat sahnya iaitu membaca niat dengan betul dan meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.

Semoga bermanfaat.

ecentral, digitalmukmin, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Tersalah Cara, Takut Ibadah Tidak Diterima! Ini Panduan Lengkap Mandi Wajib: Cara Berserta Niat

Baca juga: Ibu Lepas Keguguran Pun Kena Mandi Wajib, Ini Cara MANDI Wajib Yang Betul

Baca juga: Cara Mandi Wajib Yang Betul Semasa Berpuasa, Hati-Hati Jangan Sampai Puasa Terbatal

Stories Rakan Kongsi
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?
Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Cara Mandi Wajib Yang Betul (Panduan Lengkap JAKIM) Untuk Lelaki Dan Wanita
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham