TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Guru Tadika Terkejut Tengok Lukisan Anak Murid, ‘Orang Jahat Kena K*rat P*tong Dia’, Parents Dinasihat Pantau Anak

3 min bacaan
Guru Tadika Terkejut Tengok Lukisan Anak Murid, ‘Orang Jahat Kena K*rat P*tong Dia’, Parents Dinasihat Pantau Anak

Seorang guru tadika terkejut dan bimbang terhadap lukisan seorang murid berusia 6 tahun yang menggambarkan kekerasan.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang guru tadika terkejut melihat hasil lukisan anak murid berusia 6 tahun yang disifatkan sangat mengerikan.

Difahamkan, murid tersebut melukis gambar tersebut berdasarkan kartun animasi viral Skibidi Toilet yang telah lama diban kerana mengandungi unsur-unsur negatif.

Isi Kandungan

  • Guru Tadika Terkejut Gambar Lukisan Anak Murid 6 Tahun
  • Bahaya Skibidi Toilet Terhadap Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun

Guru Tadika Terkejut Gambar Lukisan Anak Murid 6 Tahun

Apabila ditanya maksud di sebalik lukisan tersebut, jawapan yang diberikan benar-benar mengejutkan dan di luar bagi seseorang yang baru sahaja berusia 6 tahun.

Lukisan anak murid yang baru umur 6 tahun, cikgu tanya dia:

“Kenapa lukisan ini hanya sekerat? Mana sebelah badan dan kepala dia?”

Murid itu menjawab dengan nada selamba,

“Haa, ini kena kerat teacher, kena potong leher dia… tangan dia… kepala dia semua kena potong-potong.”

Guru itu bertanya lagi, “Kenapa kena potong?””

Dan murid itu menjawab, “Sebab dia jahat la teacher… dia rampas perempuan dalam cerita tu. Bila orang jahat, kita kena kerat potong-potong la dia.”

Allahua, terkejut sungguh guru itu. Baru tadika, tapi dah boleh fikir sampai bunuh-bunuh, kerat-kerat, potong-potong.

Guru itu kemudian bertanya kepada anak-anak lain sama ada cerita itu dari kartun dan mereka menjawab, “Skibidi Toilet, teacher… ada dalam games.” Allahu, kejam sangat tu!

Bahaya Skibidi Toilet Terhadap Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun

Skibidi Toilet mungkin kelihatan seperti hiburan kosong bagi remaja dan orang dewasa tetapi bagi anak-anak kecil ia adalah ancaman serius terhadap perkembangan mental mereka.

Video yang pada mulanya kelihatan remeh ini kini dipenuhi unsur seram dan kekerasan dapat mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak di bawah umur 7 tahun.

Kajian menunjukkan kartun animasi ini menggunakan formula yang menarik minat kanak-kanak dengan kandungan yang penuh stimulasi sensorik sehingga menyebabkan mereka ketagih untuk menonton berulang kali.

Secara tidak langsung, membahayakan perkembangan otak mereka yang sedang pesat membina pemahaman tentang dunia.

Ibu bapa perlu pantau apa yang ditonton anak-anak dan berbincang secara terbuka tentang apa yang mereka lihat

Guru juga memainkan peranan penting dengan membuka ruang untuk anak murid meluahkan fikiran dan membantu mereka memahami kesan video tersebut.

Kesedaran dan komunikasi yang berterusan adalah kunci untuk melindungi anak-anak dari pengaruh negatif media seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Cik Puan Farini Aurani, Najwa Ayub

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

Baca juga: Ibu Jangan Cepat Melenting, Anak Yang Nakal Sebenarnya Inginkan Lebih Perhatian Dari Anda!

Baca juga: Pesan Anak 10 Perkara Ini Setiap Hari, Nampak Remeh Tapi Besar Impaknya Pada Diri Mereka!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Guru Tadika Terkejut Tengok Lukisan Anak Murid, ‘Orang Jahat Kena K*rat P*tong Dia’, Parents Dinasihat Pantau Anak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham