TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Bapa Cerai? Pastikan Anak Rasa Disayangi Dengan Tips Untuk Co-Parenting Ini

3 min bacaan
Ibu Bapa Cerai? Pastikan Anak Rasa Disayangi Dengan Tips Untuk Co-Parenting Ini

Ibu bapa cerai pasti mempunyai cara yang tersendiri dalam co-parenting bagi memastikan anak-anak mendapat kasih sayang secukupnya.

Selepas berpisah, ramai ibu bapa cerai berhadapan dengan cabaran untuk terus menjaga anak bersama-sama. Inilah yang dinamakan co-parenting di mana kedua-dua ibu bapa masih terlibat aktif dalam kehidupan anak-anak walaupun sudah tidak tinggal bersama.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Co-Parenting?
  • Tips Co-Parenting Untuk Ibu Bapa Cerai

Apa Itu Co-Parenting?

Co-parenting ialah apabila kedua-dua ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian anak-anak walaupun sudah berpisah.

Tujuannya adalah untuk memastikan anak-anak kekal rapat dengan kedua-dua ibu bapa serta mendapat kasih sayang dan sokongan penuh.

Hubungan ibu bapa yang baik walaupun selepas bercerai membantu anak rasa lebih tenang, kurang risau dan lebih gembira.

Tips Co-Parenting Untuk Ibu Bapa Cerai

1. Utamakan Anak, Bukan Diri Sendiri

Selepas perpisahan, mungkin ada rasa marah atau sakit hati terhadap bekas pasangan. Tapi dalam co-parenting, emosi ini perlu diketepikan.

Fokus utama mestilah pada kesejahteraan anak-anak. Ingat, yang paling penting adalah kebahagiaan dan kestabilan mereka.

Cara Nak Tenangkan Diri:

  • Bila marah, jangan lepaskan perasaan pada anak-anak. Luahkan pada kawan, terapi, atau boleh juga meluahkan perasaan pada kucing kesayangan anda!
  • Sentiasa ingat kenapa anda perlu buat yang terbaik. Semuanya demi kebahagiaan anak anda. Tengok gambar anak kalau rasa marah datang menyerang.
  • Jangan libatkan anak dalam masalah dewasa. Ini bukan masalah mereka, jadi jangan jadikan mereka orang tengah atau tempat untuk melepaskan amarah.

2. Komunikasi Terbuka

Komunikasi adalah kunci utama dalam co-parenting. Cuba untuk selalu berbincang dengan bekas pasangan tentang hal anak-anak dengan cara yang profesional dan penuh hormat.

Tak perlu sentiasa bersetuju, tetapi cukuplah sekadar saling mendengar dan menghormati pandangan satu sama lain. Anda boleh gunakan mesej atau e-mel jika tidak selesa bersemuka.

3. Kekalkan Rutin Yang Sama

Peralihan dari satu rumah ke satu rumah boleh jadi mencabar buat anak-anak. Setiap kali mereka pergi ke satu rumah, mereka terpaksa melupakan rumah yang satu lagi.

Kalau boleh, tetapkan peraturan, masa tidur atau waktu makan yang serupa di kedua-dua rumah.

Cara ini akan membuatkan anak-anak tak mudah keliru dan lebih mudah menyesuaikan diri tanpa rasa tertekan.

Antaranya:

  • Sentiasa ingatkan anak-anak beberapa hari sebelum mereka pergi ke rumah ibu atau ayah.
  • Bantu mereka berkemas lebih awal supaya tak ada barang yang tertinggal.
  • Bila anak-anak pulang, cuba luangkan masa santai dengan mereka, contohnya membaca buku atau menonton TV bersama. Ini akan bantu mereka rasa selesa semula di rumah.

4. Elakkan Letak Anak di Tengah Pertikaian

Anak-anak tak seharusnya jadi orang tengah antara anda dan bekas pasangan.

Jangan gunakan mereka untuk sampaikan mesej atau untuk mengadu tentang bekas pasangan. Ini boleh buat mereka rasa terbeban dan terperangkap dalam konflik.

5. Jangan Paksa Anak

Kadang-kadang, ada situasi di mana anak-anak tak mahu pergi ke rumah bekas pasangan. Ia adalah normal dan selalunya sementara saja.

Cuma pastikan anda bertanya punca mereka rasa begitu dan perbetulkan untuk mengelakkan konflik dibiarkan begitu sahaja.

Kalau perlu, berbincang dengan bekas pasangan untuk cuba selesaikan isu ni dengan lebih baik.

Memang tak dinafikan, bukan mudah untuk mengetepikan isu hubungan selepas berpisah apabila hal melibatkan anak-anak. Dengan merendahkan ego yang ada, dapat memberikan kegembiraan dan kebahagiaan mereka.

Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nafkah Isteri Dan Anak Selepas Cerai Mengikut JAKIM, Fahami Demi Kebajikan Diri Dan Keluarga

Baca juga: 8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Baca juga: Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai, Ibu Atau Ayah? Ini Jawapannya

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ibu Bapa Cerai? Pastikan Anak Rasa Disayangi Dengan Tips Untuk Co-Parenting Ini
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham