X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wahai Suami, Kami Bukan Tag Sekadar Suka-Suka Di Facebook

4 min bacaan
Wahai Suami, Kami Bukan Tag Sekadar Suka-Suka Di Facebook

Kadang-kadang post itu adalah mengenai anak kita, atau sesuatu yang boleh membantu mengeratkan hubungan suami isteri, ataupun tip penting serta pendapat dari mereka yang sudah mengalaminya. Jadi suami-suami sekalian, kami bukan tag sekadar suka-suka sahaja di Facebook, pasti ada sebabnya!

Pada mulanya, tindak balas Brad Kearns adalah serupa seperti suami-suami lain apabila isteri tag nama suami pada post-post di Facebook: dia tidak mengendahkannya.

Blogger berusia 28 tahun dan bapa kepada 2 orang anak telah menulis di laman Facebook, tentang isterinya yang suka tag nama dia untuk berkongsi apa yang dia baca:

“Setiap hari dia tag saya tentang hal baru di Facebook. Setiap hari. Sehingga beberapa kali sehari. Seolah-olah dia memburu seluruh internet hanya untuk tag saya. Memes, peristiwa, cerita, dan lain-lain”

Seperti suami lain, naluri pertama Kearns adalah untuk tidak mengambil kira apa yang dikongsi isterinya:

“Dulu saya rasa apa semua benda remeh ni? Saya benar-benar tidak tahu apa kaitannya dengan saya?” 

Dan bukan Kearns seorang sahaja yang berasa begitu. Apabila dia blog sebagai DaDMuM, Kearns sering melihat postnya dikongsi oleh orang ramai dengan suami mereka, dan tindak balas mereka semuanya sama. Dia menulis:

“Wanita lain suka tag teman mereka apabila saya post sesuatu dan saya selalu melihat balasan yang sama, “tak nak baca,” atau, “terlalu panjang.”

Cara lain untuk berkomunikasi

tag suami di facebook

Pasangan suami isteri yang tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Sumber gambar : Tips of Divorce

Tetapi apabila dia mula memberi perhatian tentang cerita-cerita dan gambar yang telah dikongsi oleh isterinya, Kearns baru sedar sesuatu yang sangat penting.

Antara sebab mengapa isterinya selalu tag dia di Facebook adalah kerana ia merupakan salah satu cara bagaimana isterinya berkomunikasi dengan dia pada hari tersebut.

Kadang-kadang perkara yang dikongsikan oleh isterinya dapat mengatakan isi hati yang tidak dapat disuarakan secara depan-depan: 

“Dari semasa ke semasa, saya sedar bahawa dia akan tag saya kerana ia lucu, berwawasan atau relevan untuk hubungan kami. Kadang-kadang post itu sudah sangat sesuai dan tidak memerlukan komen lain. Saya akan cuba untuk memaklumkan isteri saya, yang saya telah membaca post itu. Sebenarnya, langkah ini tidak susah.”

Kearns bukan sahaja sedar isterinya telah menggunakan tag Facebook untuk membincangkan perkara-perkara yang penting,  ia juga membuka ruang untuk mereka berkomunikasi.

Ia bukanlah sesuatu yang dianggap sia-sia, malah telah membantu Kearns memahami isterinya dengan lebih baik:

“Secara jujur, ia banyak membantu saya untuk menilai keadaan isteri saya dan untuk memahami apa yang dia rasa menarik. Kadang-kadang ia akan menjadi asas perbualan kami apabila saya pulang ke rumah. Selalunya dia akan bertanya, “Ada abang tengok post yang saya tag tadi?” Mungkin ada yang anggap ini cara yang kurang bijak, tetapi ia telah banyak membantu kami untuk berkomunikasi.”

Peringatan penting untuk semua lelaki
tag suami di facebook

Kearns ingin memperingatkan semua lelaki yang perbuatan tidak mahu ambil kisah ini akan membantutkan hubungan komunikasi dengan isteri dalam kehidupan mereka:

“Perbualan antara suami isteri akan berhenti. Apa sahaja mesej yang tersirat dalam hati tidak diendahkan kerana keangkuhan dan sikap malas untuk mengambil masa beberapa saat untuk membaca sesuatu yang mungkin penting.”

Bayangkan kalau suami tidak endahkan depan muka isteri, kan biadap namanya?:

“Jika dia sudah tag nama suami di situ, mestilah dia nak suami dia baca! Kalau suami isteri sedang berjalan-jalan di taman dan tiba-tiba isteri berkata, “Eh apa tu?” Takkan suami akan buat tak tahu dan tidak layan.”

Kadang-kadang post itu adalah mengenai anak kita, atau sesuatu yang boleh membantu mengeratkan hubungan suami isteri, ataupun tip penting serta pendapat dari mereka yang sudah mengalaminya.

Bukan memakan masa yang lama pun untuk anda klik dan baca pengisian yang dikongsi. Malah sebagai suami dan bapa anda wajib untuk menambah ilmu, walaupun sekecil-kecil maklumat.

tag suami di facebook

Kalau malas sangat nak baca, anda boleh tanya terus pada isteri, apakah yang dikongsi itu? Malah ia boleh membawa ke perbincangan yang sihat. 

Dan untuk kaum isteri pula, kalau suami dah bertanya itu tolonglah explain dengan baik. Jangan anda pula pergi jawab “ah, bacalah sendiri!” lagilah malas orang tu nak membaca. 

Jadi suami-suami sekalian, kami bukan tag sekadar suka-suka sahaja di Facebook, pasti ada sebabnya!

Sumber: Dearly, DadMum

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Mengapa Suami Hanya Buat Kerja Rumah Apabila Disuruh? Kami Rungkaikan Persoalan Ini

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Wahai Suami, Kami Bukan Tag Sekadar Suka-Suka Di Facebook
Kongsikan:
  • 5 Perkara Yang Setiap Isteri Mahu Dengar Dari Suami Mereka

    5 Perkara Yang Setiap Isteri Mahu Dengar Dari Suami Mereka

  • Husbands: Stop doing these 5 things and save your marriage

    Husbands: Stop doing these 5 things and save your marriage

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 Perkara Yang Setiap Isteri Mahu Dengar Dari Suami Mereka

    5 Perkara Yang Setiap Isteri Mahu Dengar Dari Suami Mereka

  • Husbands: Stop doing these 5 things and save your marriage

    Husbands: Stop doing these 5 things and save your marriage

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.