30 Dessert Menu Open House Hari Raya Paling Viral Masa Kini (Mudah dan Sedap)

lead image

Dessert menu open house hari raya antaranya kek tiramisu, puding karamel tanpa telur, Thai Red Ruby (Tub Tim Grob) dan buko pandan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila dah tak tahu nak buat pencuci mulut yang sesuai untuk para tetamu, apa kata cuba salah satu resepi dessert menu open house hari raya yang viral dikongsikan di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN). Kongsikan juga resepi ini kepada yang lain tau!

30 Resepi Dessert Menu Open House Hari Raya

1.Puding Cermin Mangga

Bahan-bahan:

Lapisan Cermin Mangga

  • 2 biji mangga susu
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula

Lapisan Susu Mangga

  • 1 cawan air
  • 400 ml (200 ml) x 2) kotak susu full krim
  • 1/2 cawan puri mangga -lebihan tepi mangga lapisan pertama
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula

Cara Membuatnya:

  1. Lapisan Cermin Mangga ~Potong nipis mangga seperti di dlm gambar. Kemudian, susun di dlm acuan menjadi bentuk bunga ros. Ketepikan dulu
  2. Di dlm periuk, satukan air, serbuk agar-agar & gula. Kacau & masak hingga mendidih
  3. Tuang agar-agar hingga sama paras mangga saja. Sejukkan di dlm peti ais 10 minit
  4. Lapisan Susu Mangga ~Di dlm periuk, satukan air, susu, puri mangga, serbuk agar-agar & gula. Kacau rata dulu baru buka api. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tapiskan dulu, tapi ambil jugak pati mangga & campur balik ke dlm adunan agar2.
  5. Tuang ke atas lapisan pertama hingga penuh acuan. Sejukkan di dlm peti ais 2-3 jam hingga set. Guna pencungkil gigi utk keluarkan puding dari acuan
  6. Hidangkan sejuk.

2.Kek Buah Kukus

Bahan-bahan:

  • 300gm gula
  • 60ml air panas
  • 250g mentega
  • 1 sudu makan vanilla
  • 3 sudu pati oren Sunquick
  • 500gm campuran buah kering
  • 350gm tepung gandum
  • 1 sudu makan soda bikarbonat
  • 3 biji telur gred A (kalau gred c masukan 4 biji)

Cara-cara:

  1. Cairkan gula sampai keperangan dgn api pelahan dah perang tutup api. Masukan air panas berhati-hati dan larutkan.
  2. Masukkan mentega. Kacau kemudian masukkan vanilla dan pati oren Sunquick.
  3. Seterusnya, campuran buah kering.
  4. Masukkan adunan kek dalam bekas contoh bekas 1kg masukan 800gm sahaja. Sebab kek akan kembang.
  5. Kukus jika dgn api dapur industri dalam kurang 2 jam jika api dapur biasa dalam 3-4 jam.
  6. Pastikan kukus adunan dalam bekas bertutup dan bersesuaian.
  7. Jika sudah masak rehatkan dan sejukkan dahulu.

3.Puding Karamel Tanpa Telur

  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 1 sudu besar air*

(bahan2 bertanda di bancuh bersama)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan Sum Sum:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 helai daun pandan -di simpul
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Air Gula Melaka disatukan semua gula2, air & daun pandan. Masak di atas api hingga gula2 cair & mendidih
  2. Campur bancuhan tepung jagung. Kalau tak nak boleh skip ye.
  3. Kacau lagi hingga air gula pekat & mendidih. Tutup api & sejukkan dulu
  4. Sum Sum . Satukan semua bahan2. Kacau sebati dulu baru buka api
  5. Kacau sentiasa hingga adunan pekat & berkilat. Bila dah meletop-letop tutup api, biarkan suam sekejap
  6. Sendukkan ke dlm mangkuk atau bekas yg di sukai. Tuang air gula
  7. Hidangkan sejuk2 dari peti ais. Lembut & gedik2 gitu. 

4.Buko Pandan

Bahan-bahan:

  •  5gm agar-agar serbuk
  •  2 cawan air/air kelapa muda
  •  Setitis emulco pandan
  •  Sedikit pewarna hijau
  •  1/4 cawan sagu
  •  Sedikit pewarna hijau
  •  1 mangkuk besar air
  •  2 cawan susu cair/segar
  •  2-4sb susu pekat (ikut citarasa)
  •  Nata de coco (optional)
  •  Laici dalam tin (optional)
  • Hirisan kelapa muda (optional)
  • Ais batu (optional)

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1.  Masak agar-agar serbuk bersama 2 cawan air/air kelapa, emulco pandan dan pewarna hijau sehingga mendidih.
  2. Tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dan biarkan membeku beberapa jam.
  3. Bila agar-agar sudah keras, potong kepada bentuk kiub.
  4. Masak semangkuk air hingga mendidih. Masukkan sagu dan pewarna hijau.
  5. Masak hingga sagu menjadi jernih. Tapiskan sagu dan lalukan dibawah air yang mengalir untuk membuang lebihan kanji.
  6.  Dalam bekas yang sesuai, satukan susu cair/segar dan susu pekat, kacau sebati.
  7. Kemudian masukkan semua bahan lain, nata de coco, laici, kelapa muda, ais batu.
  8. Masukkan juga agar-agar dan sagu.
  9. Sedia untuk dinikmati. Siap!

5.Creme Brulee

Bahan-bahan:
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan heavy whipping cream
  • 3/4 cawan gula
  • 8 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 7 sudu teh gula, untuk topping
  • Air mendidih untuk “water bath”
Caranya:
  1. Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.
  2. Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biar kan suam sebentar, ketepikan.
  3. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.
  4. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.
  5. Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins. (water bath)
  6. Bakar selama 55 – 60 minit
  7. Biarkan dia dalam oven selama 20 minit. Hati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.
Custard ni boleh disediakan sehari hari lebih awal atau awal pagi dan sejuk kan dalam chiller.
 
Untuk topping:
Taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh dihidang.

6.Fruit custard with Jelly

Bahan-bahan:

  • Tepung custard 4 Sudu makan
  • susu 1 liter ( fresh milk ) kalau nak pakai susu sejat pon boleh
  • Gula 1 cup
  • Buah2 dalam tin (1 tin)
  • Anggur (saya campur sebab mak suka)
  • Agar2 layer
  • Jelly crystal perisa strawberry 1 kotak
Cara-cara:
  1. Mula-mula, panaskan susu 1 liter dan gula 1 cup.
  2. Masukkan epung custard campur dengan sedikit susu dan kacau sebati.
  3. Bila susu dah mendidih sedikit masukkan tepung custard dan kacau sampai pekat. Jangan tinggal nanti berketul tak sedap.
  4. Bila dah pekat tutup api dan masukkan buah2 kacau.
  5. Sejukkan dan masuk dlm bekas.

7.Bubur Som-Som Pandan

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan santan pekat ( jadikan 4 cawan setelah dicampur air + pati daun pandan (5 helai di blend) – Saya guna jug penyukat
  • Sedikit garam
  • Sukatan 1:4 (1 tepung : 4 air (Santan+Air)
Cara-cara:
  1. Satukan semua dan kacau dalam periuk hingga pekat dan mendidih. Kena sentiasa kacau supaya tidak bergentel..
  2. Angkat dan senduk kan ke dlm acuan agar atau lain.

Bahan untuk air gula:

  • 2 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu gula
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan semua hingga mendidih dan daun pandan kering . Baru dapat aroma pandan yang wangi air gula tu.
  2. Siap.

8.Koktail

Bahan-bahan:
  • 1 bekas nata decoco
  • 1 tin Susu pekat
  • 1 tin Susu cair
  • 1 tin jagung 
  • 1 tin laici
  • 1 tin Kacang merah
  • 1 plastik besaq sumi (potong halus²)

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Campurkan semua bahan di atas dalam bekas yang sama.
  2. Nak makan baru letak ais supaya tak rasa tawar.

9.Thai Red Ruby (Tub Tim Grob)

Bahan-bahan:
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 biji sengkuang (dipotong kiub)
  • 1 helai daun pandan
  • Pewarna merah
  • Buah nangka (dihiris)
Cara-cara:
  1.  Didihkan santan, air, gula dan daun pandan.
  2. Untuk red ruby, potong sengkuang bentuk kiub.
  3. Masukkan pewarna merah dan gaul hingga rata.
  4. Salutkan dengan tepung ubi kayu. Kemudian tapis dan rebus.
  5. Rebus selama 5 minit atau hingga salutan menjadi merah.
  6. Rendam red ruby dalam air sejuk.
  7. Hidangkan dengan ais, kuah santan, red ruby dan buah nangka.
  8. Thai Red Ruby Dessert sudah siap. Sesuai untuk dessert menu open house hari raya!

10.Fruit Basket Puffy

Bahan-bahan puff:
  • 100 g marjerin
  • 125 g tepung gandum
  • 3 biji telur saiz A
  • 195 g air
Bahan-bahan inti:
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sdm susu pekat manis
  • 2 sdm tepung kastard
  • 1 biji telur saiz A
  • 1 cawan whipping cream
  • Bahan topping
  • Buah-buahan kegemaran

11.Puding Roti Kastad

Bahan A:
  • Roti 10keping
  • 1 tin susu cair*
  • Telur 3biji*
  • 4 sb gula pasir*
  • 1 sb esen vanila*
  • kismis
  • Planta

Cara-cara:

  1. Sapu loyang dengan planta.
  2. Sapu planta pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Satukan bahan yang bertanda * dalam satu bekas n kacau2 sehingga sebati n curahkan adunan kedalam loyang yang telah disusun roti.
  4. Biarkan seketika sehingga roti serap adunan y telah dicurah.
  5. Panaskan oven pada suhu 200*C atas bawah ye n kukus selama 40minit (suhu ikut kesesuaian oven anda)
Bahan B (Kuah kastard):
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 4 sb gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 sb esen vanila
  • 2 sb tepung kastard

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk.
  2. kacau pelahan2 sehingga mendidih n pekat n sesedap rasa yang anda inginkan.
  3. Tutup api n sejukkan dlm peti ais
  4. Setelah siap semua bolehla dihidangkan untuk yang tersayang

11.Perigi Lumut Gula Merah

Bahan-bahan:

  • 12g agar-agar serbuk
  • 1 cawan gula merah/ gula melaka (jika kurang manis tambah gula pasir)
  • 200g santan kotak
  • 1 liter air
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu garam

Cara membuat:

  1. Sebatikan semua dan jerang hingga mendidih.
  2. Setelah mendidih barulah dikacau perlahan untuk menghasilkan lumut yang kasar.
  3. Biarkan wap panas berkurang barulah dicedok ke dalam acuan. Menghasilkan 12 biji.
  4. Biarkan beku dalam peti sejuk.

12.Puding Roti Caramel

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Karamel

  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air
  • Cairkan gula dalam kuali dan tuangkan air.Guna api kecil.
  • Kemudian tuang dan ratakan ke dalam loyang yang hendak dikukus. Ketepikan.

Bahan B

  • 5 keping roti dicarikkan
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin air (guna tin susu cair tadi je)

Cara-caranya :

  1. Blender semua bahan dan masukkan kedalam karamel tadi dan kukus sehingga 30 -40 minit.
  2. Terbalikkan bila puding dah sejuk.

13.Yogurt Cake

Bahan-bahan:

  • 1 bekas kecil plain yogurt
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 biji telur gred A
  • Secubit garam

Cara membuat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Campurkan smua bahan di atas dalam satu mangkuk,kacaul sebati hingga tidak bebintik.
  2. Masukkan adunan dalam loyang 5 inci yang telah di oles mentega.
  3. Bakar dalam air fryer atau oven 150c 30minit (hingga masak)
  4. Hias dengan buah buahan kesukaan.
  5. Sejukkan dan hidang.

14.Mango Float

Bahan-bahan:

  •  3 biji mangga susu saiz besar -di potong dadu
  • 300 gm biskut cream cracker (boleh guna Graham cracker, biskut Marie @ digestive)
  • 400 ml dairy whipping cream (yg sejuk baru di keluarkan dari chiller)
  • 1 cawan susu pekat manis (di sejukkan semalaman di chiller)

Cara membuat:

  1. Kupas kulit mangga & potong kiub. Ketepikan dulu
  2. Pukul whipping cream hingga kental
  3. Campur susu pekat. Pukul lagi hingga sebati
  4. Susun biskut di dalambekas plastik SQ5. Kalau nak guna loyang atau acuan mini pun boleh..
  5. Lapiskan dengan whipping cream & ratakan. Kemudian, tabur mangga. Ulang cara yg sama hingga 4 layer. Untuk topping layer ke-4 tabur biskut yang di hancurkan
  6. Tutup kemas & simpan di dlm freezer semalaman
  7. Keluarkan dari freezer & biarkan dalam30 minit baru di potong

15.Thai Dessert ‘Ruam Mitr’

Bahan-bahan doh:

  • Tepung ubi kayu
  • Air panas
  • Pewarna

Bahan-bahan kuah:

  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
  • Sagu
    **boleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka

Cara membuat:

  1. Sediakan air panas menggelegak. Masukkan air panas kedalam tepung ubi sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Sudah terapung tos dan masukkan dalam air. Ketepikan.
  3. Dalam periuk masukkan air, gula, garam & daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu.
  4. Tos doh siput kita buat tadi dan masukkan dalam kuah santan. Siap!
  5. Sedia dimakan masa panas2 atau tambahkan ais pun sedap!
  6. Kalau nak tambah jagung/keledek/nangka sila masukkan sebelum santan. 
    Tips: masukkan air panas sikit lepas tu uli, pastu masukkan lagi sikit-sikit selang, kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam.

16.Agar-Agar Santan

Bahan-bahan:

  • 1 sachet serbuk agar-agar (10g)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air
  • 125g gula putih
  • 1/4 sudu teh garam
    1/4 sudu teh pes pandan 

Cara membuat:

  1. Satukan santan dengan telur,kacau rata.Ketepikan.
  2. Satukan serbuk agar-agar,air,gula putih, garam dan pes pandan.Masak sehingga gula dan serbuk agar-agar larut.
  3. Masukkan bancuhan santan dan telur tadi,kacau sehingga mendidih. Teruskan masak sehingga berbuih (anggaran 1-2 minit) kemudian tutup api.
  4. Tuang agar-agar ke dalam loyang 8 inci.Biarkan suam-suam kemudian simpan dalam peti sejuk sehingga agar-agar jadi keras.

17. Agar-Agar Santan Ros

Bahan-bahan:

  • 1 paket/10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 200 ml santan
  • 2 biji telur ayam
  • secubit garam
  • pewarna merah dan perisa ros ataupun sirap rose
  • daun pandan, simpulkan

Cara membuat:

  1. Masukkan air bersama gula, pewarna merah perisa rose, serbuk agar-agar dan daun pandan, kacau rata.
  2. Seterusnya masak hingga mendidih. Kemudian keluarkan daun pandan.
  3. Pukul santan bersama telur dan secubit garam. Kecilkan api dan masukkan campuran santan.
  4. Kacau perlahan dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. Kemudian tutup api.
  5. Basahkan loyang, tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Hidangkan sejuk!

18. Jelly Ball Kuah Kastard

Bahan-bahan:

Jelly ball

  • 1 paket serbuk agar-agar (10g)
  • 6 sudu gula
  • 900ml air
  • esen vanilla
  • Pewarna ikut kesukaan sendiri

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan kecuali pewarna dan masak sehingga mendidih.
  2. Asingkan kepada beberapa 3 bahagian mengikut sukatan acuan masing-masing
  3. Setiap satu bahagian warnakan dan tuang ke dalam acuan.

Kuah kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu tepung kastard
  • Esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat
  • secubit garam

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dan masak sehingga mendidih (sentiasa kacau)

19.Soft Cookies 

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan mentega bergaram (pure butter)
  • 1/4 cawan gula castor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji telur saiz A/B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 ½ cawan tepung gandum-ayak
  • 1 sudu besar tepung jagung-ayak
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
    1/4 sudu kecil baking powder
  • ½ cawan dark chocolate chip & couverture chocolate. (boleh lebihkan kalau suka banyak)

Cara membuat:

  1. Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi “golden brown”. Biarkan sejuk seketika.
  2. Kemudian masukkan kedalam bekas bersama gula. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula telur dan esen vanila. Sebatikan.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau² adunan dan masukkan chocolate chip.
  5. Simpan chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan.
  6. Atau boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan chiller.
  7. Keluarkan. Dan bolehlah dibakar dengan suhu 160c-170c selama 15-20 minit.
  8. Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yg saiz besar atau timbang doh 50g. Saiz sesuai yg saya suka. Tak besar dan kecil sangat.
  9. Guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa premium.

20. Creampuff Kastard Durian Creamy

Inti kastard

  • 1 1/2 cawan isi durian yg telah di lenyek
  • 1 cawan non dairy whipping cream Vivo
  • 1 cawan susu full krim atau fresh milk
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • Pewarna kuning

Puff

  • 1 cawan air
  • 100 gm butter
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur A

Cara membuat:

  • Inti Kastad Durian Creamy
  • Buang biji durian. Kemudian, lenyek sikit isinya
  • Satukan susu, gula, tepung kastad & pewarna kuning
  • Kacau sebati dulu, baru buka api. Kacau sentiasa di atas api kecil hingga berkilat & meletop2
  • Campur isi durian & kacau hingga sebati. Tutup api & sejukkan dulu
  • Pukul non dairy whipping cream hingga kental/overbeat. Campur kastad durian yg telah sejuk. Pukul hingga sebati
  • Puff 
  • Satukan air, butter, gula & garam.
  • Kacau hingga butter cair & mendidih. Kecilkan api, masukkan tepung gandum
  • Kacau cepat-cepat hingga menjadi doh yang tak melekat di periuk. Tutup api
  • Biarkan doh suam sikit dalam 5 minit. Campur telur & kacau hingga menjadi doh yg agak lembut. Masukkan doh ke dlm piping bag yg di pasang nozel
  • Alas dulang pembakar dgn baking paper. Picit menjadi bentuk bulat. Boleh jgk picit macam bentuk creampuff biasa. Sembur permukaan creampuff dengan air sambil panaskan oven pada suhu 190°c selama 15 minit, set api atas & bawah.
  • Bakar pd suhu 190°c selama 25-30 minit, api atas & bawah & pasang kipas. Setelah siap bakar, sejukkan & potong dua..
    Picit inti kastad durian & kapit dua. Sprinkle dgn gula aising @ snow powder
  • Sedia di nikmati.

21. Kek Batik

Bahan-bahan:

  • 200g biskut Marie
  • 200g mentega
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan gula

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega, susu pekat, gula, dan serbuk koko dalam periuk.
  2. Hancurkan biskut Marie dan campurkan dengan bahan cair tersebut.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.

22.Kek Tiramisu

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut ladyfinger
  • 1 cawan kopi pekat
  • 250g mascarpone cheese
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan krim putar (whipping cream)
  • Serbuk koko untuk hiasan

Cara penyediaan:

  1. Celupkan biskut ladyfinger dalam kopi dan susun di dalam bekas.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan mascarpone dan krim putar. Gaul hingga sebati.
  3. Sapukan adunan mascarpone ke atas lapisan biskut.
  4. Ulangi hingga habis dan taburkan serbuk koko di atasnya.
  5. Simpan di dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dihidang.

23.Sago Gula Melaka

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sago
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka (dicincang halus)
  • 1/2 cawan santan
  • Daun pandan (untuk aroma)

Cara penyediaan:

  1. Rebus sago dalam air sehingga jernih dan lembut. Toskan.
  2. Dalam periuk, cairkan gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan.
  3. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
  4. Hidangkan sago dengan sirup gula melaka dan santan di atasnya.

24.Mango Panna Cotta

Bahan-bahan:

  • 1 cawan krim putar
  • 1/2 cawan susu
  • 1/4 cawan gula
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 1 cawan puri mangga (dari mangga segar)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan:

  1. Masak krim putar, susu, dan gula dalam periuk hingga mendidih.
  2. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut.
  3. Tambahkan puri mangga dan esen vanila, kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk dalam peti sejuk hingga mengeras.
  5. Hidangkan dengan sedikit puri mangga di atasnya.

25.Avocado Chocolate Mousse

Bahan-bahan:

  • 2 biji avocado masak
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan madu atau sirap maple
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga menjadi adunan halus.
  2. Sesuaikan rasa dengan menambah lebih banyak madu jika mahu lebih manis.
  3. Hidangkan mousse dalam cawan kecil dan sejukkan di dalam peti ais.

26. Churros dengan Sos Coklat

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan mentega
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/4 cawan gula (untuk salut)

Sos Coklat:

  • 100g coklat gelap
  • 1/4 cawan krim putar

Cara penyediaan:

  1. Masak air, mentega, gula dalam periuk hingga mendidih.
  2. Masukkan tepung dan kacau hingga menjadi doh yang kenyal.
  3. Biarkan sejuk sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Panaskan minyak dan picitkan doh dalam bentuk panjang menggunakan piping bag.
  5. Goreng hingga keemasan, angkat dan salut dengan campuran gula dan serbuk kayu manis.
  6. Cairkan coklat dan krim untuk sos coklat, kemudian hidangkan bersama churros.

27.Matcha Cheesecake

Bahan-bahan:

  • 200g biskut Graham (atau biskut Digestive)
  • 100g mentega cair
  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar serbuk matcha
  • 1/2 cawan krim putar

Cara penyediaan:

  1. Hancurkan biskut Graham dan campurkan dengan mentega cair. Tekan ke dalam dasar loyang.
  2. Pukul cream cheese, gula, dan telur hingga sebati.
  3. Masukkan serbuk matcha dan krim putar, kacau rata.
  4. Tuangkan adunan ke atas dasar biskut dan bakar pada suhu 160°C selama 30-35 minit.
  5. Setelah sejuk, simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk.

28.Mango Sorbet

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga matang (dikupas dan dibuang biji)
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil jus limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Kisar mangga, air, gula, dan jus limau nipis hingga halus.
  2. Tuang adunan dalam bekas kedap udara dan bekukan.
  3. Kacau setiap 30 minit selama beberapa jam untuk mendapatkan tekstur sorbet yang lembut.

29.Peach Cobbler

Bahan-bahan:

  • 3 biji buah pic (dipotong)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan mentega
  • 1/4 cawan susu
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara penyediaan:

  1. Gaul pic dengan gula dan tepung jagung, kemudian tuang ke dalam loyang.
  2. Campurkan tepung, baking powder, mentega, dan susu untuk membuat adunan doh.
  3. Dotkan adunan doh di atas pic dan bakar pada suhu 180°C selama 30-35 minit atau sehingga keemasan.
  4. Hidangkan dengan es krim vanila atau krim putar.

30.Blueberry Lemon Cheesecake Cups

Bahan-bahan:

  • 150g biskut Graham (atau Digestive)
  • 75g mentega cair
  • 200g cream cheese
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan jus lemon
  • 1/2 cawan blueberry (fresh atau beku)

Cara penyediaan:

  1. Hancurkan biskut dan campurkan dengan mentega cair, tekan ke dalam dasar gelas.
  2. Pukul cream cheese, gula, dan jus lemon hingga lembut.
  3. Masukkan adunan ke atas dasar biskut dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  4. Sebelum dihidangkan, tambahkan blueberry di atasnya.

Selamat mencuba semua dessert menu open house hari raya yang kami kongsikan ini. Semoga lebaran anda sekeluarga dihiasi kegembiraan bersama keluarga tercinta!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 40 Idea Menu Raya Yang Simple & Sedap, Tetamu Mesti Suka

Baca juga: 7 Idea Menu Jamuan Raya Sekolah Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak

Baca juga: Senarai Menu Open House Yang Mudah & Sedap, Jadi Kesukaan Keluarga Serta Tetamu

Penulis

Noorhidayah