Bila nak masuk minggu ketiga Ramadhan, ibu-ibu pastinya kering idea memikirkan menu masak bersahur atau berbuka, kan? Apa kata anda cuba beberapa hidangan sahur simple tanpa nasi ini. Yang penting bantu tubuh kenyang lebih lama.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Resepi hidangan sahur simple dan sedap
Bagi anda yang mempunyai anak masih kecil, menu berasaskan nasi mungkin membuatkan kanak-kanak kurang berselera bila perlu makan di awal pagi. Beberapa hidangan sahur yang kami kongsikan ini turut membantu memikat selera si manja anda.
Resepi hidangan sahur simple dan sedap
#1. Resipi telur dadar dalam cawan
Bahan-bahan:
- Minyak
- 2 biji telur
- 2 biji cendawan
- 1 sudu besar lada benggala merah
- 1 sudu besar lada benggala hijau
- 1 sudu besar bawang merah
- Secubit garam dan lada hitam
Cara penyediaan
1. Sapu minyak pada bahagian dalam cawan
2. Gabungkan semua bahan
3. Kacau sebati
4. Microwave 2 minit
#2. Resipi oats semalaman bersama kurma
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan rolled oats
- 2 biji buah kurma
- 1 sudu besar madu
- 1/2 cawan yogurt
- 1/2 cawan susu full cream
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil perisa vanilla
Cara penyediaan
1. Gabung semua bahan
2. Kacau sebati
3. Wrap dan sejukkan semalam di dalam peti sejuk
#3. Menu sahur simple- sandwich serunding cheese
Bahan-bahan:
- 2 keping roti wholegrain
- 1 keping keju
- 1/4 cawan serunding
- Mentega
Cara penyediaan
1. Sapu mentega pada roti
2. Letak kepingan keju
3. Letak serunding
4. Goreng sehingga garing
#4. Resipi roti bakar avocado telur mata
Bahan-bahan:
- 1 biji buah avokado
- 1 sudu kecil perahan lemon
- 1 biji telur
- 1 keping roti wholegrain
- Secubit garam dan lada hitam
Cara penyediaan
1. Bakar roti
2. Goreng telur
3. Hancurkan buah avokado sehingga lumat
4. Tambah perahan lemon
5. Tambah garam dan lada hitam
#5. Makanan sahur simple- wrap ayam masak merah
Bahan-bahan:
- 1 keping tortilla wrap
- Daun salad
- Timun jepun
- Tomato ceri
- Ayam masak merah
Cara penyediaan
1. Susun semua bahan di atas tortilla wrap
2. Gulung kemas
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Segar Untuk Sahur, Energy Booster Ibu Mengandung & Menyusu
Baca juga: MENU SAHUR Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu, Kekal Bertenaga!
Baca juga: 10 Menu Sahur Yang Mudah & Sepantas Kilat Boleh Siap, Anak-Anak Mesti Suka!