TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tak Salah Tapi Biar Berpada, Doktor Ini Dikecam Netizen Selepas Tegur Minuman Viral Tinggi Gula

9 Aug, 2023
Tak Salah Tapi Biar Berpada, Doktor Ini Dikecam Netizen Selepas Tegur Minuman Viral Tinggi Gula

Tular perkongsian seorang doktor dikecam selepas meluahkan kebimbangannya di Facebook terhadap bahan tinggi kandungan gula dalam minuman viral

Asal nampak sedap di tekak semuanya nak ditelan. Itulah realitinya zaman sekarang apabila melihat hidangan viral atau hype ‘sedap’ nya padahal sebab manis sahaja. Rasa manis itu boleh membuatkan seseorang menjadi ketagih yang mengundang pelbagai penyakit kronik seperti diabetes seperti tular di media sosial mengenai perkongsian seorang doktor, Khairy Malik dikecam selepas menegur kandungan gula dalam minuman viral yang sangat tinggi.

Dalam postingnya, dia turut memuat naik satu tangkap layar dari video tular seorang peniaga di Facebook yang bertindak mencampurkan dua bahan tinggi kandungan gula dalam minuman kepada pelanggannya.

“Erm, aku tak tahu macam mana nak susun ayat. Nanti orang ingat aku nak condemn bisnes orang Melayu. Tadi lalu video orang jual minuman di Facebook ni.

“Asalnya, dia campur air tin atau air gas berkarbonat dengan susu sejat. Aku tengok boleh tahan banyak sukatannya. Aku ingatkan tu video parodi atau video meme kelakar. Rupanya itu menu sungguh yang memang dijual dan wujud,” luahnya.

kandungan gula dalam minuman

Menurut pengamal perubatan yang bertugas di unit kecemasan mengendalikan pesakit diabetes, tidak ada salah sekiranya posting yang tular ini boleh dijadikan sebagai peringatan kepada orang ramai.

Berdasarkan pemerhatiannya sepanjang bertugas, pesakit kencing manis bukan sahaja dihidapi oleh golongan berusia, malah saban tahun semakin menular dalam golongan muda pun turut tidak terkecuali.

“Aku nak tegur ni rasa tak layak sebab aku bukan dietitian atau nutritionist ke apa. 
Dulu waktu aku mula-mula jadi doktor, aku cuma nampak orang atas 50 tahun yang ada diabetes ni. Tapi semenjak dua tiga tahun ni, aku jumpa orang yang 30 tahun, 40 tahun dah ada diabetes.
Bukan saja diabetes, malah dengan komplikasinya sekali. Termasuklah penyakit lekangan retina, kegagalan buah pinggang dan polineuropati,” katanya.
 
Namun sebagai manusia biasa, Khairy mengakui bahawa dia juga tidak mengamalkan pemakanan sihat namun peringatan ini juga ditujukan terutama untuk dirinya sendiri supaya sama-sama beringat di kemudian hari.
 
Kongsinya lagi, “Aku tahu pemakanan aku pun tak bagus juga. Kejap makan M******ds lepas tu air S***b**k selalu. Tapi jom lah kita sama-sama beringat termasuk aku, bahawa diabetes itu penyakit yang sangat bahaya dan susah nak dikawal.
Ni kena kat batang hidung aku sendiri juga sebab selalu minum C***** b***, S***b**k dan Z***.”
 
Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa ia bukanlah tanda larangan sebaliknya pada akhirnya semua itu adalah pilihan masing-masing.
 
“Kadang kita rasa benda tu tak manis, rapi kandungan gula kat dalam tu mashaAllah tinggi betul.Betul, kalau tak nak beli tak yah la beli. Tapi tak yah la nak hasut orang supaya jangan beli.
Eh tak aku tak hasut. Nak beli, belilah. Macam rokok juga, risiko sendiri. Ni peringatan saja,” ujarnya di akhir perkongsian tersebut.
komen
 
Menjengah ke ruangan komen, doktor tersebut membalas di ruangan komen selepas hantarannya mendapat kecaman dari netizen yang tidak sependapat dengannya.

“Saya dah agak ramai kecam. Ramai yang komen “ala minuman ni dari dulu dah ada”.

“Ada yang suruh nasihat jenama lain dulu. Tak kiralah jenama apa pun, kalau tak sihat semua tak okay.

“Apa-apa pun pilihan di tangan anda. Jangan nak triggered lebih-lebih sangat,” tulisnya.

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
What Is the New Standard of Gentle?
What Is the New Standard of Gentle?
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
mStar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Hati-Hati, Minuman Rendah Kalori Kononnya ‘Sihat’ Untuk Diet, Tapi Mungkin Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Baca juga: Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan Ketika Hamil, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

Baca juga: Cun Habis! Wanita ini Tak Minum Air Manis Selama 6 bulan Untuk Dapatkan Kulit Cantik & Berat Idaman

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tak Salah Tapi Biar Berpada, Doktor Ini Dikecam Netizen Selepas Tegur Minuman Viral Tinggi Gula
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham