X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Tidak Pakai Barut Punca Bayi Kembung Perut? Ini Penerangan Pakar!

4 min bacaan
Tidak Pakai Barut Punca Bayi Kembung Perut? Ini Penerangan Pakar!Tidak Pakai Barut Punca Bayi Kembung Perut? Ini Penerangan Pakar!

Benarkah kalau tak pakai barut ketat-ketat menjadi punca bayi kembung perut? Pakar jelaskan ia tidak benar! Ini penjelasannya.,

Kalau nak diikutkan pantang tok nenek kita serta kepercayaan orang tua-tua dulu memang banyak. Namun tidak semuanya relevan untuk dipraktikkan dengan zaman moden sekarang. Lebih-lebih yang tiada bukti dari segi saintifik dan perubatan seperti punca bayi kembung perut adalah kerana tak pakai barut ketat-ketat. 

Bukanlah semua pantang dan kepercayaan tidak perlu diikut, cuma perlu pilih mana yang serasi dan mana yang tidak. Memakai barut pada perut bayi adalah salah satu keperluan bayi baru lahir yang sangat dititikberatkan bagi orang tua-tua. Walau bagaimanapun ia tidaklah bermakna kalau tak pakai baru jadi punca bayi kembung perut.

Katanya dengan memakai ketat-ketat dapat elakkan perut bayi dari pecah, dapat elak bayi kembung perut atau untuk elakkan bayi terlebih minum.

Sebenarnya itu tidak benar belaka. Memakai barut bayi dengan ketat hanya akan mengakibatkan kemudaratan daripada kebaikan.

Banyak faktor lain yang menyumbang kepada perut bayi kembung atau penyusuan bayi berlebihan sebenarnya boleh dikawal dengan sendirinya tanpa memerlukan barut. 

Sekiranya ibu dan ayah risau perut bayi tampak buncit kerana tidak memakaikan barut janganlah risau seperti ini pengakhiran dunia, sifat fizikal bayi memang begitu, ia adalah normal.

Sebaiknya jika ingin memasukkan pemakaian barut sebagai keperluan bayi baru lahir, perlu ikuti 3 langkah ini seperti yang diterangkan oleh Dr. Ahmad Luqman Bakhri, seorang doktor perubatan dari Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dalam perkongsian beliau di Facebook. 

Punca bayi kembung perut

Bayi Kembung perut atau dalam istilah perubatan disebut sebagai masalah ‘colic’. Colic selalunya berlaku disebabkan masalah di bahagian usus. Sakit disebabkan kembung perut selalunya datang dan pergi.

Ini kerana ia berkait dengan pergerakkan usus. Ketika mana usus aktif bergerak, ia akan menyebabkan sakit itu datang. Kemudian otot usus tersebut akan relaks semula menyebabkan sakit itu pun hilang dengan sendirinya. Jadi ia sangatlah normal jika berlaku pada bayi anda.

3 langkah memakai barut bayi yang betul 

keperluan bayi baru lahir

#1. Material barut

Seeloknya pilihlah material barut bayi yang diperbuat daripada kapas lembut.

Jangan guna barut berdasarkan rekaan dan corak semata-mata ya. Kalau ibu bapa nampak alahan pada kulit bayi dari material itu, lebih baik elakkan saja.

#2. Jangan pakai dengan ketat

Ini paling penting, elakkan pemakaian barut yang ketat pada perut bayi. Kadang-kadang masa dipakaikan pada bayi longgar saja, tapi biar bayi sudah menyusu akan menjadi ketat, takut terjeluak bayi nanti. Ibu ayah juga yang risau.

#3. Elakkan barut dari melitupi tali pusat yang belum tercabut

Apabila tali pusat masih belum tanggal elakkan tempat itu dilitup tanpa udara, nanti berkuman pula. Ia boleh menyebabkan jangkitan dan sudahnya anak akan jatuh sakit pula.

Seeloknya tunggulah tali pusat bayi betul-betul sembuh barulah boleh pakaikan apa yang patut ya.

Cara melegakan kembung bayi

Tidak Pakai Barut Punca Bayi Kembung Perut? Ini Penerangan Pakar!

Ini antara cara simple untuk melegakan kembung perut bayi di rumah.

#1. Baringkan bayi

Baringkan bayi anda dengan sedikit tinggi di bahagian kepala. Ini dapat mengelakkan gas dari terperangkap di dalam badan.

Malah ia juga bagus sekiranya anda ingin menyusukan bayi, sentiasa pastikan kepala bayi sedikit tinggi untuk elakkan kemasukan angin, serta elak dari bayi muntah selepas menyusu.

#2. Menggerakkan kaki bayi secara membulat

Gerakkan kedua-dua kaki bayi dengan pergerakan membulat ia dapat melancarkan pergerakan angin.

Pegang kedua-dua kaki bayi dengan lembut dan gerakkannya dengan pergerakan membulat, selain dapat mengeluarkan angin, bayi anda juga berasa seronok dengan senaman ringan ini.

Tidak Pakai Barut Punca Bayi Kembung Perut? Ini Penerangan Pakar!

#3. Menggerakkan kaki seperti mengayuh basikal

Teknik ini seolah bayi dapat menolak angin di dalam perut apabila lutut menolak perut. Pegang kedua-dua kaki bayi dihujung, kemudian tolaknya perlahan-lahan sehingga lutut bayi mengena perut, lakukan dengan kiraan 10 ia mampu mengeluarkan angin dari perut bayi.

#4. Bawa bayi anda bersiar-siar

Tidak kiralah menggunakan stroller atau menaiki kereta. Jalan yang sedikit 'bumpy' dapat mengurangkan rasa sakit perut bayi dan mengeluarkan angin yang terperangkap.

#5. Bedung bayi

Membedung bayi juga antara salah satu cara untuk membuang angin, tapi tidak semua bayi suka dibedung terutama sekali waktu berjaga. Waktu tidur memanglah bayi suka!

#6. 'Tummy time'

Bayi paling seronok waktu 'tummy time' ia adalah posisi di mana anda meniarapkan bayi anda pada sebuah bantal.

Selalunya ibu-ibu akan menggunakan bantal menyusu, ia boleh membantu mengurangkan angin dalam perut bayi dalam masa yang sama melatih kepala dan leher bayi untuk menjadi lebih kuat.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr. Ahmad Luqman Bukhari,  Medical News Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Tidak Pakai Barut Punca Bayi Kembung Perut? Ini Penerangan Pakar!
Kongsikan:
  • 7 Tanda Bayi Kembung Perut Ibu Perlu Tahu, Patutlah Dia Asyik Menangis Saja!

    7 Tanda Bayi Kembung Perut Ibu Perlu Tahu, Patutlah Dia Asyik Menangis Saja!

  • Bayi Kembung Perut Mungkin Petanda Susu Formula Tidak Sesuai, Ibu Cuba 3 Urutan Ini

    Bayi Kembung Perut Mungkin Petanda Susu Formula Tidak Sesuai, Ibu Cuba 3 Urutan Ini

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • 7 Tanda Bayi Kembung Perut Ibu Perlu Tahu, Patutlah Dia Asyik Menangis Saja!

    7 Tanda Bayi Kembung Perut Ibu Perlu Tahu, Patutlah Dia Asyik Menangis Saja!

  • Bayi Kembung Perut Mungkin Petanda Susu Formula Tidak Sesuai, Ibu Cuba 3 Urutan Ini

    Bayi Kembung Perut Mungkin Petanda Susu Formula Tidak Sesuai, Ibu Cuba 3 Urutan Ini

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.