10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

lead image

Mari buat bento!

Adakah anak prasekolah anda cerewet makan? Hari ini saya ingin kongsikan 10 idea makanan tengah hari yang menarik, dengan menggunakan cara bento sebagai inspirasi.

Manfaat Cara Bento

  • Makanan bersih dan berkhasiat yang disediakan sendiri di rumah
  • Mengutamakan makanan yang seimbang
  • Menggunakan bahan-bahan makanan yang berwarna-warni dan menarik
  • Sajian kelihatan lebih comel, anak pun suka

Sebenarnya, anda tidak perlu membeli makanan khusus untuk sajian Bento ini. Bahan-bahan biasa sudah memadai, cuma perlu dipotong kepada saiz yang lebih kecil supaya dapat dimuatkan ke dalam bento makan tengahari anda.

1. Kari Ayam Katsu Jepun dengan Nasi Putih. Biasanya saya beli perencah jenis kurang pedas.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/kid size chicken katsu curry.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

2. Peha Ayam yang digoreng dalam Air Fryer, sayur kailan yang ditanam sendiri, nasi beras perang dan hirisan strawberi.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

3. Sayur Siew Pak Choy, lobak merah, udang tumis, jejari ikan goreng dan nasi goreng telur.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch3.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

4. Ikan salmon goreng, jagung muda rebus, nasi putih, oren, dan sebotol vitagen kurang manis. Ciri-ciri pada muka dilukis dengan sos tomato dengan menggunakan pencungkil gigi yang bersih.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch4.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

5.  Nasi merah, bunga kobis yang ditumis dengan cendawan shitake, telur dadar gulung dan ikan salmon goreng.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch5.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

6. Mi telur goreng, bunga kobis tumis, ikan salmon goreng dan hirisan kiwi hijau.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch6.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

7. Pasta comel berbentuk haiwan ditumis dengan lobak merah dan kacang botol, daging dada ayam dan satu telur burung puyuh rebus dibelah dua

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch7.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

8. Sayur Siew Pak Choy tumis dengan ikan bilis, daging dada ayam goreng, nasi, dan jagung muda tumis. Secawan jus oren.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch8.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

9. Ayam digoreng dalam Air Fryer, kentang goreng buatan sendiri dan kacang Jepun endamame

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch9.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

10. Ketulan nuget ayam buatan sendiri, nasi goreng rumpai laut, tomato ceri, brokoli dan bunga kobis tumis.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/lunch10.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

 

Saya pasti ramai daripada anda akan berfikir, cara memasak ini nampak membazir kerana ia menggunakan bahan makanan sedikit demi sedikit. Sebaliknya tiada pembaziran langsung kerana semua bahan makanan dibahagikan kepada saiz mengikut berapa banyak anak saya boleh makan untuk setiap hidangan. 

Anda juga boleh menggunakan makanan yang telah dimasak untuk seisi keluarga – cuma tinggal mengaturkan semula makanan cara bento sahaja. 

Penyediaan bento mungkin nampak mencabar dan menyusahkan bagi sesetengah orang, tetapi saya rasa ia sungguh menyeronokkan dan kreatif. Terdapat banyak contoh untuk dilayari dan dicuba di laman web Pinterest serta YouTube.

 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/02/pinterest 1.jpg 10 Idea makanan tengah hari berinspirasi bento untuk anak prasekolah

kredit: Pinterest

 

Apabila sudah bersedia untuk mencuba membuat bento di rumah, anda boleh membeli kebanyakan peralatan dan aksesori bento di kedai Daiso terdekat anda.

Selamat mencuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!