Gigi Bayi Belum Tumbuh Walau Anak Sudah Masuk 8 Bulan? Perlukah Ibu Risau?

Gigi bayi belum tumbuh walaupun sudah memasuki usia 8 bulan? Ibu-ibu jangan risau kerana setiap perkembangan bayi tidak sama ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi bayi anda sudah mula tumbuh atau belum, ibu-ibu? ‘Anak orang lain sudah tumbuh gigi, tapi anak saya pula usia sudah 8 bulan, satu gigi langsung tidak kelihatan! Mana pula perginya gigi bayi saya? Bayi tumbuh gigi berapa bulan sebenarnya? Berapa umur bayi tumbuh gigi?

Pernahkah dalam kalangan ibu-ibu di sini berdepan pengalaman gigi bayi belum tumbuh sedangkan yang seusia dengannya sudah ada gigi? Berdepan dengan masalah dan persoalan seperti ini pasti membuatkan ibu bimbang kenapa pertumbuhan gigi bayi anda tidak sama dengan bayi lain, kan?

Justeru perlukah ibu-ibu risau jika bayi anda mengalami perkara sedemikian? Sebenarnya adalah sangat normal apabila ibu berasa gelisah jika bayi berusia 8 bulan belum tumbuh gigi.

Normal Atau Tidak Bayi Sudah 8 Bulan, Tapi Masih Belum Tumbuh Gigi?

Ibu jangan panik kerana setiap anak memiliki fasa perkembangan dan pertumbuhan yang berbeza sekali gus ibu bapa seharusnya tidak membuat perbandingan zuriat sendiri dengan orang lain. Menurut perkongsian di Facebook, bayi berumur 8 bulan belum tumbuh gigi adalah normal, asalkan dia sudah boleh merangkak dengan aktif dan duduk sendiri.

“Ada je bayi yang berumur 8 bulan dah pandai belajar berdiri dengan cara meniti di tepi dinding sambil memegang sesuatu untuk menahan tubuhnya. Jadi usah khuatir kerana kemampuan duduk ini masih normal sehingga anak umur 9 sampai 12 bulan.

“Biasanya, gigi pertama akan mula tumbuh masa bayi berumur 6 hingga 9 bulan. Pertumbuhan gigi ini akan dimulai dari gigi depan bahagian bawah.”

”Kemudian disusuli dengan gigi depan bahagian atas. Selepas itu diikuti pula dengan pertumbuhan gigi belakang,” demikian perkongsian oleh Aizah Zarirah. 

Tips Membantu Pertumbuhan Gigi Bayi

  1. Berikan anak minum susu yang mempunyai nutrisi seimbang. Sekiranya anak minum susu badan yang tidak mencukupi, ibu boleh bagi juga bayi anda minum susu formula, atas nasihat doktor.
  2. Berikan baby mainan gigit untuk membantu merangsang pertumbuhan giginya. Ia boleh diberikan sejak umur 5 bulan dan carilah mainan gigit yang mengandungi bahan selamat.
  3. Pastikan makanan yang disediakan untuk anak mengandungi kalsium tinggi seperti ikan atau sayur-sayuran.

Tanda-tanda Pertumbuhan Gigi Si Manja

Bagaimana ibu boleh mengesan pertumbuhan gigi bayi anda? Tumbuh gigi mengambil masa kira-kira 8 hari, termasuk 4 hari sebelum dan 3 hari selepas gigi keluar melalui gusi. (Anda mungkin melihat gelembung biru-kelabu pada gusi di mana gigi hampir kelihatan. Ini dipanggil sista letusan dan biasanya akan hilang tanpa rawatan). Pada masa ini, sukar untuk memastikan kanak-kanak selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak mungkin akan menunjukkan tanda di bawah sekiranya sedang gigi sedang tumbuh:

  • Menangis kerana tidak selesa
  • Suka menggigit atau mengunyah
  • Melelehkan air liur
  • Demam (suhu badan meningkat sedikit)

Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit-birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik atau hospital dengan segera.

Petua Mengurangkan Ketidakselesaan Bayi Ketika Tumbuh Gigi 

Pertumbuhan gigi bayi turut mengundang rasa tidak selesa kepada mereka. Justeru ibu ayah boleh mengikut petua yang diberikan ini untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dialami oleh si manja:

  • Urut: Urut gusi perlahan-lahan dengan jari yang bersih atau kain lembut dan basah.
  • Cincin tumbuh gigi yang sejuk (tidak beku): Tekanan daripada objek sejuk boleh melegakan ketidakselesaan semasa tumbuh gigi. Jangan sterilkan gelang gigi plastik dalam air mendidih atau air pinggan mangkuk, melainkan ditentukan oleh pengilang. Pastikan anda menyemak maklumat produk sebelum membeli cincin tumbuh gigi. Elakkan menggunakan pelembut plastik yang dipanggil ‘diisononyl phthalate’.
  • Rusks gigi tanpa gula atau biskut tumbuh gigi tanpa gula: Ini boleh diberikan kepada bayi lebih 6 bulan yang telah mula pengambilan solid.
  • Ubat melegakan kesakitan: Paracetamol berfungsi dengan baik untuk kanak-kanak. Ibuprofen juga boleh membantu, tetapi ia tidak diterima dengan baik oleh kanak-kanak.
  • Keringkan air liur: Kulit di sekeliling mulut, terutamanya kawasan dagu, boleh menjadi jengkel. Lap perlahan-lahan dengan kain lembut sepanjang hari.

Sesetengah rawatan harus digunakan dengan berhati-hati atau tidak sama sekali. Ini termasuk:

  • Kalung tumbuh gigi (teething necklaces): Amber Teething Necklace dipercayai oleh sesetengah orang untuk mengeluarkan minyak penyembuhan apabila terkena kulit yang hangat. Minyak itu dianggap menenangkan atau membantu mengurangkan kesakitan. Walaupun tali atau rantai tumbuh gigi ambar direka untuk dipakai di leher, pergelangan tangan atau buku lali, ia telah digunakan secara salah untuk mengunyah.
  • Gel tumbuh gigi: Gel tumbuh gigi biasa mengandungi 8.7–9.0% bahan salisilat kolin. Salisilat berkaitan dengan aspirin. Penggunaan aspirin untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun tidak disyorkan kerana pada sesetengah kanak-kanak ia telah diketahui menyebabkan sindrom Reye – keadaan yang jarang berlaku tetapi berpotensi membawa maut yang boleh menyebabkan kerosakan hati dan otak. Walaupun belum ada kes sindrom Reye yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan gel tumbuh gigi, nasihat umum ialah risiko yang tidak patut diambil apabila terdapat perkara lain yang tersedia.

Gel tumbuh gigi yang mengandungi benzocaine juga tidak disyorkan untuk digunakan pada kanak-kanak. Penyelidikan juga mencadangkan bahawa gel tumbuh gigi mungkin tidak melegakan kesakitan gigi, sebaliknya tindakan mengurutnya ke dalam gusi adalah yang membantu.

Jadual Pertumbuhan Gigi Mengikut Usia Si Kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi kacip : (incisor) 6 hingga 9 bulan

Gigi geraham : (molar) pertama 12 hingga 15 bulan

Gigi taring : (kanin) 18 hingga 20 bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi geraham : (molar) kedua 24 hingga 36 bulan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Punca Gigi Bayi Lambat Tumbuh

#1. Perkembangan setiap bayi adalah berbeza-beza

Adalah normal jika bayi 8-9 bulan belum tumbuh gigi kerana gigi pertama bayi boleh tumbuh antara usia empat hingga 15 bulan. Selain itu, setiap bayi juga memiliki tahap perkembangan yang berbeza iaitu ada yang cepat, sederhana dan lambat.

Jika umur tersebut masih belum tumbuh, mungkin ia memerlukan sedikit lagi masa dan tiada apa yang ibu ayah perlu risau. Tetapi kalau umur 18 bulan masih belum ada tanda-tanda untuk tumbuh gigi, sebaiknya ibu ayah rujuk masalah ini dengan doktor pergigian. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Anak mewarisi genetik ahli keluarga

Kadangkala, bayi lambat tumbuh gigi juga disebabkan oleh genetik yang diwarisi oleh keluarga. Sebagai contoh jika anak sulung dan kedua lambat tumbuh gigi kemungkinan adik bongsu mereka juga mempunyai masalah yang sama. Jadi tak perlu risau dan berikan mereka sedikit masa untuk gigi bayi tumbuh secara perlahan-lahan, okay?

#3. Bayi pramatang ataupun kurang berat badan

Bayi yang lahir pramatang dan kurang berat badan akan mengalami pertumbuhan gigi yang lewat. Malah gigi yang tumbuh juga mungkin terdapat sedikit kerosakan di bahagian enamel.

#4. Genetik yang tidak normal

Genetik yang tidak normal juga boleh menjadi punca perkembangan fizikal bayi yang perlahan sekaligus memberi kesan pada pertumbuhan gigi. Contohnya Sindrom Down atau Progeria.

#5. Kekurangan nutrisi dan/atau hormon tiroid yang tidak stabil

Dalam sesetengah kes, kelewatan pertumbuhan gigi bayi juga disebabkan oleh masalah ketidakstabilan hormon tiroid atau paratiroid. Kelenjar paratiroid ini berfungsi mengawal paras Vitamin D dan kalsium jadi kalau kedua-duanya rendah maka kecenderungan seseorang anak itu untuk tumbuh gigi mungkin mengalami sedikit kelewatan atau memiliki enamel yang rendah.

Bila Ibu Ayah Perlu Risau?

Pertumbuhan gigi bayi berlaku antara 4 dan 15 bulan. Untuk mana-mana kes kelewatan tumbuh gigi bayi adalah perkara biasa dan tidak membimbangkan sehingga bayi anda berumur 15 bulan.

Jika kelewatan lebih daripada 18 bulan, anda harus berjumpa dengan doktor gigi kanak-kanak.

Semoga bermanfaat.

  1. healthline.com (October 13, 2021) When To See A Dentist About Your Child’s Baby Teeth Not Coming In. www.healthline.com/health/dental-and-oral-health/when-to-worry-about-baby-teeth-not-coming-in

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

Baca juga: “Puan Ambil Balik Anak, Dia Peliklah”- Baru 2 Hari Hantar Tadika, Ibu Sedih Anak Dilabel Tidak Normal

Baca juga: Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!