X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Derita Penyakit Distrofi Otot, Ibu Dengan Berat 20kg Ini Tetap Berjuang Melahirkan Anak

4 min bacaan
Derita Penyakit Distrofi Otot, Ibu Dengan Berat 20kg Ini Tetap Berjuang Melahirkan Anak

Distrofi otot adalah penyakit membuatkan otot menjadi lemah dan kurang fleksibel. Siapa sangka seorang ibu menghidap masalah ini berjaya melahirkan bayi

Ramai bakal ibu takut untuk melahirkan anak, lebih-lebih lagi selepas mendengar bermacam-macam cerita orang. Tapi, kisah ibu yang menghidap distrofi otot ini pasti akan memberi inspirasi kepada anda.

Meskipun seluruh tubuh hampir hilang upaya, namun ibu berani ini nekad untuk berjuang dan melahirkan anak dalam kandungannya. 

Pengorbanan ibu yang menghidap penyakit Distrofi Otot

penyakit otot

credit to sources

Kami tak tahu nama ibu ini, tapi untuk memudahkan cerita ini, kami menamakannya “Angel”. Dilaporkan, berat badan Angel hanya lebih kurang 20kg walaupun ketika dia mengandung.

Dia berjuang antara hidup dan mati untuk melihat anaknya yang dia namakan “Miracle”.

Angel mengalami distrofi otot, satu keadaan di mana otot-otot yang mengawal pergerakan perlahan-lahan menjadi lemah. Ini juga penyebab mengapa berat badan Angel rendah.

Selain ini, Angel juga didiagnos dengan hiperekstensi servikal semasa dia mengandung anak keduanya. Ini membuatkan kehamilan adalah sangat bahaya untuknya.

Walau bagaimanapun, Angel tetap membuat keputusan untuk meneruskannya.

Pada satu peringkat dalam kehamilannya, keadaan Angel semakin teruk sehingga rawatan tak mampu membantunya. Dia tak boleh bercakap.

Apa yang dia boleh lakukan hanya merenung ke udara sambil mesin oksigen membantunya untuk bernafas.

distrofi otot, melahirkan bayi, melahirkan anak, kisah ibu bersalin, masa bersalin, berat badan kurang

Apabila kandungan Angel mencecah 32 minggu, doktor membuat keputusan untuk membawa Miracle ke dunia.

Ditingkalkan suami setelah disahkan Distrofi Otot

Selain menderita dengan penyakitnya, suami Angel juga telah meninggalkannya. Menurut ibu Angel, suaminya berhenti ambil tahu pasal Angel selepas mengetahui tentang keadaannya.

Bukan itu saja, dia juga telah membawa anak pertama mereka ke rumah ibunya dan hidup seperti isterinya itu tak pernah wujud.

Miracle berjaya dilahirkan dengan berat sebanyak 1.8kg. Kelahiran Miracle yang sememangnya ajaib ini bukan sesuatu yang dijangka.

“Anak saya berjuang antara hidup dan mati untuk menyelamatkan nyawa Miracle. Semasa menjaganya di hospital, saya berdoa sesuatu yang baik akan berlaku pada anak saya dan bayinya. Doa saya dah dimakbulkan, syukur,” kata ibu Angel ini. Kasih sayang untuk anaknya adalah segalanya. Walaupun berjuang untuk hidup, dia berkeras untuk melihat anaknya hidup. Sekarang, saya berharap dia akan sembuh dan terus kuat untuk menjaga Miracle dengan sendiri. Menantu saya yang kejam tak kisahkan mereka dan tak pernah melawatnya di hospital. Saya dah cuba hubunginya beberapa kali, tapi tak ada jawapan.”

Setelah selamat bersalin, Angel masih di hospital. Kami mengharapkan yang terbaik untuk ibu dan anak ini.

Apa itu Distrofi Otot dan bagaimana ia memberi kesan kepada kandungan?

pengorbanan ibu

credit to sources

Distrofi otot atau MD adalah terma besar untuk penyakit genetik yang mempunyai lebih 30 variasi. Penyakit ini menyebabkan otot menjadi lemah. Penyakit ini juga dapat menyebabkan pemendekan tendon dan otot.

MD dirawat dengan memfokuskan kepada simptom dan mengurangkannya dengan steroid, terapi fizikal, mesin pernafasan atau pembedahan.

Keseriusan penyakit ini bergantung kepada variasi apa yang dihidapi pesakit dan kecepatan penyakit ini melemahkan otot.

Ibu mengandung yang menghidapi MD mungkin mengalami beberapa isu tambahan, termasuk:

  • mempunyai risiko tinggi anak yang dilahirkan juga akan dijangkiti MD. Bayi yang belum dilahirkan boleh diperiksa untuk MD semasa di dalam rahim supaya penyakit ini boleh ditangani dengan baik selepas dilahirkan.
  • sakit otot pada bahagian perut, belakang dan uterus adalah bahagian kritikal semasa bersalin. Ibu mengandung yang mempunyai MD juga mungkin perlu memilih untuk melakukan czer semasa bersalin.
  • mempunyai masalah pada otot jantung. Oleh itu, pakar menasihatkan untuk elak dari mengandung.

Tak kira variasi mana yang anda hadapi, anda memerlukan pakar perubatan yang boleh merawat penyakit ini, lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung semasa mereka melahirkan anak – supaya ibu dan anak boleh menerima rawatan yang terbaik.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:  Beberapa Jam Selepas Melahirkan Bayi Kembar, Ibu Berpenyakit Kanser Serviks Meninggal Dunia

Baca juga: Peritnya, Ibu Ini Di ‘Induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada

Baca juga: Wow, Lihatlah Perjuangan Ibu Ini Melahirkan Bayi ‘Raksasa’ Secara Normal!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Derita Penyakit Distrofi Otot, Ibu Dengan Berat 20kg Ini Tetap Berjuang Melahirkan Anak
Kongsikan:
  • 4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

    4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

  • Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

    Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

    4 Punca Kenapa Anda Gagal Menurunkan Berat Badan

  • Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

    Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.