TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hukum Menggunakan Inhaler Ketika Puasa Adalah Batal Jika Gejala Terlalu Ringan & Tidak Darurat

5 min bacaan
Hukum Menggunakan Inhaler Ketika Puasa Adalah Batal Jika Gejala Terlalu Ringan & Tidak Darurat

Hukum menggunakan inhaler ketika puasa jika melibatkan serangan asma yang terlalu ringan dan tidak mencapai tahap darurat adalah batal

Berpuasa adalah menuntut umat Islam menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit seperti asma atau masalah pernafasan lain, penggunaan inhaler menjadi keperluan. Persoalannya, apakah hukum menggunakan inhaler ketika puasa?

Isi Kandungan

  • Hukum Menggunakan Inhaler Ketika Puasa
  • Inhaler Memiliki Jirim Yang Boleh Batal Puasa
  • Keringanan Kepada Pesakit Mengikut Mazhab Syafi’i
  • Hukum Penggunaan Inhaler Ketika Puasa

Hukum Menggunakan Inhaler Ketika Puasa

Pandangan Mazhab Syafi’i Mengenai Inhaler Ketika Puasa

Ulama mazhab Syafi’i menjelaskan bahawa perkara yang membatalkan puasa ialah sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar sekalipun ia kecil seumpama biji bijan. Manakala sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata seperti bau, sejuk dan panas, maka ia tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa[14].

Begitu juga dalam mazhab Syafi’i, asap yang memiliki bau wangi tidaklah membatalkan puasa sekalipun dia sengaja membuka mulutnya. Namun ulama mazhab Syafi’i mensyaratkan bahawa jirimnya itu mestilah tidak terpisah daripadanya[15].

Oleh itu, di sisi mazhab Syafi’i, apa sahaja benda yang memiliki jirim dan ia masuk ke dalam rongga iaitu melepasi makhraj huruf “ح” dan “خ”, maka ia membatalkan puasa[18].

Inhaler Memiliki Jirim Yang Boleh Batal Puasa

Apabila dilihat pada komposisi inhaler, ia terdiri daripada tiga komposisi iaitu air, gas oksigen dan bahan yang boleh membantu untuk pernafasan. Kebanyakan komposisi itu ialah air dan diikuti dengan oksigen[19]. Hal ini jelas menunjukkan bahawa inhaler memiliki kandungan jirim yang boleh membatalkan puasa.

Dalam resolusi Bahsul Masail yang diadakan oleh pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pada 14 April 2022, resolusi bersetuju bahawa; Hukum penggunaan inhaler ketika berpuasa adalah diharuskan jika terdapat keperluan.

Namun, ia tetap membatalkan puasa dan wajib untuk ganti puasa. Bagi mereka yang tidak ada harapan sembuh, maka menurut pendapat yang paling kuat, mereka hanya perlu membayar fidyah sahaja tanpa perlu menggantikan puasa tersebut.”

Keringanan Kepada Pesakit Mengikut Mazhab Syafi’i

Dalam mazhab Syafi’i, terdapat beberapa keringanan yang diberikan kepada orang yang sakit ketika berpuasa pada bulan Ramadan. Sebagai contoh, rongga bagi telinga di sisi mazhab Syafi’i dikira dari ruang selepas tulang tengkorak kepala.

Oleh itu, memasukkan sesuatu atau apa-apa ubat melalui rongga tersebut adalah membatalkan puasa.

Namun, dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin, ada disebutkan bahawa jika seseorang mengalami sakit di telinga yang tidak mampu tertahan melainkan dengan meletakkan ubat ke dalam telinga sehingga boleh melegakan kesakitan tersebut, maka puasanya tidak batal kerana dia menggunakannya atas alasan darurat[20]. Dalam hal ini Syeikh Abdul Rahman al-Ba’lawi berkata:

ابتلى بوجع في أذنه لا يتحمل معه السكون إلا بوضع دواء يستعمل في دهن أو قطن وتحقق التخفيف أو زوال الألم به، بأن عرف من نفسه أو أخبره طبيب جاز ذلك وصح صومه للضرورة،

Maksudnya: “Dia diuji dengan rasa sakit dalam telinganya, rasa sakit yang tidak dapat ditahan melainkan dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit atau kapas, dan terbukti bahawa ubat tersebut dapat mengurangkan atau menghilangkan kesakitan, sama ada dia mengetahui sendiri atau diberitahu oleh doktor, maka hal itu dibenarkan dan puasanya sah kerana keperluan (darurat).”

Hukum Penggunaan Inhaler Ketika Puasa

Berkenaan dengan isu penggunaan inhaler ketika siang Ramadan, sebahagian ulama mutakhir mazhab Syafi’i menyamakan isu inhaler dengan keringanan-keringanan yang dinyatakan oleh ulama mazhab Syafi’i di atas. Syeikh Dr. Zain bin Muhammad al-Idrus berkata:

فهل يمكن نجعل مسألتنا من جملة ما يضطر إليه مرضى الربو؟ وهم في حاجة ومشقة لا تطاق، فنرخص لهم استخدامه ونصحح صومهم ولا نأمرهم بالقضاء، وبالنظر إلى قواعد الشرعية في رفع الحرج لا تأباه، والاحتياط لا يخفى فضله لمن استطاع

Maksudnya: “Adakah mungkin kita menjadikan perbincangan ini juga sebagai salah satu perkara yang diperlukan oleh pesakit asma? Mereka berada dalam keadaan yang sangat memerlukan dan kesusahan yang tidak tertanggung, maka kita memberi kelonggaran kepada mereka untuk menggunakannya dan menganggap sah puasa mereka tanpa menyuruh mereka menggantikannya semula. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip syarak dalam menghilangkan kesulitan, namun berwaspada dalam hal ini adalah perkara yang sangat baik bagi sesiapa yang mampu[23].”

Selain itu, Syeikh Abdullah bin Mahfuz al-Haddad menjelaskan berkenaan hukum penggunaan inhaler dalam fatwanya:

إن الفخاخ التخاخ يوضع فيه دواء سائل ولكنه مع الاستعمال يخرج ما يشبه الهواء ولهذا فإن الصائم إذا اضطر إلى استعماله فعليه أن يتحفظ أن يبلغ شيئا من العين بل يتحفظ بها في الفم ثم يبصقها وما يحسه في حلقه إنما هم من أثر الدواء لا من عينه فلا يضر إن شاء الله وخصوصا لأولائك الذين ابتلاهم الله بهذا المرض بحيث يغلب عليهم فلا يجدون انفكاكا

أما من يأتيه نادرا فالأولى له أن يقضي احتياطا أما المبتلى الذي يكثر فيه ذلك فإذا حافظ بقدر الإمكان فصومه صحيح ولا يكلف القضاء فإن أراد الاحتياط فليخرج الفدية عن هذه الأيام مع تمسكه بالصيام ولا نأمره بالإفطار

Maksudnya: “Inhaler yang digunakan memiliki kandungan ubat namun apabila keluar ia akan mirip dengan udara. Oleh itu, bagi orang yang berpuasa yang terpaksa menggunakannya, maka dia hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan daripada tertelan apa-apa jirim daripadanya. Manakala jika dia hanya merasakan kesan-kesan ubat di tekak, maka ia tidak mengapa kerana ia bukan jirim khususnya bagi orang yang mengalami penyakit athma yang kronik. Namun bagi orang yang jarang menggunakan inhaler, maka sebaiknya dia menggantikan puasa pada hari tersebut sebagai langkah berhati-hati. Adapun bagi orang yang sering mengalaminya dan dia juga telah berusaha semampu mungkin menjaga dirinya daripada tertelan jirim ketika menggunakan inhaler tersebut, maka puasanya sah dan dia tidak perlu menggantikan puasanya. Sekiranya dia ingin mengambil langkah berhati-hati, maka dia boleh mengeluarkan fidyah untuk hari tersebut dan tetap berpuasa. Kami juga tidak memaksanya untuk berbuka .”

Kesimpulannya, hukum menggunakan inhaler ketika puasa jika melibatkan serangan asma yang terlalu ringan dan tidak mencapai tahap darurat maka pengambilan inhaler membatalkan puasa. 

Menurut ulama mutakhirin mazhab Syafi’i, jika dalam keadaan darurat seperti serangan asma yang berat atau kronik maka pengambilan inhaler tidak membatalkan puasa. Namun untuk langkah lebih berhati-hati dia boleh mengeluarkan fidyah untuk hari-hari yang dia menggunakan inhaler.

Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Hukum Telan Kahak Ketika Puasa, Batal Jika Sudah Keluar Dari Mulut Dan Ditelan Dengan Sengaja

Baca juga:  Merasa Makanan Dengan Lidah Ketika Puasa, Ini Hukumnya…

Baca juga:  Hukum Berus Gigi Ketika Puasa Mengikut Penjelasan Mufti WP & Ustaz Azhar Idrus

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Hukum Menggunakan Inhaler Ketika Puasa Adalah Batal Jika Gejala Terlalu Ringan & Tidak Darurat
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham