X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Budak Maut Terperosok Dalam Lubang Jambatan, Jatuh Semasa Bercuti Di Sabah

4 min bacaan
Budak Maut Terperosok Dalam Lubang Jambatan, Jatuh Semasa Bercuti Di SabahBudak Maut Terperosok Dalam Lubang Jambatan, Jatuh Semasa Bercuti Di Sabah

Semoga keluarga mangsa mendapat pembelaan dari kemalangan ini...

Pengalaman bercuti bagi sebuah keluarga yang berasal dari Johor telah menjadi satu tragedi apabila anak kecil mereka jatuh dari tempat tinggi dan mengakibatkan kematian.  Tambah menyedihkan, ia berlaku akibat kecuaian pihak lain yang tidak bertanggungjawab!

Siapa yang menyangka situasi tersebut boleh berlaku padahal si ibu sedang berjalan di belakang anak-anaknya sahaja. Namun ia berlaku terlalu pantas!

Kanak-Kanak Perempuan Jatuh Dari Tempat Tinggi Sehingga Maut

keselamatan anak

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.40 petang 1 Disember 2019 di sebuah bangunan di Penampang, Sabah, keluarga yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu sedang menikmati makan tengah hari di tingkat 5 sebuah bangunan.

Kemudiannya dua orang anak kecil yang berusia 3 tahun dan 1 tahun 7 bulan ingin berjalan-jalan di sekitar bangunan tersebut. Si ibu menemani mereka sambil merakamkan video adik beradik tersebut berlari berpegangan tangan untuk kenangan, tanpa mengetahui bahaya yang menunggu jambatan penghubung dengan bangunan bersebelahan. 

Namun, si adik tiba-tiba melepaskan tangan kakaknya lalu berlari ke bahagian hujung sebelum terperosok dalam celah lubang di hujung jambatan dan terjatuh ke bawah!

Tiada siapa dapat menjangka keadaan ini tambahan lagi apabila berada di kawasan yang tidak dikenali.

Anak Disahkan Meninggal Dunia, Ibu Dikatakan Cuai

Kejadian tersebut yang berlaku di depan mata si ibu berlaku terlalu pantas, menyebabkan si ibu tidak sempat menyelamatkan anaknya. Dia terus bergegas mendapatkan si kecil namun semuanya sudah terlambat apabila doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia akibat jatuh dari tempat tinggi.

keselamatan kanak-kanak

Menurut laporan Daily Express Sabah, ibu mangsa tidak menjaga anaknya pada waktu kejadian. Malah menggunakan perkataan ‘membiar’ di mana mereka memetik perkataan itu dari kenyataan polis.
 
Ibu mana yang tidak sedih apabila dituduh sedemikian padahal sentiasa berada bersama anak-anak pada ketika itu. Mujurlah ada bukti video yang menunjukkan ibu ada bersama anak-anaknya semasa kejadian tersebut berlaku, namun malang tidak berbau.
 
Bukankah sepatutnya pengurusan bangunan tersebut meletakkan papan tanda yang menyatakan tempat tersebut bahaya untuk dilalui?
jatuh dari tempat tinggi

sumber: worldofbuzz

 
Akibat tuduhan ini juga, laporan polis juga telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa.
 
Cara Mengendalikan Kanak-Kanak Jatuh
 
kecederaan kanak-kanak
 
Walaupun kejadian di Penampang ini telah menyebabkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia, namun ibu bapa boleh mengambil pengajaran dari kisah ini. Tidak dinafikan ia merupakan kecuaian pihak pengurusan kerana mengabaikan keselamatan orang ramai, namun anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya anak jatuh dari tempat tinggi.
 
Anak jatuh adalah perkara yang biasa berlaku terutamanya dalam keadaan si kecil yang melasak dan sering berlari tanpa mengetahui risiko. Ada yang menyebabkan luka kecil, namun ada juga yang menyebabkan  kecederaan yang lebih serius.
 
Ikut panduan di bawah sekiranya berlaku kejadian anak jatuh:

Apa yang perlu dilakukan?

Hubungi talian kecemasan untuk bantuan dan jangan angkat @ gerakkan anak jika dia:

  • Mengalami kecederaan serius kepala, leher, belakang, tulang pinggul atau paha
  • Tidak sedarkan diri
  • Sukar untuk bernafas
  • Tidak bernafas (lakukan CPR jika anda tahu bagaimana untuk melakukannya)
  • Kekejangan

Sekiranya anak tidak muntah dan tidak mempunyai gejala di atas:

  • Tenangkan anak dan cari sebarang kecederaan.
  • Letakkan kompress sejuk atau pek ais pada mana-mana benjolan atau lebam.
  • Berikan acetaminophen atau ibuprofen untuk sakit jika anak sedar diri.
  • Biarkan anak anda berehat untuk beberapa jam.
  • Perhatikan anak dengan lebih dekat selama 24 jam untuk sebarang gejala atau tingkah laku yang luar biasa.

Dapatkan Bantuan Perubatan Jika Anak Anda:

  • Menjadi sangat mengantuk atau sukar untuk bangun
  • Mudah terganggu atau kecewa dan tidak boleh dihibur
  • Muntah lebih dari sekali
  • Mengadu kepala, leher, atau sakit belakang
  • Mengadu kesakitan yang semakin meningkat di sebarang bahagian tubuh.
  • Tidak berjalan dengan normal
  • Tidak menumpukan perhatian pada matanya secara normal
  • Menunjukkan sebarang tingkah laku atau gejala yang membimbangkan anda

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Budak Maut Terperosok Dalam Lubang Jambatan, Jatuh Semasa Bercuti Di Sabah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thereporter.my

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-jatuh-dari-tempat-tidur

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Budak Maut Terperosok Dalam Lubang Jambatan, Jatuh Semasa Bercuti Di Sabah
Kongsikan:
  • Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

    Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

  • Budak Lelaki 5 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 9 Hotel, Parents Sila Alert Keselamatan Anak!

    Budak Lelaki 5 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 9 Hotel, Parents Sila Alert Keselamatan Anak!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

    Budak Jatuh Eskalator 4 Tingkat Ketika Ibu Leka Di Kerusi Urut Mall, Sadisnya!

  • Budak Lelaki 5 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 9 Hotel, Parents Sila Alert Keselamatan Anak!

    Budak Lelaki 5 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 9 Hotel, Parents Sila Alert Keselamatan Anak!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.