Bolehkah Ibu Bagi Bayi Gripe Water Jika Perutnya Kembung Atau Dia Ada Kolik?

Bayi baru lahir sering alami perut kembung dan colic kerana sistem percernaan yang masih tidak matang. Ramai ibu akan mengatasi masalah ini dengan gripe water. Tapi adakah ia selamat dan berkesan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu mungkin pernah dengar tentang gripe water untuk bayi dan keberkesanannya untuk membantu bayi yang mengalami masalah perut kembung atau colic.

Untuk pengetahuan ibu semua, bayi baru lahir seringkali menghadapi masalah ini akibat sistem pencernaan yang belum matang lagi. Bayi yang mengalami masalah perut kembung dan colic susah tidur dan akan menangis berpanjangan kerana menahan sakit.

Untuk ibu-ibu baru, ini mungkin amat membimbangkan, lagipun siapa suka tengok anak dalam kesakitan?

Kredit: The Bump

Rawatan terbaik untuk colic adalah masa, kerana ia akan pulih sendiri apabila sistem pencernaan anak menjadi lebih matang.

Tapi untuk menenang dan membantu anak rasa lebih selesa, ibu dinasihatkan untuk buat bayi sendawa dengan lebih kerap, mendukung anak dalam keadaan tegak selepas menyusu, mengurut perut anak dan akhir sekali: anda boleh berikan sedikit gripe water.

Ramai tertanya, gripe water untuk apa?

Sumber: Flickr |Karl Baron

Resepi gripe water yang pertama telah dicipta di England oleh seorang ahli farmasi yang bernama William Woodward pada tahun 1851.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau mendakwa kegunaan gripe water bukan saja boleh menyembuhkan perut kembang, malah ia juga boleh membantu bayi yang tersedu, rasa sakit akibat tumbuh gigi dan lain-lain.

Pada masa itu, salah satu daripada ramuan gripe water adalah alkohol sebanyak 3.6%!

Hari ini, kita tahu kesan buruk alkohol bayi dan gripe water yang dipasarkan kini tidak lagi mengandungi alkohol.

Isi kandung hari ini termasuklah – natrium bikarbonat, halia, adas, likuoris, kayu manis, air jintan, bunga chamomile, kapulaga, peppermint, bau lemon dan sebagainya. Bahan-bahan yang digunakan juga bergantung kepada negara asal dan jenama yang mengeluarkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah ia berkesan dan selamat untuk anak?

Anda mungkin terkejut mengetahui ramai ibu bapa menggunakan gripe water untuk bayi sembelit, ada juga sebagai cara melegakan colic dan bayi cirit birit walaupun ia hanya berasaskan bukti saintifik yang minimum.

Orang ramai percaya ramuan likuoris, air jintan, adas dan halia berkesan apabila melegakan gas dan ketidakselesaan perut yang dipercayai penyebab colic.

Gripe water selamat digunakan untuk bayi, tapi jika anda membeli ia dari negara lain, pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau sukrosa yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Berikan gripe water pada anak mengikut sukatan yang ditetapkan dan bincanglah dengan doktor dulu kalau kurang pasti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Flickr | Brad Greenlee

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk menggunakannya, anda boleh menggunakan cara lain untuk melegakan gas dalam perut bayi, seperti:

  • menyendawakan bayi dengan lebih kerap,
  • mendukung bayi dalam keadaan tegak,
  • mengurut perut bayi,
  • menggerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal dan membengkokkan kaki dan lutut ke perut.

Salah satu lagi cara yang amat disyorkan untuk melegakan kembung perut atau colic pada bayi adalah dengan menyapukan minyak telon pada perut dan belakang Si Manja anda!

Jika anda mencari minyak telon yang selamat, semulajadi & halal, kami syorkan Mama’s Choice Calming Tummy Oil kerana ianya terbukti selamat untuk kegunaan bayi anda yang mempunyai kulit sensitif. 

Dirumus dengan 7 minyak semulajadi seperti Minyak Buah Pala, Minyak Lavender, Minyak Chamomile dan lain-lainnya, minyak telon keluaran Mama’s Choice ini mampu melegakan masalah ketidakhadaman, melegakan kembung perut, menenangkan bayi yang sedang menangis sekaligus mengurangkan simptom colic pada Si Manja. 

Bukan itu sahaja, Mama’s Choice Calming Tummy Oil ini mampu membuat bayi tidur dengan lebih cepat, tenang dan lena. Diuji secara dermatologi dan terbukti hipoallergenik menjadikannya selamat untuk bayi.

Anda juga tidak perlu risau kerana minyak telon bayi ini tidak mengandungi sebarang minyak kayu putih yang mampu merengsakan kulit, menyebabkan ruam dan mengundang kesan alergi yang teruk pada kulit sensitif bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua kaedah-kaedah tanpa ubat di atas terbukti boleh membantu anak untuk membuang gas yang terperangkap di dalam perutnya. Selain itu, anda juga boleh lihat cara mengurut perut bayi kembung di bawah, mana tahu dapat membantu.

Semoga perkongsian ini membantu anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianParent Malaysia

Baca juga: Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!

Baca juga: Tidak Pakai Barut Punca Bayi Kembung Perut? Ini Penerangan Pakar!

Baca juga: Khasiat Halia Dipercayai Mampu Merawat Batuk & Kembung Perut Si Kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio