Fungsi Humidifier Untuk Lembapkan Udara Rumah. Ini Air Humidifier Terbaik Di Pasaran Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

Fungsi air humidifier bagus untuk kanak-kanak, malah untuk seisi keluarga. Ini dia humidifier terbaik untuk kegunaan di rumah anda.

Kebelakangan ini semakin banyak alat air humidifier dijual di pasaran dalam pelbagai bentuk, besar mahupun kecil yang berharga murah ataupun mahal. Adakah penggunaan air humifier sekadar mengikut trend? Apakah fungsi humidifier ini?

Fungsi Humidifier

Fungsi humidifier dalam kediaman adalah bagi melembapkan udara yang kering. Rumah yang dilengkapi dengan air humidifier terbaik bukan sahaja membantu keadaan seperti kekeringan mata, sakit tekak, saluran hidung kering, bibir kering, kulit kering dan lain-lain, malah boleh mempengaruhi tidur agar lebih berkualiti.

Udara kering boleh menyebabkan masalah kesihatan buat bayi dan kanak-kanak. Dengan adanya air humidifier, ia dapat membantu menjaga udara di dalam rumah dengan memastikan tahap kelembapan sentiasa terkawal.

Manfaat Air Humidifier Untuk Bilik Anak

Manfaat utama menggunakan pelembap untuk bayi dan kanak-kanak termasuklah:

  • Berpotensi melindungi kulit sensitif daripada menjadi terlalu kering: Apabila udara kering, bayi atau anak kecil mungkin mengalami kulit kering, jengkel dan bibir merekah. Ia juga boleh memburukkan eksim dan keadaan kulit kronik yang lain. Menambah lembapan di dalam udara dapat membantu kulit anak anda agar kekal lembap secukupnya.
  • Membantu bernafas dengan lebih mudah: Hidung tersumbat dan batuk boleh menyukarkan kanak-kanak untuk mendapatkan rehat yang baik. Pelembap yang baik dapat menjaga udara di satu ruang yang lembap, yang sekaligus dapat membantu membersihkan saluran hidung mereka. Ia juga dapat membantu melegakan sesak nafas.

Ciri Air Humidifier Terbaik Untuk Kediaman

Dalam mendapatkan air humidifier terbaik, perhatikan beberapa perkara berikut sebelum membeli:

  • Fungsi. Ada sebahagian humidifier Malaysia yang mempunyai pelbagai fungsi lain seperti penggera, aromaterapi, dan lampu malam. Pilih produk yang mencapai keinginan anda, misalnya yang dikhaskan untuk bilik, ruang tamu atau di dalam kereta!
  • Saiz. Pilih produk yang muat di dalam kawasan pilihan untuk diletakkan. Seperti ruang tamu, bilik tidur si manja atau kenderaan.
  • Tidak bising. Pastikan produk yang dipilih tidak menghasilkan bunyi bising yang boleh menganggu tidur anda.

12 Air Humidifier Dengan Fungsi Humidifier Terbaik di Pasaran

Air Humidifier Terbaik
Deerma Ultrasonic Air Humidifier
Terbaik reka bentuk moden
Beli di Shopee
Taotronics AH014
Terbaik tangki besar
Beli di Shopee
BASEUS Car Humidifier
Terbaik kegunaan dalam kereta
Beli di Shopee
Deerma F500 Air Humidifier
Terbaik dengan fungsi aromaterapi
Beli di Shopee
OGAWA Bio Breeze Ultrasonic Aroma Humidifier
Terbaik pelbagai fungsi
Beli di Shopee
Samu Giken Aroma Humidifier
Terbaik dengan lampu neon
Beli di Shopee
360° USB Humidifier Color LED Mini Ultrasonic Diffuser Purifier Atomizer Home Mist Maker
Terbaik dengan putaran 360 darjah
Beli di Lazada
Xiaomi Mi Smart Antibacterial Humidifier
Terbaik dengan ciri permbersihan udara
Beli di Shopee
Portable Wireless Ultrasonic Humidifier Night Light Air Humidifier
Terbaik saiz kompak
Beli di Shopee
Small USB Air Humidifier Carousel Music Box with Light
Terbaik untuk bilik kanak-kanak
Beli di Shopee
SPRISE Moonlight Air Humidifier
Humidifier terbaik dengan lampu dekorasi
Beli di Shopee
Air Humidifier With Starry Projector Light
Humidifier terbaik dengan lampu projektor
Beli di Shopee

Deerma Air Humidifier F600

Humidifier Terbaik Reka Bentuk Moden

Deerma Air Humidifier F600 bukan sahaja didatangkan dalam reka bentuk yang moden dan bergaya, ia juga mempunyai sistem kawalan pintar yang mudah digunakan.

Kapasitinya dapat mengisi jumlah air yang setara dengan 20x250 ml air mineral dan secara automatik akan terpadam jika tidak ada yang tersisa di dalam tangki air.

Apa yang kami suka?

  • Tidak bising
  • Sistem kawalan pintar
  • Masa 12 jam
  • Sentuhan pintar
  • Suhu bilik terkini
  • Mod malam
  • Menggunakan teknologi ultrasonik yang menghasilkan kabut halus mikron untuk pelembapan berkesan.

Taotronics AH014

Humidifier Terbaik Tangki Besar

Produk yang berkualiti tinggi dengan tangki 5L ini mampu bertahan hingga 40 jam dengan sekali pengisian, malah boleh digunakan bersama essential oil untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Produk ini mempunyai mode tinggi sesuai untuk bilik yang besar, menjadikannya berkesan untuk memberikan kelembapan yang menyeluruh di persekitaran rumah anda.

Apa yang kami suka?

  • 40 jam waktu bekerja
  • Menyebarkan wangian yang menyenangkan
  • Mudah diisi semula, dibersihkan dan diselenggara
  • Mod malam
  • Padam secara automatik apabila air habis
  • Sesuai dengan minyak pati, berganda sebagai penyebar aroma

Baseus Car Air Humidifier

Humidifier Terbaik Kegunaan Dalam Kereta

BASEUS Car Humidifier merupakan pilihan yang bijak buat ibu ayah yang inginkan keselesaan pengudaraan di dalam kenderaan. Biarkan ia merupakan mini humidifier namun ia memberikan kapasiti semburan yang meluas pasti memberikan kesan yang hebat semasa dalam perjalanan.

Apa yang kami suka?

  • Melembap dengan cepat
  • Menghidrat dengan pantas
  • Kapasiti semburan yang besar
  • Putaran magnet 360 darjah
  • Lampu LED ambient
  • Penyebar aroma

Deerma F500 Air Humidifier

Humidifier Terbaik Dengan Fungsi Aromaterapi

Sekiranya anda ingin menyediakan persekitaran rumah yang sihat sambil menyebarkan aroma wangi pilihan anda di dalam persekitaran rumah, Deerma F500 Air Humidifier adalah pilihan terbaik!

Produk ini dilengkapi dengan fungsi humidier dan aromaterapi dengan bunyi mesin yang cukup perlahan, membolehkan anda tidur dengan selesa pada masa yang sama melindungi kulit daripada kekeringan.

Apa yang kami suka?

  • Kapasiti air yang besar
  • Fungsi aromaterapi
  • Kapasiti air yang besar
  • Pemadaman automatik dengan penunjuk cahaya berubah
  • Anti-radiator
  • Reka bentuk bulat 360 darjah

OGAWA Bio Breeze Ultrasonic Aroma Humidifier

Humidifier Terbaik Pelbagai Fungsi

Produk ini berfungsi sebagai humidifier, jam penggera digital, cahaya mood dan penyebar aroma! Ia bersaiz kompak dan mudah digunakan, malah Ogawa telah memasukkan teknologi ultrasonik dalam perisian pelembap ini untuk menghasilkan kabut halus mikro.

Ia mempunyai tangki 100ml dengan masa 5 jam penggunaan.

Apa yang kami suka?

  • Teknologi ultrasonik
  • Mood cahaya
  • Juga berfungsi sebagai penyebar aroma
  • Mudah untuk digunakan
  • Saiz kompak
  • Tangki 100ml sehingga 5 jam penggunaan.

Samu Giken Aroma Humidifier

Humidifier Terbaik Dengan Lampu Neon

Samu Giken Humidifier mempunyai warna warm dan neon yang boleh disesuaikan mengkut mood, dan yang menariknya ia boleh dikawal dengan remote control.

Produk ini memberikan kelembapan yang sempurna di bilik anda sambil memberikan sensasi sejuk di seluruh ruangan dengan fungsi penyejukan udara yang disediakan.

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk yang bagus
  • Beserta alat kawalan jauh
  • Reka bentuk LED neon dan hangat
  • Memberi kelembapan yang tinggi
  • Fungsi penyejukan udara
  • Fungsi aromaterapi

360° USB Humidifier Color LED Mini Ultrasonic Diffuser Purifier Atomizer Home Mist Maker

Humidifier Terbaik Dengan Putaran 360 Darjah

Humidifier ini pasti menarik perhatian anak-anak kerana ia boleh memaparkan gambaran langit berbintang yang cantik di bilik dengan lampu persekitarannya yang berwarna-warni.

Produk ini mempunyai 2 mod semburan mengikut kesesuaian yang disukai, sama ada 5 jam semburan berterusan atau 10 jam semburan berselang.

Putaran 360 darjah akan memberikan penghidratan tahan lama untuk tidur yang berkualiti.

Apa yang kami suka?

  • Mudah alih 
  • Tidak bising
  • Lampu ambien berwarna
  • 2 mod semburan
  • Reka bentuk moden
  • Putaran 360 darjah

Xiaomi Mi Smart Antibacterial Humidifier

Humidifier Terbaik Dengan Ciri Pembersihan Udara

Apabila udara di dalam bilik kering, Xiaomi humidifier ini akan memastikan kelembapan udara meningkat dan anda boleh menikmati persekitaran udara yang menyenangkan. Ia mampu mengurangkan alergen dan bahan cemar lain di udara.

Xiaomi humidifier mempunyai fungsi untuk membersihkan udara, ia menggunakan lampu ultraviolet untuk membunuh sehingga 98.8% bakteria, bahkan humidifier ini yang diperbuat daripada plastik ABS tahan lama dengan salutan antibakteria yang mampu memusnahkan bakteria patogen dalam tangki.

Apa yang kami suka?

  • Minimalis dengan rekaan menarik
  • Tidak bising
  • Tangki 4.5 liter, tahan sehingga 16 jam
  • Dilengkapi dengan rangkaian Wi-Fi 2.4 GHz dan boleh dikendalikan menerusi aplikasi Xiaomi Mi Home
  • Boleh dikawal dengan suara anda menerusi Google Voice Assistant

Portable Wireless Ultrasonic Humidifier Night Light Air Humidifier

Humidifier Terbaik Saiz Kompak

Jika anda memerlukan humidifer terbaik untuk digunakan ketika membuat kerja di meja, humidifier dengan saiz kompak ini paling sesuai untuk digunakan. Walaupun hanya memerlukan sebanyak 400ml air sahaja, ia sudah mencukupi untuk memberi lembapan di ruang kerja anda terutamanya jika anda memiliki masalah kulit kering.

Dengan reka bentuk menarik, anda juga tidak perlu risau jika kehabisan air kerana humidifier ini akan tertutup secara automatik. Pada harga yang cukup berpatutan anda boleh memiliki humidifier yang kini menjadi item 'wajib ada' untuk setiap orang!

Apa yang kami suka?

  • Wireless, mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
  • Kabus halus seperti berada di dalam hutan dapat melembapkan dan menghidrat
  • Kawalan pilihan 2 mod, cloud mod dan fog mod
  • Sesuai diletakkan di meja pejabat, meja sisi katil bilik tidur, dan dalam kereta.

Small USB Air Humidifier Carousel Music Box with Light

Humidifier Terbaik Untuk Bilik Kanak-Kanak

Dilengkapi dengan kotak muzik, humidifier terbaik ini sangat sesuai untuk digunakan di bilik anak-anak. Walaupun bersaiz mini, ia sudah cukup untuk melembapkan bilik anak selama 4 hingga 8 jam.

Ia juga didatangkan dengan 7 pilihan lampu persekitaran yang boleh menemani anak tidur dengan lena bersama muzik terapi daripada kotak muzik dengan mod semburan senyap.

Apa yang kami suka?

  • Mudah digunakan oleh kanak-kanak
  • Mempunyai fungsi automatik power-off
  • Kawalan pilihan 2 mod, mod semburan berterusan atau sekejap-sekejap

SPRISE Moonlight Air Humidifier

Humidifier Terbaik Dengan Lampu Dekorasi

Mempunyai reka bentuk yang menarik, air humidifier ini bukan sahaja dapat memberi kelembapan kepada udara disekeliling malah boleh dijadikan dekorasi menarik terutamanya pada waktu malam dengan rekaan bentuk bulan yang mengeluarkan cahaya. Sama seperti bulan sebenar!

Dapat mengeluarkan kabus sehingga 8 jam, ia sangat sesuai untuk anda yang mencari air humidifier yang berharga murah tetapi berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan.

Apa yang kami suka?

  • Senyap, sesuai untuk dipasang ketika tidur.
  • Memberi cahaya yang warm, menjadikan tidur anda lebih berkualiti
  • Mempunyai fungsi automatik power-off apabila air habis
  • Bentuk yang portable boleh dibawa ke mana-mana

Air Humidifier With Starry Projector Light

Humidifier Terbaik Dengan Lampu Projektor

Mempunyai fungsi projektor, air humidifier ini sesuai untuk bilik anak anda. Dengan 6 pilihan lampu bintang yang sangat menarik, tangki air yang besar juga membolehkan kabus bertahan lebih lama sepanjang wanktu tidur iaitu lebih 20 jam serta 2 muncung semburan membolehkan kabus dihasilkan dengan lebih banyak.

Apa yang kami suka?

  • Tangki air yang besar iaitu 1000 ml
  • Mempunyai paparan digital untuk melihat jumlah bateri
  • Kabus yang dihasilkan dalam bentuk nano mist yang boleh melembabkan kulit

Perbandingan Harga Air Humidifier Terbaik

Jenama Saiz tangki (l/ml) Harga (RM)
Deerma Air Humidifier F600 5 l RM79.90
Taotronics AH014  5 l RM200.00
BASEUS Mini Magnetic Car Humidifier  - RM49.00
Deerma F500 Air Humidifier  5 l RM83.90
OGAWA Bio Breeze Ultrasonic Aroma Humidifier - RM219.00
MBH Lydia Humidifier 850 ml RM159.90
360° USB Humidifier Color LED Mini Ultrasonic Diffuser Purifier Atomizer Home Mist Maker  200 ml RM39.90
Xiaomi Mi Smart Antibacterial Humidifier 4.5 l RM189.00
Portable Wireless Ultrasonic Humidifier Night Light Air Humidifier 400 ml RM36.80
Small USB Air Humidifier Carousel Music Box with Light 320 ml RM49.90
SPRISE Moonlight Air Humidifier 880 ml RM24.99-RM26.99
Air Humidifier With Starry Projector Light 1000 ml RM45.90

Fungsi Humidifier vs Diffuser

Humidifier dan diffuser nampak sama tetapi kedua-dua ini mempunyai fungsi berbeza ya.

Berbeza dengan fungsi humidifier, diffuser direka untuk menguap kabus halus yang bercampur dengan minyak pati yang mampu memecah molekul ke udara secara lengkap dan sepenuhnya menjadi partikel halus bagi menyebarkan kebaikan kesihatan kepada pengguna essential oil itu sendiri, selain daripada memberi kesan sejuk dan mengharumkan ruang bilik atau rumah anda.

Bukan sahaja confuse dengan diffuser, ada juga tertukar dengan air purifier! Air purifier pula berfungsi untuk membersihkan udara persekitaran daripada sebarang benda asing.

Harganya lebih mahal tetapi sesuai untuk individu yang mempunyai sistem pernafasan yang sensitif seperti asma, alahan kepada bulu dan habukkerana kadar HEPA (high efficiency particulate air) yang tinggi. 

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 Pembersih Udara Terbaik di Malaysia, Pilih Satu Untuk Bilik Si Manja!

Baca juga: Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Baca juga: 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

Penulis

Nursyamimi