Perkara yang semua ibu hamil perlu tahu tentang kancing gigi, jangan sampai terlambat!

lead image

Kita selalu dengar tentang kancing gigi. Anak kita juga selalu diberi suntikan kancing gigi. Tapi adakah anda tahu apa sebenarnya kancing gigi?

Semasa anda mengandung, anda diberi suntikan kancing gigi, selepas anda melahirkan anak, anak anda juga akan diberikan suntikan kancing gigi beberapa kali pada tahun pertama kelahirannya. Tapi tahukah anda apa itu kancing gigi?

Mengapa suntikan kancing gigi ini penting?

kancing gigi

Apa itu kancing gigi?

Kancing gigi atau tetanus berlaku di seluruh dunia. Ia terjadi kerana spora bakteria Clostridium tetani yang terdapat di mana-mana terutama di kawasan pertanian dan kawasan yang terlibat dalam aktiviti mengendalikan najis haiwan.  

Spora Clostridium tetani ini akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka; sama ada luka tercucuk atau luka terbuka.

Punca kancing gigi

Penyebab terjadinya kancing gigi adalah kerana bakteria Clostridium tetani yang menghasilkan neurotoksin berbahaya di dalam tisu mati seperti dari luka yang kotor.

Ibu mengandung yang diberi suntikan tetanus adalah supaya antibodi boleh memasuki tubuh bayi di dalam kandungan. Ini untuk mencegah bayi yang baru lahir dari dijangkiti kancing gigi.

Seperti yang kita tahu, antibodi bayi yang baru lahir masih belum boleh melawan penyakit, jadi suntikan yang diberikan pada ibu semasa mengandung boleh mengelakkan bayi dari terkena jangkitan kancing gigi seperti semasa tali pusat dipotong menggunakan peralatan yang tidak disuci ataupun melalui penjagaan tali pusat yang tidak bersih seperti meletakkan ubat-ubat tradisional.

Simptom yang perlu anda perhatikan

kancing gigi

Tetanus bermula dengan kejang ringan pada otot rahang yang dikenali sebagai kejang mulut. Kejang ini juga boleh menjejaskan dada, punggung, leher dan otot perut.

Tetanus umum boleh menjejaskan semua otot rangka. Tetanus tempatan menjejaskan otot-otot berdekatan luka. Tetanus cephalic menjejaskan satu atau beberapa otot di muka dengan cepat selepas kecederaan kepala atau jangkitan telinga.

Kadang-kadang, kejang boleh menjejaskan otot-otot yang berkaitan dengan pernafasan, menyebabkan masalah pernafasan. Tindakan otot yang berpanjangan boleh menyebabkan penguncupan yang berlaku secara tiba-tiba, kuat dan menyakitkan.

Hal ini dikenali sebagai tetani. Episod ini boleh menyebabkan keretakan atau otot menjadi koyak.

Kadar kematian antara 10% hingga lebih 80% terutama di kalangan mereka yang tidak pernah menerima pelalian, mereka yang berumur 60 tahun ke atas atau bayi baru lahir.

Rawatan untuk penyakit berbahaya ini

  • Antitoksin dan antibiotik hendaklah diberikan seiring; antitoksin untuk menawarkan toksin bakteria dalam badan dan antibiotik untuk membunuh bakteria yang ada.
  • Immune Globulin (GIT) disuntik ke dalam otot atau antitoksin tetanus dalam satu dos yang besar disuntik ke dalam urat selepas ujian sensitiviti dijalankan.
  • Antibiotik Metronidazole dalam dos yang besar disuntik ke dalam urat dan diberikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari.

Pencegahan kancing gigi

Untuk mencegah terjadinya Tetanus, pemberian vaksin biasanya berkesan. Pemberian vaksin diberikan setiap 10 tahun sekali.

Hal ini kerana terbukti secara umum yang ia berlaku pada individu-individu yang tidak diberikan vaksin  dalam sepuluh tahun. Pemberian vaksin mempunyai keupayaan untuk mencegah terjadinya Tetanus sehingga 5 tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: myhealth.gov.my

Baca juga:

Terkena virus Japanese Encephalitis (JE) dari nyamuk, anak kecil ini koma lalu maut