Cara Untuk Tinggi Yang Berkesan, 7 Tips Ini Terbukti Membantu Tambah Ketinggian Anak

Cara untuk tinggi dengan semulajadi tanpa mengambil sebarang ubat. Ibu ayah boleh cuba beberapa tips mudah ini untuk tambah ketinggian anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu ayah mahukan anak membesar dengan sihat, ditambah lagi apabila kanak-kanak tersebut tinggi. Menggambarkan pertumbuhan kanak-kanak itu sihat dan kuat. Jadi, adakah cara untuk tinggi yang boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan ketinggian anak-anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara untuk tinggi dengan teknik yang betul dan dikatakan berkesan

Ini 7 cara ibu ayah boleh galakkan anak-anak untuk mengamalkannya, bahkan lebih baik juga aktiviti menyihatkan ini dilakukan bersama-sama. Sekurang-kurangnya ia memberi dorongan kepada anak-anak untuk lebih bersemangat.

Cara untuk tinggi, ibu ayah boleh cuba beberapa tips berkesan ini

1- Makanan yang seimbang

 

Aspek penting untuk meningkatkan ketinggian anak adalah dengan memberikan makanan yang seimbang. Makanan itu sudah tentulah sihat selain diet seimbang dengan memasukkan protein, karbohidrat, lemak dan vitamin dengan kuantiti yang diperlukan.

Jika memberikan makanan yang mengandungi satu sahaja nutrien, ia hanya mendatangkan kesan buruk.  Jauhi makanan ringan dan makanan segera seperti burger, minuman bikarbonat serta makanan bergoreng.

Ambil makanan tinggi protein serta sayur berdaun dan makanan kaya dengan mineral seperti kalsium dan potassium. Makanan karbohidrat ringkas juga seharusnya dielakkan.

Selain itu, makanan mengandungi zink didapati mempunyai kesan yang besar terhadap pertumbuhan kanak-kanak. Justeru makanan kaya dengan zink perlu ditambah dalam diet pemakanan. Dengan ini, anak anda bukan sahaja mendapat nutrien diperlukan semata-mata malah menjadikan mereka lebih sihat dan kuat.

2- Senaman regangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senaman regangan walaupun mudah, ia boleh memberi kesan besar pada ketinggian anak. Ibu dan ayah boleh perkenalkan senaman ini kepada anak sejak usia muda lagi dan ini membantu pertumbuhan ketinggian mereka.

Regangan membantu memanjangkan tulang dan memperbaiki postur anak anda. Antara senaman regangan yang mudah dilakukan ialah berdiri di jari kaki manakala bahagian punggung ke dinding dan regangkan otot di kaki.

Satu lagi senaman mudah ialah duduk di atas lantai serta luaskan kedua-dua kaki. Dengan menggunakan jari, capai kedua-dua kaki dengan tangan.

3- Bergayut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti ini antara yang disyorkan sejak sekian lama untuk ibu bapa yang mahukan anak mereka bertambah tinggi. Ia dapat memanjangkan tulang belakang iaitu bahagian penting untuk meningkatkan ketinggian.

Selain itu, boleh juga menggalakkan anak anda melakukan senaman ‘pull-up’ dan ‘chin-up’ dan ini akan menguatkan otot lengan dan belakang sekali gus membantu mereka kekal cergas.

4- Yoga

Aktiviti yoga yang melibatkan regangan dan keseimbangan boleh membantu kanak-kanak untuk menambahkan ketinggian. Sesetengah yoga bermanfaat untuk menjadikan mereka lebih tinggi misalnya ada gerakan yang meregangkan otot lengan, belakang dan kaki.

Salah satu aktiviti yoga yang dapat membantu anak anda ialah dengan berbaring dengan menaikkan punggung ke atas seperti bentuk U. Manakala, kaki dan tangan pula diletakkan di lantai.

5- Loncatan (tali skipping)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti loncatan tapi skipping membantu pergerakan seluruh badan dan ia antara senaman baik untuk membantu meningkatkan ketinggian anak. Bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan ketinggian anak, ia juga senaman kardio yang baik supaya mereka sentiasa cergas.

6- Berenang

Salah satu tabiat yang menyihatkan badan dapat membantu anak anda sentiasa aktif ialah dengan berenang. Aktiviti ini memerlukan pergerakan seluruh badan, jadi seluruh otot akan bekerja.

Berenang dalam jangka masa yang panjang membantu anak anda menghilangkan lebihan lemak, menjadikan mereka sentiasa sihat. Latihan ini melibatkan banyak regangan ke hadapan yang menguatkan tulang belakang boleh membantu meningkatkan ketinggian.

Selain itu, berenang juga menyeronokkan dan kebanyakan kanak-kanak menyukai aktiviti bermain air.

7- Tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan hanya kanak-kanak, tidur juga penting kepada orang dewasa. Mengabaikan waktu tidur tidaklah menjejaskan pertumbuhan anak anda namun, kanak-kanak perlu mendapat tidur yang mencukupi kira-kira 8 jam.

Hal ini kerana hormon HGH yang membantu pertumbuhan mereka dilepaskan sewaktu tidur. Ia memainkan peranan secara langsung untuk meningkatkan ketinggian kanak-kanak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tabiat Pemakanan Seharian Punca Utama Kanak-Kanak Sembelit, Ini Tips Buat Ibu Ayah!

Baca juga: 12 Tips Menjadi Ibu Ayah Yang Sabar Mendidik Anak, Tenang… Jangan Marah-Marah

Baca juga: Ramai Ibu Baharu Susah Nak Tidurkan Bayi, Ini 26 Tips Berkesan Yang Boleh Anda Cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan