TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hukum Sambut Krismas, Ini Pendapat Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan

4 min bacaan
Hukum Sambut Krismas, Ini Pendapat Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum sambut krismas mempunyai pandangan berbeza daripada ulama, namun secara utamanya hukum memberi ucapan ini adalah diharuskan.

Hukum sambut krismas sering menimbulkan perdebatan ramai. Isu ini mencakupi aspek memberi ucapan, menggunakan hiasan berkaitan Krismas, atau turut serta dalam perayaan.

Isi Kandungan

  • Hukum Sambut Hari Krismas
  • Hukum Memakai Hiasan Krismas

Hukum Sambut Hari Krismas

Definisi Merry Christmas

Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah ‘cheerful and lively’ atau ceria dan meriah. Manakal Christmas pula bermaksud Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ yang diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik.

Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/Co-Existence)

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” (Surah al-Hujurat: 13)

Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan. (Rujuk Al-Kasysyaf, 4/374)

Hukum Mengucapkan Tahniah Atas Sambutan Krismas

Para ulama mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan ini. Sebahagian ulama mengharamkan ucapan itu kerana ia seakan-akan membawa maksud mengiktiraf agama lain disamping turut menyebarkan ajaran mereka.

Bagaimanapun, ulama yang membenarkan ucapan ini melihatnya sebagai harapan keselamatan dan keamanan atau simbol hubungan sosial dengan bukan Islam untuk tujuan perpaduan tanpa niat mengiktiraf golongan tersebut.

Pandangan Utama: Diharamkan Mengucap Tahniah

Secara umumnya, jumhur ulama keempat-empat mazhab mengharamkan ucapan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka.

Secara asasnya, mereka berdalilkan dengan:

1. Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya: dan (hamba-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan. (Surah al-Furqan (72)

Abu al-‘Aliyah, Tawus, Ibn Sirin, al-Dahhak, al-Rabi’ bin Anas dan lain-lain berkata: “makna al-Zur ialah ‘Perayaan-perayaan Musyrikin”. Ulama’ lain menyatakan ia adalah majlis yang terdapat padanya nyanyian dan muzik. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3/309)

2. Rasulullah SAW bersabda:

‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada kalangan mereka. Riwayat Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8327)

Syeikh Nasiruddin menyebutkan: “Agama Islam telah pun menggariskan suatu ketetapan bahawa seseorang penganut Islam daripada kalangan lelaki dan wanitanya tidak harus meniru atau mencontohi orang-orang bukan Muslim seluruhnya sama ada dari segi peribadatan, perayaan dan perhiasan yang khusus yang tertentu hanya kepada kalangan mereka sahaja.

Pandangan Kedua: Diharuskan Mengucapkan Tahniah

Syeikh al-Syarif al-Awni menyebut bahawa asas bagi keharusan serta garis panduan ini adalah kerana:

1. Tidak ada dalil yang jelas secara khusus dalam al-Quran dan al-Sunnah berkenaan larangan atau keharusan mengucapkan tahniah kepada mereka.

2. Tidak ada diriwayatkan teks-teks secara khusus daripada salafussoleh dalam kalangan sahabat, tabi’ dan tabi’al-tabi’in juga imam-imam mazhab berkenaan hukum mengucapkan tahniah kepada bukan Islam sempena perayaan mereka.

3. Apabila tidak ada dalil yang jelas daripada al-Qur’an, al-Sunnah dan salafussoleh, maka kenyataan yang menegaskan haramnya mengucapkan tahniah sebagai ijma’, masih boleh diperbahaskan akan ketepatannya.

Kesimpulannya, hukum memberi ucapan “Merry Christmas” atau ucapan lain kepada penganut Kristian adalah harus, selagi ia tidak disertai dengan keyakinan yang bertentangan dengan akidah Islam.

Ucapan ini boleh dianggap sebagai tanda hormat dan toleransi dalam menjaga hubungan harmoni antara masyarakat berbilang agama.

Hukum Memakai Hiasan Krismas

Menurut siri Al-Afkar oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggunakan hiasan atau memakai simbol-simbol yang berkaitan dengan Krismas adalah tidak dibenarkan untuk umat Islam. Ini termasuk hiasan seperti pokok Krismas, pakaian Santa Claus, atau apa-apa perhiasan yang secara langsung melambangkan agama Kristian.

Hadis Rasulullah SAW memberikan panduan yang jelas mengenai isu menyerupai kaum lain:

“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk daripada golongan mereka.”
(Riwayat Abu Dawud, no. 4031)

Pemakaian atau penggunaan hiasan ini dianggap menyerupai amalan agama lain, yang boleh membawa kepada pengiktirafan simbol agama yang bertentangan dengan Islam. Oleh itu, walaupun niatnya hanya untuk bersuka-suka atau menghias, ia tetap tidak sesuai bagi seorang Muslim​.

Hukum sambut Krismas bagi umat Islam memerlukan pemahaman yang mendalam tentang batasan syarak. Memberi ucapan selamat adalah harus dengan niat menjaga keharmonian. mat Islam disarankan untuk sentiasa merujuk kepada panduan daripada pihak berautoriti seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Doa Selepas Solat Dalam Bahasa Arab & Rumi Yang Boleh Anda Amalkan Selalu

Baca juga: 12 Hiasan Krismas Paling Cantik Di Mall Lembah Klang Untuk Suasana Ho-Ho-Ho Yang Penuh Ceria!

Baca juga: Serangga Cochineal/Carmine Hasilkan Pewarna Merah: Kegunaan, Kesan & Hukum Mengikut Mufti WP

Stories Rakan Kongsi
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
The Development at 2 Months Old,  Your Baby Can Smile & Interact!
The Development at 2 Months Old, Your Baby Can Smile & Interact!
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Hukum Sambut Krismas, Ini Pendapat Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham