Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps boleh berlaku pada mana-mana wanita. Untuk peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan asal, namun jika dibiarkan ia mungkin boleh sampai ke permukaan faraj. Kami kongsikan cara naikkan rahim jatuh.
Cara Naikkan Rahim Jatuh
Pelbagai cara dikongsi untuk naikkan rahim jatuh. Antaranya termasuklah:
1.Urutan sengkak
Sengkak rahim biasanya dilakukan tukang urut atau bidan kepada wanita lepas bersalin. Namun anda perlu bersedia kerana ia agak menyakitkan.
2.Bertungku – Cara Naikkan Rahim Jatuh
Panaskan tungku di atas api dapur selama lima minit dan balut dengan kain batik. Baring, mulakan bertungku di bahagian perut. Mulakan dari bawah perut iaitu bahagian rahim dengan gerakan menolak peranakan ke atas seperti anda sedang mencungkil. Seelok-eloknya bertungku dua kali sehari, selepas mandi pagi dan petang.
3,Senaman kagel – Cara Naikkan Rahim Jatuh
Senaman ini akan menguatkan otot lantai pelvik yang bukan sahaja dapat mengetatkan vagina tapi juga membantu masalah rahim jatuh.
4.Pakai bengkung
Bengkung dikatakan dapat membantu membetulkan kedudukan rahim supaya kembali ke tempat asal. Namun pastikan anda tidak memakai dengan terlalu ketat. Anda juga disaran terlebih dulu sebelum berbengkung.
5.Jangan angkat berat
Elakkan angkat berat jika anda alami rahim jatuh kerana barangan yang berat akan memberi tekanan kepada rahim apabila anda mengangkatnya.
6.Jangan meneran terlalu kuat semasa membuang air besar
Meneran hanya akan menyebabkan masalah rahim jatuh semakin parah. Jika alami sembelit dapatkan ubat untuk menanganinya .
7.Elak berdiri terlalu lama
Jangan berdiri terlalu lama kerana ia akan mengakibatkan masalah rahim jatuh anda semakin serius.
8.Minum air nenas batu
Nenas batu biasa digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan rahim. Ia dikatakan boleh membetulkan semula kedudukan rahim yang jatuh. Rebus nenas batu hingga mendidih dan minum secawan air rebusan waktu pagi dan malam.
beautiful nara
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Macam Mana Boleh Terjadinya Rahim Kembang
Baca juga: Peranakan Jatuh Adalah Perkara Serius! Mengapa Ini Terjadi?
Baca juga: Apa Nak Buat Kalau Terjatuh Ketika Hamil? Ini Cara Untuk Elaknya Dari Berlaku