Imunisasi Tetanus Umur Berapa? Ini Jadual Vaksin Dan Jenis-Jenis Vaksin Tetanus Untuk Bayi & Kanak-Kanak

lead image

Imunisasi tetanus umur berapa? Semak umur yang disyorkan untuk vaksinasi dan pastikan anak anda terlindung dari penyakit berbahaya ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imunisasi tetanus umur berapa yang sesuai untuk diambil? Mungkin anda pernah dengar tentang penyakit kancing gigi atau tetanus iaitu satu jangkitan berbahaya yang boleh membawa maut kerana tiada penyembuh.

Sebab itulah, cara terbaik untuk melindungi diri adalah dengan mendapatkan vaksin tetanus.

Apakah Itu Vaksin Tetanus?

Vaksin tetanus adalah imunisasi yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria Clostridium tetani.

Biasanya, vaksin ini digabungkan dengan vaksin difteria dan pertusis dalam satu suntikan yang dikenali sebagai DTaP untuk kanak-kanak dan Tdap untuk orang dewasa.

Walaupun tetanus jarang berlaku, ia tetap boleh membahayakan. Statistik menunjukkan bahawa 10-20% pesakit tetanus berisiko mengalami komplikasi maut, terutamanya kerana kekejangan otot pernafasan yang boleh menyukarkan pernafasan.

Oleh itu, vaksinasi tetanus sangat penting untuk perlindungan kita semua. Vaksin ini mengandungi tetanus toxoid, iaitu versi tidak aktif bakteria Clostridium tetani yang tidak berbahaya dan membantu tubuh kita membina imuniti terhadap bakteria ini.

Imunisasi Tetanus Umur Berapa?

1. Bayi & Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun

Menurut Jadual Imunisasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi perlu mendapatkan suntikan DTaP pada usia 2, 3, dan 5 bulan serta dos booster pada 18 bulan untuk memastikan imuniti mereka berpanjangan.

2. Kanak-Kanak & Remaja (7-18 Tahun)

Pada umur 11 atau 12 tahun, dos booster Tdap atau Td diperlukan untuk meningkatkan perlindungan terhadap tetanus. Imuniti vaksin ini boleh bertahan selama 10 tahun dan suntikan tambahan diperlukan setiap 10 tahun selepas itu.

3. Dewasa

Dewasa perlu mendapatkan suntikan booster setiap 10 tahun untuk memastikan perlindungan berterusan. Jika anda tidak pernah menerima vaksin tetanus semasa kecil atau sudah lebih 10 tahun sejak dos terakhir, segera dapatkan suntikan untuk mengelakkan risiko jangkitan.

4. Ibu Mengandung

Ibu hamil disarankan mendapatkan suntikan booster pada trimester ketiga. Selain melindungi diri sendiri, vaksin ini juga membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada tetanus dan batuk kokol (pertussis).

Jenis-Jenis Vaksin Tetanus

Tetanus atau penyakit kancing gigi boleh menyerang sistem saraf dan menyebabkan kekejangan otot  yang serius.

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Clostridium tetani yang boleh ditemui dalam tanah, habuk, dan baja. Biasanya, bakteria ini masuk ke dalam tubuh melalui luka terbuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Jenis Vaksin Penyakit Yang Dicegah Golongan Penerima
DTaP Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol) Bayi & kanak-kanak bawah 6 tahun
DT Difteria, Tetanus Kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin pertussis
Tdap Difteria, Tetanus, Pertussis Remaja (11-12 tahun), Dewasa, Ibu mengandung
Td Difteria, Tetanus Kanak-kanak 7 tahun ke atas & orang dewasa

Siapakah Yang Memerlukan Suntikan Vaksin Tetanus?

Semua individu disarankan untuk mendapatkan vaksin tetanus mengikut jadual yang ditetapkan. Namun, terdapat situasi tertentu di mana vaksin ini menjadi sangat penting:

  • Jika anda mengalami luka tercemar seperti tertusuk paku berkarat atau luka dalam yang kotor, suntikan tetanus mungkin diperlukan, terutamanya jika status vaksinasi anda tidak lengkap atau tidak diketahui.
  • Disarankan untuk mendapatkan vaksin Tdap semasa trimester ketiga kehamilan untuk melindungi bayi yang baru lahir daripada pertusis.

Golongan Yang Tidak Boleh Mendapat Suntikan Vaksin Tetanus

Walaupun vaksin tetanus selamat untuk kebanyakan individu, terdapat beberapa golongan yang perlu berhati-hati atau mengelakkan vaksinasi ini:

  • Jika anda pernah mengalami reaksi alergi serius terhadap komponen vaksin tetanus, elakkan daripada mendapat suntikan ini.
  •  Individu yang mengalami penyakit serius disarankan menangguhkan vaksinasi sehingga mereka pulih sepenuhnya.

Sebelum menerima vaksin, adalah penting untuk berbincang dengan profesional kesihatan mengenai sejarah perubatan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan Sampingan Yang Mungkin Dialami

Seperti vaksin lain, suntikan tetanus juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Walaupun kebanyakannya ringan dan sementara, penting untuk anda mengetahuinya supaya tidak panik jika mengalaminya.

1. Reaksi di Tempat Suntikan

Selepas menerima suntikan, anda mungkin akan mengalami kemerahan, bengkak atau sedikit kesakitan di kawasan yang disuntik. Ini adalah tindak balas biasa tubuh terhadap vaksin dan akan reda dalam masa beberapa hari.

2. Demam Ringan

Ada juga individu yang mengalami sedikit peningkatan suhu badan selepas suntikan. Jangan risau, ini hanyalah reaksi sistem imun yang sedang bekerja untuk membina perlindungan terhadap tetanus.

Biasanya, demam ini tidak berpanjangan dan boleh dikawal dengan rehat yang cukup serta pengambilan air yang mencukupi.

3. Rasa Letih atau Kelesuan

Sebilangan orang mungkin berasa letih atau kurang bertenaga selepas menerima vaksin. Ini adalah kesan sampingan sementara dan tubuh akan kembali segar selepas berehat secukupnya.

Secara amnya, kesan sampingan ini bersifat ringan dan akan hilang dengan sendirinya. Namun, jika anda mengalami gejala yang luar biasa atau berlarutan seperti kesukaran bernafas, bengkak teruk atau demam tinggi yang tidak reda, segera dapatkan rawatan perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melindungi diri dan keluarga daripada tetanus adalah langkah penting untuk kesihatan jangka panjang.

Jangan lupa untuk mengikuti jadual imunisasi tetanus yang disyorkan dan berbincang dengan doktor jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai vaksinasi.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Vaksin Bayi Dan Kanak-Kanak Di Malaysia Menurut KKM, Ibu, Pastikan Anak Dapat Vaksin Lengkap!

Baca juga: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Imunisasi Untuk Anak di Malaysia

Baca juga: Demam Campak: Panduan Lengkap Untuk Anda, Ini Punca Dan Pencegahan Yang Boleh Diambil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah