TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Demi Sesuap Nasi, Ibu Gendong Bayi 3 Bulan Jual Air Tebu, Kongsi Rezeki Dengan Anak Jiran Yang Lumpuh

10 Jun, 2022
Demi Sesuap Nasi, Ibu Gendong Bayi 3 Bulan Jual Air Tebu, Kongsi Rezeki Dengan Anak Jiran Yang Lumpuh

Jual air tebu di tepi jalan sambil menggendong bayi usia 3 bulan. Ibu ini dipuji hebat dan tabah demi mencari rezeki yang halal buat keluarga

Ini yang telah berlaku di Tawau, Sabah, seorang ibu muda terpaksa jual air tebu sambil mengendong bayinya yang baharu sahaja berusia tiga bulan. Kisah menyayat hati ini telah mendapat perhatian dan meraih simpati oleh masyarakat setempat di sekitar Tawau.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jual air tebu segar, ibu muda ini cuba nasib mencari rezeki yang halal
  • Jualan diborong habis oleh insan yang berhati mulia
  • Jual air tebu untuk kongsi rezeki dengan jiran
  • Mendapat sambutan hebat oleh orang ramai

Jual air tebu segar, ibu muda ini cuba nasib demi rezeki yang halal

ibu jual air tebu

Mendapat hampir 1,500 perkongsian, kisah ibu muda ini telah dikongsikan oleh Vitaminbae di laman Facebooknya.

Menurutnya, ibu muda ini dan suaminya akan mula menggiling tebu pada awal pagi dan mula menjualnya pada waktu tengahari dengan dibotolkan. Setiap botol air tebu yang bersaiz 1.5 liter itu akan dijual dengan harga sebanyak RM5.

Ibu muda ini sebenarnya baharu sahaja 3 tiga hari menceburkan diri menjual air tebu. Menariknya, air tebu yang dijual adalah segar dan diproses sendiri oleh mereka berdua.

Jualan diborong habis oleh insan yang berhati mulia

borong air tebu

Melalui hantarannya itu dia menulis,

“Alkisahnya,  perancangannya ingin mencari akak ni petang hari. Sekitar jam 2 kami melalui tempat ini, rezeki berjumpa dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya. Alhamdulillah.

Semalam, ramai kawan-kawan di Facebook ni tag kami berkenaan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan-kawan yang prihatin, jazakumullah kheir.

Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan-kawan semua dengan memborong semua air tebunya.

Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia tiga bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!”

Jual air tebu untuk kongsi rezeki dengan jiran

ramai beli air tebu

“Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi-bagi dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yang diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar.

Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan, Amin. Terima kasih.” Akhirinya.

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!

Mendapat sambutan hebat oleh orang ramai

Jualan ibu muda ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Hasil jualannya juga banyak yang telah diborong.

Semoga usahanya untuk mencari rezeki demi keluarga dan dalam masa yang sama ingin membantu anak jirannya itu akan berjaya seta membuahkan hasil. Insya-Allah.

Vitaminbae

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Beginilah perjuangan dan susah-payah seorang ibu mencari rezeki dari mata lelaki

Baca juga:  Ibu Tunggal Sedia Khidmat ‘Siang Barang Basah’ Sebagai Lubuk Rezeki Di Musim PKP

Baca juga: Tak mampu bayar pengasuh, ibu 4 anak ini terpaksa letak anak di kedai dobi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Demi Sesuap Nasi, Ibu Gendong Bayi 3 Bulan Jual Air Tebu, Kongsi Rezeki Dengan Anak Jiran Yang Lumpuh
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham