X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Fakta Menarik Tentang Individu Yang Memiliki Dagu Belah, Personaliti Mereka Unik!

4 min bacaan
Fakta Menarik Tentang Individu Yang Memiliki Dagu Belah, Personaliti Mereka Unik!

Dagu belah pada wanita atau lelaki pastinya membuatkan mereka kelihatan lebih menarik dan unik. Ada beberapa personaliti mengenainya

Dagu belah dikenali dengan pelbagai istilah seperti dagu sumbing, dagu lesung pipit atau dagu punggung.

Ciri-cirinya boleh ditandakan daripada dagu yang terbelah, kedua-duanya dengan garisan yang kelihatan tegas, jelas dan menonjol atau samar-samar, jelas laman web Universiti Delaware.

Dagu belah membuatkan wajah lebih menarik

artis dagu terbelah

Garisan ini membelah dagu secara menegak dan simetri merentasi muka. Terdapat ramai artis dagu terbelah iaitu Sandra Bullock, Russell Crowe, John Travolta serta Jessica Simpson.

Jika di Malaysia, artis dagu terbelah adalah Zahirah Macwilson, Nora Danish, Siti Nur Haliza, Dayyan Traisha, Lana Nordin dan Wafariena.

Jadi, tidak perlu malu dengan lesung pipit atau dagu belah kerana ia kelihatan cantik dan menjadikan anda lebih menarik.

Bagi insan biasa, wajah fotogenik menjadi dambaan kerana ia membuatkan setiap gambar yang diambil kelihatan cantik dan persis gaya seorang model.

Dagu berlekuk umpama pelaris untuk tampak lebih jelita atau kacak, selain membuatkan seseorang sentiasa awet muda di sebalik senyuman yang dilemparkan.

Dalam pemahaman saintifik, simetri wajah dicapai apabila peratusan jarak dari dahi ke hidung, dari hidung ke bibir dan dari bibir ke dagu adalah 33 peratus iaitu sama banyak.

Jika kurang atau lebih daripadanya, wajah menjadi tidak simetri dan kelihatan tidak sempurna.

Orang India ramai miliki dagu terbelah

artis dagu terbelah

Lekukan di dagu mempunyai pelbagai bentuk termasuk kelihatan menegak, bentuk Y dan bulat.

Dalam satu jurnal penyelidikan Jerman yang dilakukan Gunther sekitar 1939 menunjukkan, lekukan dalam dan ada yang hampir tidak kelihatan berikutan ditutupi janggut.

“Ini memperlihatkan lekukan samar di tengah-tengah dagu dan ada orang yang mempunyai lekukan jelas atau tampak seperti lubang kecil.

“Ini membuatkan tidak semua orang yang mempunyai dagu terbelah jelas kelihatan dan hanya nampak sama dengan orang yang tiada genetik itu,” katanya.

Populasi masyarakat India yang mempunyai dagu terbelah antara empat hingga 71 peratus seperti yang diperoleh dalam penyelidikan Bhanu and Malhotra pada 1972.

Malah kajian itu mendapati, kanak-kanak lelaki lebih ramai mempunyai dagu berlekuk tanpa mengira kumpulan umur mereka.

Penyelidikan Gunther pada 1939 pula mencatatkan, 9.6 peratus lelaki Jerman mempunyai dagu berlekuk berbanding 4.5 peratus wanita dari negara sama.

Punca dagu belah

Lesung pipit di dagu boleh disebabkan oleh genetik.  Otot mentalis gagal menutup di dagu, yang meninggalkan celah.

Tetapi, genetik tidak bermakna anak-anak anda akan mewarisi lesung pipit anda secara automatik kerana gen tersebut mestilah dominan dan bukan resesif.

Gen dominan menyebabkan dagu sumbing. Jika anda mempunyai lesung pipit dan ibu ayah tidak pernah mengalaminya, ini mungkin bermakna beberapa saudara lain mungkin pernah memilikinya.

Ia mungkin mengambil masa sehingga lima generasi sebelum lesung pipit dagu muncul dalam keluarga anda.

Personaliti dan perwatakan orang yang dagu terbelah

fakta menarik dagu terbelah

  1. Orang yang mempunyai lesung pipit di dagu amat sukakan perhatian, tetapi orang lain tidak membencinya kerana orang yang mempunyai lesung pipit ini seronok berada di sekeliling.
  2. Selain itu, mereka yang mempunyai dagu belah cenderung untuk menggoda dan mereka benar-benar mahir. Sifat seksual mereka kuat dan agak menghiburkan.
  3. Orang yang mempunyai lesung pipit di dagu mereka kelihatan lebih emosional daripada orang lain. Mereka mudah menangis, tidak kira mereka sedih, gembira, teruja atau ghairah.
  4. Perasaan orang yang celah dagu biasanya boleh sangat terluka apabila pasangan mereka tidak mahu keintiman sepanjang masa.
  5. Selain itu anda juga mungkin menghadapi masalah memisahkan jantina atau penolakan keintiman daripada pasangan kerana percaya bahawa cinta fizikal adalah bukti cinta emosi dan rohani.

Ada sesetengah pihak berpendapat dagu yang terbelah membuatkan seseorang itu kelihatan lebih menarik dan menarik. Selain jarang, dagu terbelah membuatkan kita kelihatan unik dan berbeza, kata halaman Tutorials Point.

Walau bagaimanapun, ini adalah sangat subjektif dan setiap individu mempunyai persepsi mereka sendiri tentang dagu berbelah. Ada yang beranggapan ia menarik, ada pula yang menganggap ia perkara biasa.

Pembedahan untuk dagu terbelah

Adakah anda ingin mempunyai dagu yang terbelah? Tenang, anda boleh mendapatkannya dengan cara pembedahan!

Semasa pembedahan, pakar bedah akan mengeluarkan tisu lembut di bawah kulit. Biasanya, ini dilakukan dengan cara liposuction atau pembedahan.

Cara lain ialah memotong tulang dengan alat yang dipanggil burs pembedahan. Ia boleh mengambil masa beberapa bulan untuk dagu terbelah terbentuk sepenuhnya, jelas Healthline.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Pembedahan belah dagu mempunyai kesan sampingan. Antaranya:

  • jangkitan
  • pendarahan yang berlebihan
  • kemunculan tisu parut
  • bengkak dan hasil yang boleh dilihat bukan seperti yang kita inginkan

Oleh itu, adalah penting untuk berehat segera selepas pembedahan dan memaklumkan kepada doktor jika kesan sampingan berlaku.

Berita Harian, Dr Toryal

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Maksud Tahi Lalat Di Muka & Tubuh, Rupanya Ia Berkait Dengan Personaliti Diri Anda

Baca juga: Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

Baca juga: Cara Anak Belajar Sebenarnya Berbeza-Beza, Bergantung Pada Karakter & Personaliti Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Fakta Menarik Tentang Individu Yang Memiliki Dagu Belah, Personaliti Mereka Unik!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham