X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Gagal Dihubungi Ketika Bapa Nazak Tengah Malam, Lelaki Menyesal Silent Telefon Ketika Tidur!

19 Aug, 2021
Gagal Dihubungi Ketika Bapa Nazak Tengah Malam, Lelaki Menyesal Silent Telefon Ketika Tidur!Gagal Dihubungi Ketika Bapa Nazak Tengah Malam, Lelaki Menyesal Silent Telefon Ketika Tidur!

Lelaki ini menyesal tak sudah bila dia dihubungi ketika bapanya sedang nazak kerana meletakkan telefon dalam mode silent ketika tidur.

Meletakkan telefon bimbit dalam mode senyap atau silent mode memang menjadi kebiasaan sesetengah individu kerana tidak mahu terganggu dengan bunyi telefon ketika tidur jika dihubungi sesiapa saja.

Bagaimanapun, tabiat itu menjadi penyesalan tidak berkesudahan kepada seorang individu kerana dia tidak dapat menjawab ‘panggilan terakhir’ daripada bapanya.

Menyesal tak sudah kerana dia hanya dapat tahu ayahnya meninggal dunia apabila beliau bangun daripada tidur pada keesokan harinya.

Menyesal silent telefon ketika tidur, gagal dihubungi ketika ayah nazak

dihubungi

kredit: upphone

Tanpa mengetahui malam itu dia bakal menerima panggilan terakhir daripada ayahnya. lelaki ini meletakkan telefonnya dalam mod senyap ketika waktu tidur.

Bangun keesokan paginya, beliau terkejut kerana menerima banyak missed call dan ucapan takziah daripada ahli keluarga. Rupa-rupanya ayahnya sudah meninggal dunia malam tadi!

Apa yang membuatkan beliau menyesal adalah panggilan terakhir daripada nombor telefon bimbit bapanya tidak beliau jawah malah panggilan video daripada ibunya juga tidak berjawab.

Sedihnya lelaki ini kerana dia tidak dapat jawab panggilan ‘terakhir’ bapanya. Kalaulah dia tahu itu adalah yang terkahir pasti dia tidak akan letakkan telefon bimbitnya dalam mode senyap.

Apa pun kita doakan lelaki ini terus bersabar dengan dugaan yang menimpanya dan keluarganya bersabar dengan kehilangan besar ini. 

Cara lain jika tidak mahu tidur terganggu

Sebenarnya tindakan meletakkan telefon dalam mod senyap adalah perkara biasa dan biasa dilakukan sesiapa saja. Ketika tidur, ada yang langsung tidak boleh terganggu dengan bunyi-bunyian yang akan menyebabkan mereka mudah terjaga dan sukar untuk tidur semula.

Dalam keadaan yang ramai bekerja dari rumah ketika ini, kita seolah-olah fobia dengan telefon. Jika boleh waktu rehat langsung tidak mahu lihat telefon.

Malah jika boleh langsung tidak mahu diganggu dengan bunyi telefon ketika sudah tiba waktu rehat. Dengan kata lain nak lupakan terus adanya gajet itu kerana ia sebenarnya sangat-sangat menganggu kehidupan.

Jadi pada posting lelaki berkenaan, ada yang memberi tips bagaimana untuk anda pastikan tidur tidak terganggu tetapi tetapi dapat menerima panggilan atau mesej ketika telefon dalam mod aktif bunyi. 

Kami kongsikan beberapa cara yang dikongsi mereka:

#1. Tetapkan nombor favourite

dihubungi

kredit: appletoolbox

Ada phone boleh set fav. Kalau buat do not disturb orang2 fav kita still bunyi bila call. Kadang org buat silent mcm ni sbb satu fon tu semua ada. Perlu tidur cukup tanpa gangguan pun penting.

Jika telefon anda boleh ditetapkan nombor favourite mungkin anda boleh cuba cara ini. Jika tidak mahu tidur diganggu, tetapkan mod do not disturb jadi telefon hanya akan berbunyi apabila menerima panggilan daripada nombor yang ditetapkan sebagai favourite.

#2. Off data

dihubungi

kredit: android-police

Off data sahaja. Tak pernah silent. Malah volume dinaikkan lagi. Sbb terfikir, kalau emergency atau ada hal penting tgh2 malam… Org akan call. Takde nak whatsapp bagai.

Anda boleh juga off data. Jadi whatsapp atau sebarang perkara berkaitan yang menggunakan internet tidak akan masuk. Tetapi panggilan dan mesej tetap boleh masuk.

Jika ada kecemasan jarang orang whatsapp. Mereka selalunya akan membuat panggilan, jadi jika off data anda masih boleh menerima panggilan. 

Buat alternatif jika keluarga gagal hubungi

Sebab itu penting untuk anda ada plan B. Contohnya jika anda adalah pasangan suami isteri jarak jauh, jadi jika sesuatu kecemasan berlaku dan anda pula tidak angkat telefon parah jadinya.

Stories Rakan Kongsi
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
Perfect protection for your phone
Perfect protection for your phone
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes

Disebabkan itu pentingnya hubungan baik dengan jiran. Jadi anda boleh kongsikan nombor telefon jiran kepada keluarga terdekat. Sekiranya anda tidak boleh dihubungi mungkin keluarga boleh cuba hubungi jiran.

Selain itu, boleh juga berikan kepada keluarga nombor telefon rakan sekerja anda. Sekiranya sesuatu berlaku, mereka ada alternatif untuk menghubungi rakan sekerja anda.

Mungkin ketika tidak memerlukan perkara ini nampak remeh, tetapi sebenarnya ia sangat penting jika berlaku sebarang kecemasan dan sebagainya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

kredit foto: mxlvsn

Baca juga: 6 Gaya Tidur Menggambarkan Personaliti Unik – Anda Yang Mana Satu?

Baca juga: 10 Rahsia Gaya Tidur Dengan Pasangan Yang Menceritakan Situasi Perkahwinan Anda

Baca juga: Gaya Tidur Bayi Anda – Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Gagal Dihubungi Ketika Bapa Nazak Tengah Malam, Lelaki Menyesal Silent Telefon Ketika Tidur!
Kongsikan:
  • Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

    Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

  • ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

    ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

  • ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

    ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

app info
get app banner
  • Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

    Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang

  • ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

    ''Alah Cium Sikit Je,'' Ibu Terkilan Tetamu Datang & Cium Bayi Jadi Punca Jangkitan Kuman

  • ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

    ''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.