Mencukur rambut bayi merupakah salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh syarak. Bagi ibu ayah yang baru sahaja menimang cahaya mata, ada beberapa doa cukur rambut bayi yang boleh anda amalkan.
Doa Cukur Rambut Bayi
Mencukur rambut bayi memerlukan beberapa tatacara. Selain doa sebelum mencukur rambut bayi, anda juga perlu mengetahui doa selepas mencukur rambut bayi. Berikut adalah doa cukur rambu bayi baru lahir:
1. Doa Sebelum Mencukur Rambut Bayi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَللهم نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَنُوْرُالشَّمْسِ وَالْقَمَرِ اللهم سِرُّ اللهِ نُوْرُ النُّبُوَّةِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillhi robbil ‘alamin. Allahumma nurus samawati wa nurusy syamsyi wal qamari. Allahumma sirrullahi nurun nubuwwati rosulullahi shollallahu ‘alaihi wa sallama wal hamdu lillahi robbil ‘alamina.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, cahaya langit, matahari dan bulan. Ya Allah, rahsia Allah, cahaya kenabian Rasulullah SAW, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
2. Doa Selepas Mencukur Rambut Bayi
للَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Allâhumma innî u’îdzuhâ bika wa dzurriyyatahâ minasy syaithânir rajîm
Maksudnya:“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan untuk dia dan keluarganya dari syaitan yang terkutuk.”
Adakah Wajib Cukur Rambut Bayi?
Dari sudut pandangan Islam, mencukur seluruh rambut bayi yang baru dilahirkan sangat dianjurkan dan dianggap sebagai satu amalan sunnah.
Selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak, mencukur rambut bayi dikategorikan sebagai sunat muakkad, iaitu amalan yang sangat digalakkan tetapi tidak wajib.
Waktu Afdal Cukur Rambut
Dari Samurah bin Jundub, beliau berkata:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya, digundul rambutnya dan diberi nama.” (HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah nol. 3165, Ahmad 5/12. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Cara Cukur Rambut Bayi
1. Mulakan dengan membaca doa
Sebelum mencukur rambut bayi, disarankan untuk membaca doa terlebih dahulu agar proses berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah SWT.
2. Pastikan bayi dalam keadaan tidur
Bayi yang sedang tidur akan lebih tenang dan tidak meragam, menjadikan proses mencukur rambut lebih mudah dan selamat.
3. Dukung bayi dengan sokongan kepala yang lembut
Letakkan bayi dalam anduh atau dukungan dan pastikan kepala bayi disokong menggunakan tangan anda bersama tuala lembut untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
4. Basahkan rambut bayi
Rambut bayi perlu dibasahkan terlebih dahulu bagi memudahkan proses mencukur dan mengelakkan pisau mencederakan kulit kepala yang sensitif.
5. Cukur rambut yang panjang dahulu
Mulakan dengan mencukur bahagian rambut yang paling panjang untuk memudahkan proses seterusnya dan memberikan panduan yang lebih jelas.
6. Basahkan semula dan gunakan pisau cukur
Selepas memendekkan rambut, basahkan kepala bayi semula dengan air suam dan gunakan pisau cukur dengan berhati-hati untuk mencukur rambut pendek yang masih berbaki.
7. Gerakkan pisau cukur secara menegak dan lembut
Elakkan menekan pisau terlalu kuat. Lakukan gerakan secara menegak dan perlahan untuk mengelakkan luka pada kulit kepala bayi.
8. Rawat jika berlaku luka
Jika kulit bayi luka semasa proses mencukur, bertenang dan sapukan ubat antiseptik dengan segera untuk mencegah jangkitan.
9. Baca doa selepas mencukurSebagai penutup, bacakan doa perlindungan sambil meniup ubun-ubun kepala bayi bagi memohon perlindungan Allah ke atas si kecil daripada gangguan syaitan.
Hikmah Cukur Rambut Bayi
1. Membuang kekotoran
Pada mata kasar, rambut bayi yang sudah dibersihkan dengan syampu bersih. Bagaimanapun ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut yang mungkin tidak kita perasan dengan pandangan mata kasar. Apatah lagi ia berada lama di dalam rahim ibu. Proses kelahiran itu juga dengan sendirinya menjadikan rambut berkenaan kurang bersih.
Biar tak mudah terkena radang
Botak memudahkan ibu untuk mengamati, kalau-kalau ada sesuatu yang tak diharapkan, seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya. Cukur rambut menjadi sesuatu yang digalakkan. Bila sudah terjadi jangkitan, misalnya bisul di kepalanya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan lebih lanjut dan mempermudah perubatan, sebaiknya kepala anak dalam keadaan ‘bersih’.
2. ‘Menyejukkan’ kepala
Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepalanya, dari segi logik ia nampak jelas. Tetapi menurut sains, bayi-bayi kebetulan tinggal di daerah panas atau suhu udara pada bahagian itu, pasti akan merasa lebih nyaman dengan kepala botak. Kasihan juga bagi bayi yang mempunyai rambut lebat, bila berpeluh, keadaan menjadi bagaikan basah kuyup.
3. Rambut baru akan tumbuh
Ramai yang ‘sayang’ kepada rambut bayi yang lembut dan halus. Malah ramai yang percaya rambut cantik itu akan hilang begitu saja sekiranya di cukur. Sekiranya diamati, memang tiada perkara di dunia ini yang kekal. Bagaimanapun rambut baru itu tidak mungkin sama rupa dengan asal, kerana ia mempengaruhi genetik ibu bapa. Mungkin kerinting, perang dan sebagainya.
Larangan Ketika Mencukur Rambut Bayi
Dalam ajaran Islam terdapat larangan mencukur sebahagian rambut bayi dan membiarkan sebahagian yang lain tidak dicukur. Perbuatan ini dikenali sebagai ‘qoza’ dalam istilah agama. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Umar RA berkata:
“Nabi SAW melarang perbuatan qoza’. Aku (Umar bin Nafi’) bertanya kepada Nafi’, ‘Apakah itu qoza’?’ Lalu Nafi’ menjawab, ‘Qoza’ ialah mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan membiarkan bahagian lainnya tidak dicukur.’” (HR Muslim)
Menurut pandangan jumhur ulama, perbuatan qoza’ ini adalah makruh, terutamanya apabila rambut dicukur secara tidak seimbang, contohnya hanya di bahagian depan dan belakang manakala sisi kepala dibiarkan berambut.
Perkara Sunat Mencukur Rambut Bayi
1. Disunnahkan Pada Hari Ketujuh Bayi Dilahirkan
Mencukur rambut bayi disunnahkan untuk dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan.
2. Cukur Sehingga Botak
Sunat dicukur kepala bayi lelaki atau perempuan kerana hikmah perintah bercukur ini adalah supaya bersih bayi dari kotoran. Inilah maksud sabda Rasulullah saw :
وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى
Ertinya : “dan buanglah daripadanya kotoran.”
3. Sedekahkan Perak Seberat Rambut Yang Dipotong
Ali bin Abi Thalib berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengakikahi Hasan dengan seekor kambing. Kemudian beliau bersabda, ‘Wahai Fatimah, gundullah rambutnya lalu sedekahkanlah perak seberat rambutnya.’ Ali berkata, ‘Aku kemudian menimbang rambutnya, dan beratnya sekadar uang satu dirham atau sebagiannya.’” (HR. Tirmidzi no. 1519)
Jadi, ibu bapa di luar sana yang sedang menunggu kelahiran anak anda, take note dengan perkara ini. Pastikan anda memahami tatacara menjalankan ibadah ini dan mengetahui doa-doa yang perlu dibaca.
Jika anda ragu-ragu dengan kebolehan anda, minta bantuan daripada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, bagi memudahkan anda, lakukan cukur rambut bayi ketika anda menjalankan ibadah akikah untuk anak anda.
Semoga bermanfaat!
Penulis asal Titin Hatma. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Apa Yang Bayi 3 Bulan Sudah Pandai Lakukan, Dah Mampu Mengangkat Kepala & Cuba Bergolek
Baca juga: Bayi Menangis Malam Sebab Apa Sebenarnya? Ini Punca Dan Cara Yang Efektif Ibu Ayah Boleh Cuba Untuk Tenangkan Anak
Baca juga: Cara Sendawakan Bayi Ketika Tidur Atau Susah Sendawa, Elak Jeluak Susu & Kembung Perut
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!