X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Punca Banyak Angin Semasa Hamil & Ketahui Cara Cepat Buang Angin Dengan Berkesan!

6 min bacaan
Ini Punca Banyak Angin Semasa Hamil & Ketahui Cara Cepat Buang Angin Dengan Berkesan!

Serba tak kena jadinya bila perut sebu. Jadi bagaimana cara menghilangkan angin dalam badan ini untuk buat anda lebih selesa? Jom ikut tips di bawah!

Angin dalam badan akan membuatkan anda rasa serba tak kena terutama pada bahagian perut dan beberapa bahagian badan yang lain. Jadi bagaimana buang angin dalam badan semasa kehamilan ini?

Ia adalah keadaan biasa dan menyebabkan rasa sakit terutama di bahagian perut dan abdomen. Serba tak kena dibuatnya, nak duduk tak selesa, baring juga tak selesa. Malah nak buat apa pun rasa tak selesa. 

Ia sebenarnya perbunca daripada pembentukan gas dalam sistem pencernaan yang meningkatkan tekanan di kawasan perut justeru ia menyebabkan kesakitan.

Mengapa wanita hamil kerap buang angin dalam badan sepanjang kehamilan?

Cara menghilangkan angin dalam badan

Angin dalam badan merupakan antara masalah kesihatan yang sering kita alami. Ia mungkin berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman bermasalah, angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah yang mengganggu kehidupan seharian.

Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu sedang hamil dan serta orang yang dalam pantang selepas bersalin. Bila tidak selesa, akan mula mencari cara buang angin dalam badan untuk kembali cergas seperti biasa.

Penghasilan gas ini adalah normal, malahan, semua individu menghasilkan gas dan perlu membuang angin untuk mengurangkannya secara purata sebanyak 15 hingga 20 kali dalam sehari.

Menahan gas ini boleh menyebabkan angin terperangkap dalam badan sejurus itu mengakibatkan kesakitan teruk dan perut kembung. Oleh sebab itu, pentingnya untuk setiap ibu tahu cara buang angin dalam badan ketika hamil yang selamat.

Beberapa faktor boleh menyebabkan gas semasa kehamilan, termasuk:

  • Perubahan hormon: Semasa mengandung, badan menghasilkan lebih banyak progesteron, hormon yang melegakan otot dalam badan, termasuk otot yang mengawal pencernaan. Ini boleh melambatkan proses pencernaan dan menyebabkan gas terkumpul.
  • Tekanan pada sistem penghadaman: Apabila rahim mengembang untuk menampung janin yang sedang membesar, ia memberi tekanan pada usus dan perut. Ini juga boleh melambatkan penghadaman dan membawa kepada gas.
  • Diet: Makanan tertentu, seperti kekacang, brokoli, dan kubis, diketahui boleh menyebabkan gas. Wanita hamil mungkin lebih sensitif terhadap makanan ini dan harus mengelakkannya jika mereka mengalami ketidakselesaan.
  • Menelan udara: Wanita hamil mungkin menelan lebih banyak udara daripada biasa disebabkan oleh perubahan dalam tabiat pemakanan mereka atau peningkatan kebimbangan atau tekanan.

Dalam kebanyakan kes, gas semasa kehamilan adalah gejala biasa dan sementara. Walau bagaimanapun, jika ia disertai dengan gejala lain seperti sakit perut yang teruk atau kekejangan, demam, atau cirit-birit, ia mungkin merupakan tanda keadaan yang lebih serius dan harus diperiksa oleh doktor dengan segera.

5 cara menghilangkan angin dalam badan

#1. Minum air suam secara perlahan-lahan

Cara menghilangkan angin dalam badan

Pakar Gastroenterologi, Dr Jamile Wakim-Fleming mencadangkan seseorang untuk minum air hangat sepanjang hari sebagai cara buang angin dalam badan. Perkara ini akan membantu mengurangkan angin dalam badan anda melalui dua cara:

  • Pertama – Air suam membantu memindahkan makanan di sepanjang saluran pencernaan. Semakin cepat makanan bergerak ke usus, semakin sedikit kemungkinan jumlah gas meningkat.
  • Kedua – Air suam membantu menenangkan usus. Untuk memindahkan makanan melalui usus, jika tanpa kehadiran air suam, usus perlu sentiasa mengembang dan kontrak. Proses ini dipanggil peristalsis. Air suam membuatkan usus kurang kontrak, menyebabkan penghasilan gas yang kurang.

#2. Pengambilan halia

Halia adalah petua cara tradisional yang ramai amalkan untuk buang angin dalam badan. Kini ramai yang menggunakan halia dalam campuran minuman seperti minuman halia merah, susu halia & madu halia yang rasa lebih lazat berbanding dengan ubat-ubatan kimia.

Tetapi jika selesa dan suka dengan halia semulajadi tanpa campuran minuman lain tidak jadi masalah untuk sesi pembuangan angin dalam badan.

#3. Pengambilan bawang putih

Cara menghilangkan angin dalam badan

Selain menjadi penambahrasa masakan, bawang putih juga menjadi petua untuk buang angin dalam badan. Kandungan bawang putih ini mampu mengeluarkan angin dalam badan dengan cepat.

Bagi orang yang berumur dan mempunyai anak kebiasaannya akan mengalami angin dan kembung perut, melumurkan bawang putih pada sekitar bahagian badan dan menggosokkannya untuk memudahkan lagi proses pengeluaran angin dalam badan.

#4. Bersenam

Ramai juga yang tidak tahu bahawa kadang-kadang orang yang mendapat angin dalam badan berpunca dari kurang melakukan aktiviti atau gerakan yang membuatkan badan terasa lesu dan kaku.

Oleh sebab itu, setiap individu yang kerap mengalami angin hendaklah melakukan aktiviti seperti berjoging, berjalan laju, ataupun gimnastik kecil supaya badan kita dapat mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan. Ini cara buang angin dalam badan tanpa memakan sebarang bajet!

Terdapat satu senaman yoga yang turut boleh menghilangkan angin dalam badan anda. Mulakan dengan baring terlentang dan kemudian tarik lutut kiri ke arah dada. Kekalkan posisi dengan kedua-dua tangan, tarik lutut untuk lebih mendekati dada. Selepas itu, ulang dengan kaki yang lain.

#5. Amalkan vitamin C

Salah satu cara buang angin dalam badan ketika hamil ialah dengan memastikan badan anda cukup Vitamin C. Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana ia boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan semakin bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dan ketahanan badan. Ibu hamil amat digalakkan untuk mengambil vitamin C sebagai suplemen tambahan kerana mengurangkan risiko preklampsia serta membantu penyerapan zat besi.

Selain itu, anda juga boleh mencuba beberapa tips cepat ini:

  • Makan makanan yang lebih kecil dan lebih kerap boleh membantu mencegah pembentukan gas dalam perut dan usus.
  • Makanan tertentu, seperti kekacang, brokoli, kubis, bawang dan minuman berkarbonat,  boleh menyebabkan gas. Cuba elakkan makanan ini jika ia mencetuskan gas.
  •  Terdapat beberapa ubat di farmasi yang boleh membantu mengurangkan gas, seperti simethicone, ubat anti-gas yang selamat untuk digunakan semasa kehamilan.
  • Tekanan dan kebimbangan boleh menyumbang kepada pembentukan gas. Mempraktikkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, meditasi, atau yoga pranatal boleh membantu mengurangkan tekanan dan mengurangkan gas.

Jika anda adalah mengandung dan mengalami masalah bloating, artikel Gas During Pregnancy: How to Get Rid of It? adalah lebih sesuai untuk bacaan anda.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Angin Pasang dan Pusat Terkeluar Masa Mengandung, Adakah Anda Perlu Risau?

Baca juga:  Banyak Angin Dalam Badan, Bolehkah Saya Minum Eno Masa Mengandung?

Baca juga:  Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ini Punca Banyak Angin Semasa Hamil & Ketahui Cara Cepat Buang Angin Dengan Berkesan!
Kongsikan:
  • Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

    Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

  • Tabiat Pasang Kipas Angin Ketika Tidur Boleh Mengakibatkan Kematian Terhadap Ibu Hamil

    Tabiat Pasang Kipas Angin Ketika Tidur Boleh Mengakibatkan Kematian Terhadap Ibu Hamil

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

    Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

  • Tabiat Pasang Kipas Angin Ketika Tidur Boleh Mengakibatkan Kematian Terhadap Ibu Hamil

    Tabiat Pasang Kipas Angin Ketika Tidur Boleh Mengakibatkan Kematian Terhadap Ibu Hamil

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.