TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Telur Ayam Kampung Lebih Baik? Ini 10 Manfaat Untuk Kesihatan Lelaki Dan Wanita

4 min bacaan
Adakah Telur Ayam Kampung Lebih Baik? Ini 10 Manfaat Untuk Kesihatan Lelaki Dan Wanita

Khasiat telur ayam kampung dikatakan lebih baik berbanding telur ayam biasa kerana mengandungi lebih banyak nutrien semulajadi.

Khasiat telur ayam kampung sering menjadi pilihan untuk kesihatan lelaki dan wanita kerana dianggap lebih semulajadi. Tetapi, adakah telur ayam kampung benar-benar lebih baik daripada telur ayam biasa?

Isi Kandungan

  • 10 Khasiat Telur Ayam Kampung Untuk Lelaki Dan Wanita
  • Kandungan Gizi Telur Ayam Kampung
  • Perbezaan Telur Ayam Kampung Dengan Ayam Biasa

10 Khasiat Telur Ayam Kampung Untuk Lelaki Dan Wanita

1. Tingkatkan Tenaga Harian

Telur ayam kampung kaya dengan protein dan lemak baik yang menjadi sumber tenaga hebat untuk anda seharian.

Nutrisi ini amat penting terutama bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerja dan keluarga.

2. Sokong Kesuburan Anda Dan Pasangan

Mengandungi vitamin A, D, dan E, telur ayam kampung dipercayai membantu memperbaiki kesuburan lelaki dan wanita.

Pilihan terbaik untuk pasangan yang sedang berusaha menambah ahli keluarga kecil.

3. Tingkatkan Daya Ingatan Dan Kesihatan Otak

Telur ayam kampung kaya dengan kolin, nutrien penting untuk menyokong fungsi otak dan daya ingatan. Sangat bermanfaat, terutama bagi ibu bapa yang sering tertekan dengan tugas harian.

4. Tulang Dan Gigi Jadi Lebih Kuat

Vitamin D dalam telur ayam kampung membantu penyerapan kalsium yang penting untuk tulang dan gigi sihat.

Ini penting bukan sahaja untuk anda, tetapi juga untuk anak-anak yang sedang membesar!

5. Kurangkan Risiko Penyakit Jantung

Asid lemak omega-3 dalam telur ayam kampung membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL), sekali gus melindungi jantung anda daripada risiko penyakit serius.

6. Tingkatkan Imuniti Badan

Vitamin A dan selenium dalam telur ayam kampung bertindak sebagai penguat sistem imun semulajadi. Ia sangat berguna untuk menjaga kesihatan keluarga anda, terutama di musim penyakit.

7. Pilihan Bijak Untuk Turunkan Berat Badan

Telur ayam kampung rendah kalori tetapi tinggi nutrisi menjadikannya pilihan makanan ideal untuk ibu-ibu yang ingin kembali langsing selepas bersalin.

8. Jaga Kesihatan Mata Anda

Mengandungi lutein dan zeaxanthin, telur ayam kampung membantu melindungi mata daripada kerosakan akibat cahaya biru.

Sesuai untuk keluarga yang sering terdedah kepada skrin gajet!

9. Rambut Dan Kulit Jadi Lebih Cantik

Protein dan biotin dalam telur ayam kampung membantu memperbaiki kesihatan rambut dan kulit serta memberikan anda penampilan yang lebih berseri.

10. Sokong Kesihatan Reproduktif

Dengan kandungan nutrisi yang seimbang, telur ayam kampung menyokong kesihatan sistem reproduktif lelaki dan wanita menjadikannya makanan berkhasiat untuk semua peringkat usia. 

Kandungan Gizi Telur Ayam Kampung

  • Protein: Membina otot dan memperbaiki tisu badan.
  • Vitamin A: Menyokong penglihatan dan sistem imun.
  • Vitamin D: Membantu penyerapan kalsium.
  • Omega-3: Menggalakkan kesihatan jantung.
  • Selenium: Bertindak sebagai antioksidan.
  • Zink: Penting untuk penyembuhan luka dan fungsi imun.

Menurut kajian, telur ayam kampung mengandungi lebih banyak omega-3 dan vitamin D berbanding telur ayam biasa.

Perbezaan Telur Ayam Kampung Dengan Ayam Biasa

1. Nutrisi

Telur ayam kampung kaya dengan vitamin D, omega-3, dan antioksidan yang lebih tinggi.

2. Pemeliharaan ayam

Ayam kampung biasanya dibiarkan bebas mencari makanan sendiri, manakala ayam biasa diberi makanan komersial.

3. Rasa

Telur ayam kampung sering dianggap lebih sedap dan mempunyai kuning telur yang lebih pekat.

4. Harga

Telur ayam kampung lebih mahal kerana kos pemeliharaan yang lebih tinggi.

Telur ayam kampung sememangnya menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Namun, apa jua jenis telur yang anda pilih, pengambilan dalam jumlah sederhana adalah kunci untuk diet yang sihat.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Jangan lupa, kualiti pemakanan anda bergantung kepada cara memasaknya juga!

Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kebaikan Minyak Ikan Untuk Kanak-Kanak & Wanita, Nutrisi, Risiko Dan Cara Pengambilan Yang Betul

Baca juga: 10 Manfaat Telur Rebus Untuk Ibu Mengandung, Kaya Asid Folik & Sumber Vitamin D

Baca juga: 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Kerap Beri Bayi Sayur Brokoli Berbanding Sayur Lain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Adakah Telur Ayam Kampung Lebih Baik? Ini 10 Manfaat Untuk Kesihatan Lelaki Dan Wanita
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham