X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Lembutkan Hati Suami & Doa Pengasih (Doa Untuk Suami Agar Setia & Bertanggungjawab)

7 min bacaan
Doa Lembutkan Hati Suami & Doa Pengasih (Doa Untuk Suami Agar Setia & Bertanggungjawab)

Doa lembutkan hati suami dan doa untuk suami yang baik boleh diamalkan selalu agar rumah tangga sentiasa bahagia meskipun berdepan ujian

Dalam setiap pernikahan, hubungan suami isteri memerlukan sentuhan kasih sayang dan persefahaman. Terkadang, ada waktu-waktu sulit di mana hubungan mungkin menjadi tegang dan dingin. Daripada bergaduh, sebaiknya amalkan doa lembutkan hati suami dan pasangan.

Salah satu cara untuk meredakan dan menyentuh hati suami adalah melalui doa. Doa lembutkan hati suami bukan hanya merupakan bentuk komunikasi dengan Allah, tetapi juga merupakan cara untuk menenangkan hati dan menciptakan kedamaian dalam rumah tangga.

▲▼Isi Kandungan

  • Doa Lembutkan Hati Suami
  • Ayat Pengasih Untuk Pasangan 

Doa Lembutkan Hati Suami

Bercakap tentang cara untuk memikat hati suami, ia memerlukan usaha yang berterusan. Kadang-kadang, isteri merasakan bahawa mereka telah melakukan segala-galanya dengan baik untuk memenuhi keperluan suami mereka, dan  berharap untuk dihargai atas pengorbanan ini.

Namun, suami mungkin melihatnya sebagai tugas rutin isteri yang tidak sepatutnya memerlukan balasan atau perhatian khusus.

Jika anda mempunyai suami yang kurang empati atau sukar untuk menghargai anda, maka usaha tambahan diperlukan untuk mengekalkan kasih sayang dan kesetiaan.

Mengharungi rumah tangga pada akhir zaman ini banyak ujiannya. Kebelakangan ini juga banyak kisah rumah tangga melibatkan suami curang, suami poligami tanpa pengetahuan isteri atau suami bertanggungjawab hingga menimbulkan kegusaran di hati para isteri.

Bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku dalam rumah tangga, anda amalkan beberapa doa lembut hati suami agar Allah melindungi mereka daripada melakukan perkara yang boleh membawa masalah dalam hubungan.

#1. Doa Untuk Suami: Surah Yasin ayat 36

Surah Yasin dikatakan jantung al-Quran, justeru umat Islam disarankan membaca surah berkenaan setiap hari. Begitu pun, memandangkan gaya hidup masyarakat yang sangat sibuk pada hari ini, mungkin agak sukar untuk meluangkan masa membaca keseluruhan Surah Yasin setiap hari.

Apa yang boleh anda lakukan adalah membaca ayat ke-36 dalam surah terbabit dan niatkan untuk mengikat kasih sayang antara anda dengan suami. Baca sekali sehari sudah memadai, jadikan sebagai amalan harian.

doa lembut hati suami, doa lembutkan hati suami, doa untuk suami, ya latif, doa lembut hati, ayat pengasih

Doa lembutkan hati suami dalam Rumi:  Subhaanalladzii khalaqa lazwaaja kullahaa mimmaa tunbitul ardhu wamin anfusihim wamimmaa laa ya’lamuun

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

Baca Juga: Surah Yasin: Arab, Rumi & Maksudnya

#2. Surah Thaha ayat 1-5

Tidak hanya menjadi doa lembutkan hati suami, ia juga boleh dibaca pada anak-anak agar mudah dengar kata orang tua.

doa lembut hati suami, doa lembutkan hati suami, doa untuk suami, ya latif, doa lembut hati, ayat pengasih

Doa untuk suami dalam Rumi: Taa Haa. Ma Anzalna ‘Alaikal-qur’ana Litasyqa. Illa Tazkiratal Limay Yakhsya. Tanzilam Mim Man Khalaqal-arda Was-samawatil-‘ula. Ar-rahmanu ‘Alal-‘arsyistawa.

Maksudnya:

Taha (Hai manusia). Tiada kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy

#3. Doa agar suami tidak berlaku curang: Surah Yusuf Ayat 4

Ketika suami sedang tidur atau suami sedang beristirehat, pujilah suami anda. Usap dan belailah rambut atau wajahnya sambil membaca Surah Yusuf Ayat ke-4. Ambil ayat yang pengakhiran sahaja.

Kalau boleh hembus terus doa lembutkan hati suami ini terus pada mukanya.

doa lembut hati suami, doa lembutkan hati suami, doa untuk suami, ya latif, doa lembut hati, ayat pengasih

Rumi : Inni ro aitu ahada ‘asharo kaukaban wash-shamsa walqomaro ro-aituhum lisajidin

Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

#4. Doa Untuk Suami: Surah Al-Hujurat ayat 13

Doa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah ayat ke-13 dalam surah al-Hujurat. Amalkan membaca ayat ini setiap hari dengan berniat supaya ikatan kasih sayang antara anda dengan suami berkekalan sampai bila-bila.

doa lembut hati suami, doa lembutkan hati suami, doa untuk suami, ya latif, doa lembut hati, ayat pengasih

Doa untuk suami dalam rumi: Yaa ayyuhaa alnnaasu innaa khalaqnaakum min dzakarin wauntsaa waja’alnaakum syu’uuban waqabaa-ila lita’aarafuu inna akramakum ‘inda allaahi atqaakum inna allaaha ‘aliimun khabiirun

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

#5. Doa Lembut Hati Pasangan: Surah asy-Syura ayat 19

doa lembut hati suami, doa lembutkan hati suami, doa untuk suami, ya latif, doa lembut hati, ayat pengasih

Doa lembut hati pasangan dalam rumi: Allahu Latifum Bi’ibadihi Yarzuqu May Yasya’, Wa Huwal-qawiyyul-‘aziz

Maksudnya: Allah itu lemah lembut terhadap hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dia Maha Gagah lagi Maha Berkuasa.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

#6. Doa Dan Ayat Pengasih Suami Isteri: Surah Al Imran Ayat 200

Doa lembutkan hati suami ini boleh dibaca setiap kali selesai solat fardu.

doa lembut hati suami, doa lembutkan hati suami, doa untuk suami, ya latif, doa lembut hati, ayat pengasih

Rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

#7. Doa Untuk Suami: Surah Al Imran ayat 31

Antara panduan melembutkan hati pasangan adalah dengan menawarkan diri mengurut suami. Jika anda menawarkan untuk memberikan urutan pada tengkuk, leher, belakang badan atau lain-lain, pasti suami tidak akan menolak.

Ketika itu, bacalah Surah Ali Imran ayat ke-31 ini:

doa lembut hati suami, doa lembutkan hati suami, doa untuk suami, ya latif, doa lembut hati, ayat pengasih

Doa untuk lembutkan hati suami dalam bahasa rumi: Qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Baca ayat ini sambil mengurut suami. Insya-Allah hati suami akan lembut dan bertambah kasih sayangnya kepada anda. Bagaimanapun, penulis yakin jika anda tidak membacakan ayat ini kepada suami, dia pasti menyayangi anda jika setiap hari anda menawarkan untuk mengurutnya.

#8. Zikir Ya Latif

Latif bermaksud lembut. Apabila anda mengamalkan zikir Ya Latif, maksudnya anda mendoakan agar suami menjadi lembut hatinya dan menyayangi anda tanpa berbelah bahagi, tidak mudah marah dan mengurangkan masalah dalam rumah tangga.

Anda boleh amalkan membaca zikir Ya Latif sekerap yang mungkin setiap hari.

Doa Lembutkan Hati Suami & Doa Pengasih (Doa Untuk Suami Agar Setia & Bertanggungjawab)

Panduan istimewa untuk anda, baca zikir Ya Latif ini ketika membasuh beras yang dimasak untuk ahli keluarga tersayang.

Sebut Ya Latif sambil berniat dalam hati mohon Allah lembutkan hati suami. Sekiranya anak-anak anda selalu bergaduh atau tidak mendengar cakap, boleh juga niat sekali untuk anak.

Zikir Ya Latif dalam bahasa rumi: Ya Latiffu Ya Kahfi Ya hafizu Ya Syafi Allah Ya Latifu Ya Kahfi Ya Hafizu Ya Syafi Allah Ya Latifu Ya Wafi Ya Karimu Anta Allah

Ayat Pengasih Untuk Pasangan 

Ayat pengasih merupakan kepercayaan bagi sesetengah orang yang mengamalkannya bertujuan untuk sebab-sebab tertentu yang selalunya dikaitkan dengan perkara tidak baik.

Namun tidak semua kepercayaan ini dikategorikan tidak baik kerana ianya ada juga dikaitkan dengan ayat diambil daripada Al-quran yang merupakan kitab turun-temurun bagi orang islam.

Bagi kepercayaan karut pula banyak diamalkan ayat yang songsang daripada ajaran Islam iaitu dengan memuja syaitan dan jin yang boleh menyesatkan. kerana ayat yang diamalkan adalah dilarang sekali didalam agama islam

Auf bin Malik berkata: Kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa pendapat tuan tentang perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan padaku mentera kamu itu. (Kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat).

Baginda menjawab: Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik. Rasulullah saw juga membenarkan seorang sahabat yang berdoa bukan dari sumber al Quran, asalkan kalimatnya tidak bercanggah dengan syara’.

Berdasarkan kaedah fiqh “al aslu fi al ashya’ ibahah”, maka hukum asal sesuatu perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar syariat dilakukan. 

Terdapat beberapa batas islam yang melarang penggunaan ayat pengasih ini antaranya ialah:

  • Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi akidah Islam
  • Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara’ (Contoh- mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih didepan kubur)
  • Meminta pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya
  • Ayat pengasih yang tidak ditulis di atas kertas & perlu di bawa kemana mana oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang padanya- Ia seolah olah tangkal.
  • Tidak menyeru atau memuja kalimah atau nama-nama yang tidak difahami maknanya, yang terdiri daripada nama iblis dan syaitan atau sembahan orang kafir.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Xtra, Wikipedia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Penyakit Ain, Ini Panduan Doa Penyakit Ain Dan Rawatannya

Baca juga:  6 Doa Banjir Yang Boleh Diamalkan Agar Dilindungi Dari Musibah & Banjir Segera Surut

Baca juga:  Panduan Doa Qunut Nazilah Untuk Keselamatan Umat Islam Di Palestin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Doa Lembutkan Hati Suami & Doa Pengasih (Doa Untuk Suami Agar Setia & Bertanggungjawab)
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham