Bukan mudah untuk melalui setiap fasa dan trimester kehamilan. Pastinya akan ada sahaja ujian untuk ibu hamil sehingga secara tidak langsung kesan ibu mengandung stress.
Kehamilan merupakan saat indah bagi wanita bergelar isteri. Biasanya ia menjadi waktu anda mendapat perhatian daripada keluarga, terutamanya suami.
Isi Kandungan
Kesan ibu mengandung stress
March of Dimes mengatakan emosi ibu hamil boleh menyebabkan stress ketika mengandung. Ia adalah perkara biasa terjadi kerana kehamilan membawa banyak perubahan pada diri anda.
Walau bagaimanapun, tahap tekanan ketika mengandung yang tinggi dan berterusan untuk masa lama boleh menyebabkan masalah kesihatan, seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Semasa mengandung, tekanan boleh meningkatkan peluang untuk melahirkan bayi pramatang (lahir sebelum 37 minggu kehamilan) atau bayi berat lahir rendah (berat kurang daripada 5 paun, 8 auns).
Bayi yang dilahirkan terlalu awal atau terlalu kecil berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.
Punca stress ketika mengandung
Punca stress ketika mengandung adalah berbeza bagi setiap wanita, tetapi biasanya ia terjadi disebabkan oleh:
- Ketidakselesaan kehamilan, seperti mual pagi, sembelit, letih atau sakit pinggang.
- Perubahan dalam hormon anda, yang boleh menyebabkan emosi ibu mengandung berubah. Perubahan mood boleh menyukarkan anda mengendalikan tekanan.
- Berasa bimbang tentang apa yang diharapkan semasa bersalin dan kelahiran atau cara menjaga bayi anda. Jika anda bekerja, anda mungkin perlu menguruskan tugasan kerja dan menyediakan pasukan anda apabila anda mengambil cuti bersalin.
- Masalah dengan pasangan atau keluarga.
- Merasakan seolah-olah anda tidak mendapat sokongan yang mencukupi.
Jenis stress ketika mengandung
Ada beberapa jenis stress yang dialami oleh ibu mengandung iaitu:
- Peristiwa kehidupan negatif. Ini adalah perkara seperti perceraian, penyakit serius atau kematian dalam keluarga, atau kehilangan pekerjaan atau rumah.
- Peristiwa malapetaka. Ini termasuk gempa bumi, taufan atau serangan pengganas.
- Tekanan berpanjangan. Stress ketika mengandung jenis ini, juga dipanggil tekanan kronik, boleh disebabkan oleh masalah kewangan, mempunyai pasangan bermasalah, hidup dalam persekitaran yang tidak selamat atau tidak stabil dan mempunyai masalah kesihatan yang serius.
- Kemurungan. Ia adalah keadaan perubatan yang menyebabkan perasaan sedih dan hilang minat terhadap perkara yang anda suka lakukan.
- Kebimbangan. Perasaan bimbang atau takut terhadap perkara yang mungkin berlaku. Kedua-dua keadaan mungkin menyukarkan untuk menjaga diri dan bayi anda.
- Tekanan berkaitan kehamilan. Sesetengah ibu mungkin bimbang tentang kehilangan kehamilan, kesihatan bayi atau membayangkan proses bersalin kelak.
Kesan ibu mengandung stress
Mengikut kajian, ibu yang stress ketika mengandung akan memberi risiko pada perkembangan bayi dalam kandungan.
Antara kesan emosi dan tekanan ibu mengandung adalah:
- bayi tidak naik berat badan
- meningkatkan kelahiran pramatang juga jika bayi selamat dilahirkan mereka akan lebih cranky dan suka menangis. Seakan mereka membawa emosi ibu apabila lahir.
Sebab itu ramai mengakui bahawa fasa mengandung bukanlah perkara mudah. Antara perubahan yang dialami oleh kebanyakan ibu mengandung adalah:
- Ibu mudah rasa mual, muntah dan sakit kepala.
- Keinginan atau mengidam pelbagai makanan. Bahkan makanan yang tidak disukai sebelum mengandung.
- Apabila sesuatu perkara tidak dapat dipenuhi oleh suami, emosi ibu hamil akan terganggu. Mereka akan rasa sangat kecewa dan bersedih.
- Ibu hamil juga mudah berasa sunyi, sedih, menangis dan kadang-kadang mudah naik angin walaupun hanya melibatkan perkara kecil.
Gangguan emosi ibu mengandung
Ibu mengandung akan mudah beremosi walaupun terhadap perkara yang kecil dan remeh temeh.
Secara umumnya, perasaan marah dan kecewa yang menyerang ibu hamil disebabkan dua faktor. Pertama kerana perubahan hormon. Kedua kerana perubahan pada seluruh bahagian tubuh badan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan hilang keyakinan.
Namun begitu, emosi ibu mengandung harus dibendung supaya perkembangan bayi dalam kandungan tetap berada dalam keadaan yang baik dan sihat.
Berikut merupakan punca lain yang membuatkan emosi ibu mengandung sering terganggu:
#1. Penat
Ibu mengandung harus sesuaikan diri dengan kondisi tubuh baru.
Ketika trimester pertama, ibu hamil akan melalui fasa tak cukup tidur hingga rasa penat dan kurang bersemangat pada keesokannya. Ia juga berlaku apabila ibu kekurangan vitamin E atau sumber tenaga lain.
#2. Kurang selesa
Ibu hamil akan merasakan gejala mual dan muntah (morning sickness) di pagi hari setelah bangun tidur.
Bukan itu sahaja, ibu hamil juga akan mengalami sembelit, sakit kepala dan sengal pada bahagian punggung. Disebabkan itu, emosi ibu mengandung sering terganggu bila keadaan jadi kurang selesa.
Sebaiknya, suami dan keluarga memberikan dorongan supaya emosi ibu mengandung sentiasa dalam keadaan baik dan tidak terlalu ‘beremosi’. Ia mampu membawa kesan buruk pada janin dalam kandungan!
#3. Rasa bimbang dengan keselamatan kandungan
Ibu hamil sering rasa bimbang tentang keselamatan kandungan. Ia berkemungkinan disebabkan bayi semakin membesar dan ibu bimbang jika berlakunya risiko keguguran atau perkara lain.
Sedangkan tak ada tanda-tanda yang menunjukkan ke arah yang tak baik!
Kami ada senaraikan pusat kaunseling yang terbaik di sini jika ibu memerlukan khidmat mereka untuk membantu mengatasi depresi dan stress ketika hamil dan selepas bersalin.
Penjagaan awal kehamilan
Cleveland Clinic menjelaskan penjagaan awal kehamilan amat penting. Trimester pertama bermula sebelum anda hamil.
Ia bermula pada hari pertama haid terakhir anda dan berlangsung sehingga minggu ke-13 kehamilan. Trimester pertama sangat penting kerana kebanyakan organ dan sistem badan utama janin sedang berkembang.
Toksin, bahan berbahaya dan jangkitan boleh menganggu perkembangan janin dengan teruk pada masa ini. Ia boleh meningkatkan risiko bayi anda dilahirkan dengan gangguan kongenital.
Kekal sihat adalah penting sepanjang ketiga-tiga trimester kehamilan. Berikut ialah beberapa cara penjagaan awal kehamilan semasa 13 minggu pertama kehamilan:
- Sentiasa kekal aktif. Dengarkan badan anda dan berhenti berehat jika merasakan sebarang ketidakselesaan semasa bersenam. Anda mungkin perlu mengubah suai rutin senaman anda semasa mengandung.
- Ambil vitamin pranatal yang mengandungi asid folik.
- Makan pelbagai makanan sihat termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging, telur dan bijirin penuh.
- Banyakkan berehat.
- Minum banyak air.
- Hadiri setiap janji temu pranatal anda.
Terasa hati dengan suami semasa mengandung
Tommy’s Pregnancy Hub mengatakan hubungan yang positif boleh membuatkan anda berasa disayangi dan disokong, serta lebih mampu menangani stress ketika mengandung.
Namun hubungan yang tidak baik boleh menyebabkan anda berasa buruk tentang diri sendiri, atau menyebabkan kebimbangan atau kemurungan.
Pasangan bakal menjadi ibu ayah
Adalah perkara biasa bagi pasangan untuk bertengkar, walaupun anda berada dalam hubungan yang sihat. Kadang-kadang ini tiada kaitan dengan kehamilan.
Terdapat beberapa sebab mengapa ramai isteri terasa hati dengan suami semasa mengandung. Ini termasuklah:
- Anda merasakan pasangan kurang berminat dengan kehamilan berbanding anda
- Bayi itu tidak kelihatan nyata kepada anda atau pasangan anda
- Anda rasa pasangan terlalu melindungi anda
- Anda berdua berdepan masalah kewangan
- Hanya satu pihak sahaja yang inginkan hubungan seks
- Ibu hamil berasa sakit, letih dan murung
- Anda berdua berdebar dan rasa takut menjadi ibu bapa
- Ibu mengandung risau tubuh badan berubah menjadi tidak menarik
Cara berdepan bila terasa hati dengan suami semasa mengandung
- berbual secara terbuka dan jujur tentang perasaan anda berdua. Bergilir-gilir untuk mendengar antara satu sama lain
- cuba untuk tidak menuduh atau terlalu negatif, sebaliknya fikirkan perkara praktikal yang boleh anda berdua lakukan untuk menjadikan keadaan lebih baik
- cuba memahami perkara dari sudut pandangan pasangan dan juga anda sendiri
- buat rancangan kesejahteraan untuk memahami perasaan anda dan membantu anda membincangkannya dengan pasangan anda.
- Bercakap tentang perasaan anda tidak akan selalu menghalang anda bertengkar. Tetapi ia mungkin membuatkan anda berasa lebih bersedia untuk perubahan yang akan datang dan meyakinkan anda bahawa anda berada dalam hubungan yang kuat, sihat dan penuh kasih sayang.
Tanggungjawab suami ketika isteri mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu.
Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:
- Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
- Tanggungjawab suami ketika isteri mengandung: Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
- Tanggungjawab suami: banyakkan bertaubat kepada Allah.
- Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
- Suami hendaklah banyak berpuasa sunat
- Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
- Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh
- Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
- Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
- Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan
- Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
- Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Tanda hamil seminggu
Medical News Today menjelaskan tanda hamil seminggu sering dikelirukan dengan simptom datang haid.
Tanda hamil seminggu adalah:
- loya dengan atau tanpa muntah.
- perubahan payudara termasuk kelembutan, bengkak, atau rasa kesemutan, atau urat biru yang ketara.
- kerap membuang air kecil.
- sakit kepala.
- suhu badan meningkat.
- kembung perut atau gas.
- kekejangan pelvis ringan atau ketidakselesaan tanpa pendarahan.
- keletihan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami, Tolong Faham Kalau Isteri Moody Masa Hamil, Ini Masanya Untuk Bantu Stres Mereka
Baca juga: Tips Keselamatan Buat Ibu Hamil Yang Ingin Lakukan Perjalanan Jauh, Elak Risiko Pada Kandungan
Baca juga: Mengidam Ketika Hamil Bukan Sebab Ibu Mengada-Ngada, Pakar Jelaskan Puncanyah