Ibu tahu bagaimana pergerakan janin dalam kandungan? Mari lihat video ini

Kemain lagi si kecil dalam perut ibu ini bergerak ke sana sini. Alhamdulillah bila rasai anak ibu aktif, ibu pun rasa ceria dan gembira.
Pertama kali merasai gerakan janin dalam rahim, tentu anda akan rasa teruja dan terharu. Lantas terus rasa tak sabar nak tahu baby buat apa dalam perut ibu. Namun, pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana gerakan janin berlaku?
Gerakan janin juga merupakan salah satu momen ketika hamil yang pasti akan dikenang ibu selepas bersalin. Bila bayi mula ke kiri, ke kanan atau buat tendangan halus, ibu pun terus rasa excited giler nak tengok perut.
Bahkan bila gerakan janin ini nampak okay saja, itu tanda dia sedang membesar dengan baik. Terutama bila tengah makan, rancaknya si kecil dalam perut ini menendang. Sukalah tu, dapat makan sedap-sedap, ya?
kredit: sirap limau
Bilakah ibu boleh merasa gerakan janin?
Ibu boleh menyedari gerakan janin ketika kandungan mencapai usia 18 ke 20 minggu. Tapi kalau ia merupakan kehamilan pertama, ibu akan rasa gerakan janin lambat sedikit, mungkin dalam 23 minggu.
Ada juga yang kata, kalau ibu perut nipis cepat dapat rasakan gerakan janin berbanding mereka yang perut tebal.
Bila gerakan janin sudah dapat dirasai oleh ibu, doktor akan mendengar denyutan jantung bayi dan pemeriksaan lain.
Bayi buat apa dalam kandungan?
Ibu boleh lihat dan tahu bayi buat apa dalam kandungan dengan cara melalui ultrasound scan. Dari situ ibu boleh melihat setiap gerakan baby.
Biasanya doktor akan check gerakan baby ini secara berperingkat. Ketika di trimester pertama doktor akan lakukan sebulan sekali, trimester kedua 1 kali seminggu dan trimester ketiga setiap minggu.
Tapi kalau ada masalah pada kandungan seperti uri di bawah, air ketuban kurang atau ibu ada diabetes, doktor akan buat scan dengan lebih kerap supaya anak dalam kandungan sihat dan cergas.
Berikut merupakan pergerakan janin dalam kandungan
- 7-8 minggu: Bayi mula menggeliat dan boleh buat gerakan kecil.
- 9 minggu: Bayi sudah mula boleh gerakkan kaki dan tangannya.
- 10 minggu: Bayi boleh gerakkan kepala, mengangkat kedua tangan, sentuh wajah dan membuka mulut.
- 12 minggu: Sudah boleh menguap.
- 14 minggu: Pandai menggerakkan mata kecilnya.
- 15 minggu: Sudah pandai menghisap jari-jemari halusnya. Bahkan ketika ultrasound scan, ibu boleh lihat dia cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri.
Gerakan bayi ini mula-mula memang perlahan dan halus saja. Tapi bila sudah sampai di trimester ketiga, ibu akan dapat lihat gelombang besar atas perut hehe. Aktif sungguh anak ibu ya!
Namun, jika ibu tak rasa bayi bergerak secara tiba-tiba, mungkin dia sedang tidur, kacau lah sikit dengan jentik-jentik dengan jari atau usap-usap perut, nanti anda akan rasa dia bergerak sedikit. Comel je!
Video gerakan janin
www.instagram.com/p/Bb97RpOhH-l/?utm_source=ig_embed
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu
Kalau Bayi Aktif Dalam Kandungan Itu Tanda Anak Lelaki - Betul Ke?
Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!