Wajib Minta Maaf Pada Anak Jika Ibu Tersalah Kata, Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Hanya Kerana Dia Masih Kecil!

Ibu bapa selalu beritahu anak yang ia okay untuk rasa sedih atau kecewa, namun perlakuan terhadap cara menghadapinya adakala tidak boleh diterima. Jadi kalau ada melakukan salah pada anak, parents juga perlu minta maaf.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengungkapkan kata maaf sesuatu yang berat untuk dilakukan, lagi-lagi apabila kita tidak sengaja membuat anak-anak terasa dengan kata-kata pedas. Namun ibu bapa juga insan biasa dan cara minta maaf pada anak sebenarnya mampu bantu baiki hubungan anda berdua.

Kita semua membuat kesilapan dan ibu bapa perlu mengajar anak-anak melalui perbuatan kita sendiri. Tunjukkan kepada anak-anak yang kita mesti bertanggungjawab atas sikap sendiri, walaupun ia mungkin memalukan untuk melakukan demikian.

Biasanya ibu bapa melakukan kesilapan apabila termarah anak kerana salah sangka atau terjerit hanya kerana perkara kecil. Bila difikirkan semula, reaksi ibu terlalu berlebihan dan tidak sepatutnya berlaku hanya kerana ibu tidak dapat mengawal emosi.

Dalam hal ini, walaupun anak masih kecil, ibu bapa perlu mengenepikan ego dan lakukan apa yang sepatutnya. Ibu bapa merupakan role model terbaik anak-anak, jadi harus diingat yang setiap perbuatan anda akan menjadi sebahagian dari sikap anak apabila dewasa kelak.

7 Cara Minta Maaf Pada Anak

Perkara yang paling penting untuk diingati ialah untuk bertenang dan ikhlas dengan permohonan maaf tersebut. Ini 7 langkah untuk dilakukan semasa meminta maaf kepada si kecil:

#1 Terima Perasaan Bersalah dan Bertanggungjawab 

Ibu bapa selalu beritahu anak yang ia okay untuk rasa sedih atau kecewa, namun perlakuan terhadap cara menghadapinya adakala tidak boleh diterima.

Perbuatan seperti menghempas barang atau menengking tidak bagus sebenarnya, jadi jangan bertindak sebegitu pula ya kerana si kecil sentiasa memerhati!

#2 Jelaskan Kepada Anak Hubungan Perasaan dengan Pelakuan

Jelaskan dalam permintaan maaf anda mengapa anda merasakan seperti yang anda lakukan. Apa sebenarnya menyebabkan anda bertindak seperti itu?

Tetapi ibu bapa jangan pula guna peluang ini untuk menyalahkan anak, contohnya “Ibu minta maaf sebab marah Lisa, tetapi kalau Lisa kemas mainan tadi mesti kaki ibu tak sakit kan?”

#3 Memohon Maaf Kerana Berkelakuan Sedemikian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Jelaskan yang anda telah melakukan kesalahan dan tidak wajar berkelakuan begitu. Terangkan kenapa ia perbuatan yang salah dan anak-anak akan belajar dari kesilapan anda.

#4 Faham Perasaan Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tunjukkan kepada anak-anak bahawa anda faham yang mereka terluka atau takut.

Walaupun apa pun sebab ibu bapa bertindak (seperti marah), pastikan mereka memahami bahawa kasih sayang ibu bapa bukanlah berdasarkan sama ada anak-anak mampu mencapai kemahuan ibu bapa atau tidak.

#5 Bincang Dengan Si Kecil Bagaimana Untuk Menangani Kejadian Ini Dari Berlaku Lagi

Ini adalah peluang terbaik untuk mengajar anak bagaimana untuk belajar dari kesilapan ibu bapa dan memperbaiki diri sendiri.

Ingatkan diri sendiri untuk kekal bertenang dan tidak menjerit atau menyalahkan orang lain misalnya, sekiranya ada kemungkinan ia berlaku lagi.

#6 Minta Maaf

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Orami

Tanya kepada anak, “Boleh tak Lisa maafkan ibu?”, hanya semudah itu. Jangan gunakan ayat yang berbelit-belit.

#7 Fokus Pada Perubahan dan Penyelesaian

Ajak anak untuk berbincang dan selesaikan apa saja masalah bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi. Misalnya jika ibu sedang bercakap di telefon, minta anak untuk tidak menjerit dan mengganggu perbualan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8 Ajar Anak Untuk Menerima Maaf

Kredit: Shutterstock

Ajarkan cara menjawab permintaan maaf dari orang lain. Anak perlu tahu sekiranya ada yang memohon maaf, dia perlu memaafkan kesalahan orang lain dan memberi respon yang sepatutnya.

Ingat ya parents, minta maaf kepada anak-anak kerana kesilapan kita sendiri mungkin kelihatan sukar namun ini dapat membantu mereka belajar memohon maaf juga.  Malah boleh mendidik anak-anak yang tidak mengapa untuk membuat kesilapan.

Kanak-kanak yang tidak mengalami banyak kegagalan akan mengalami masalah untuk menyesaikan masalah,  seperti tidak mempunyai keyakinan untuk mengambil risiko atau tidak akan berani menghadapi masalah secara langsung.

Dalam jangka masa panjang, membuat kesilapan dan belajar darinya memberi anak-anak lebih keyakinan diri dan daya tahan. Salah satu cara anak-anak boleh belajar ini adalah dengan melihat ibu bapa  bertanggungjawab atas kesilapan sendiri dan belajar daripadanya.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: positiveparentingsolutions

Baca juga: Anak Kuat Merajuk? Ini Tips Untuk Anda Memujuk Dengan Berkesan!

Penulis

Beto Rahman