Susu Ibu Bagus Untuk Nutrisi Anak & Mampu Merawat Kulit Kering? Ini Kegunaan Lain Susu Ibu Ramai Tidak Tahu

Tahukah anda yang susu ibu bukan saja makanan paling bagus untuk bayi, tapi juga mampu merawat luka kecil? Jom semak 12 kegunaan lain bagi susu ibu ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah makanan yang paling sesuai untuk anak tersayang. Khasiat susu ibu termasuk membekalkan pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh selain antioksidan, enzim, dan antibodi yang kuat!

Namun tahukah anda susu ibu yang hebat ini juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain?

12 Kegunaan Istimewa Susu Ibu Serta Khasiat Susu Ibu Anda Tidak Tahu!

Ha… sebenarnya kami telah bongkarkan apa yang anda boleh buat dengan susu ibu. Jom semak apakah 12 kegunaan lain bagi susu ibu yang sungguh hebat lagi menakjubkan ini!

1. Untuk merawat cradle cap

Kredit: Facty Health

Cradle cap atau lebih dikenali sebagai seborrheic dermatitis, adalah keadaan biasa yang selalu dialami bayi baru lahir. Ia kelihatan seperti kulit kepala kering berwarna kuning atau coklat, yang bersisik atau berkerak seperti kelemumur.

Pakar perubatan mengatakan keadaan ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang sebelum hari jadi pertama bayi.

Namun, jika anda tidak suka melihat keadaan kulit kepala yang berkerak dan bersisik, anda boleh cuba sapukan susu ibu. Urut bahagian kepala dengan beberapa titisan susu sehingga kepingan kulit tertanggal. Kemudian berus keluar kepingan kulit itu dengan menggunakan berus rambut yang lembut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Untuk merawat ruam lampin 

Oleh sebab susu ibu boleh membantu melawan jangkitan dan melegakan sakit kulit, ia adalah alternatif yang paling murah dan paling berkesan untuk menyembuhkan ruam lampin bayi. 

Apabila kawasan ruam disapu susu dengan konsisten, ia akan menjadikan kulit bayi halus semula.

Jangan lupa untuk membiarkan kulit bayi kering selapas susu disapukan. Tapi jika ruam itu tak bertambah baik selepas satu atau dua hari menggunakan remedi ini (atau ubat-ubatan lain), dapatkan nasihat dari doktor.

3. Merawat sinus serta jangkitan mata dan telinga

Kredit: Medical News Today

Sekiranya anak anda menghidap masalah sinus, cuba masukkan 2-3 titik susu ke dalam hidungnya! Anda mungkin rasa ini sangat menjijikan, tapi ia mampu memberi kelegaan.

Susu ibu juga boleh membantu merawat jangkitan mata dan telinga. Anda hanya perlu setitik dua cecair emas ini!

Tapi jika anak menghidap penyakit pink eye, bawa dia jumpa doktor dengan segera

4. Untuk melegakan cacar ayam

Susu ibu juga boleh melegakan rasa gatal-gatal akibat cacar ayam dan mengurangkan risiko parut pada kulit.

Walau bagaimanapun dapatkan nasihat doktor sebelum cuba merawat cacar ayam dengan cara ini, ya.

5. Untuk gigitan serangga, luka calar dan melecur

Susu ibu juga dapat membantu melegakan rasa gatal dan sakit pada kulit akibat gigitan serangga, luka calar dan melecur yang tidak serius.

Ini disebabkan sifat antibakteria serta ciri-ciri lain dalam susu ibu yang boleh mempercepatkan penyembuhan kecederaan ringan.

6. Sebagai makeup remover

Anda kehabisan makeup remover? Gunakan susu ibu untuk membersihkan muka anda dengan cara semulajadi!

Ia tidak mempunyai bahan kimia dan boleh membersihkan muka dengan berkesan tanpa menyebabkan kerengsaan dan rasa kulit yang kering! Ia dapat melembapkan kulit dan menjadikannya licin dan lembut.

7. Bibir yang kering

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pinterest

Tak perlu beli lip balm lagi jika bibir anda selalu dalam keadaan yang kering. Sapukan sedikit susu ibu segar dan lihatlah sendiri kesannya!

8. Untuk melegakan sakit tekak

Oleh sebab sifat antimikroba seperti yang dijelaskan sebelum ini, susu ibu merupakan cara terbaik dan semulajadi untuk melegakan sakit tekak

Jika bayi anda sakit tekak, biarkan dia menyusu dengan lebih banyak. Ini rupanya antara khasiat susu ibu!

Petua untuk kanak-kanak yang lebih tua: kumur susu yang telah dipam dengan kerap. Itu sahaja!

9. Mandi susu ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Healthline

Jika anda mempunyai stok susu beku (EBM) yang banyak dan hampir lepas tarikh luputnya, anda bolehlah cuba melakukan milk bath atau mandi susu ibu untuk bayi anda.

Cara-cara:

  1. Keluarkan 1 atau 2 beg susu ibu daripada peti ais dan tunggu sehingga ia cair.
  2. Tuangkan susu ibu ke dalam air suam dalam tab mandian. Anda tidak perlu tuang dengan banyak!
  3. Periksa suhu air dulu kemudian rendam/mandikan anak anda.
  4. Lap sehingga kulit kering.

Kulit bayi anda akan menjadi sangat lembut selepas mandian mewah ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Mata bengkak dan merah

Anda mempunyai mata yang merah dan bengkak kerana menyusukan bayi beberapa kali semalam?

Jangan bazirkan wang anda untuk membeli krim mata yang mahal kerana anda boleh menggunakan susu ibu! Untuk mengurangkan bengkak atau kemerahan mata, rendam kapas dalam susu yang sejuk kemudian letakkan pada mata anda! 

11. Bau ketiak

Macam susah nak percaya, tapi susu ibu boleh mengurangkan bau ketiak!

Cara-cara:

  1. Sapukan sedikit susu pada bahagian ketiak yang bersih
  2. Biarkan ia kering
  3. Dan amalkan setiap hari untuk membasmi bau ketiak

12. Dalam masakan

Susu ibu juga boleh digunakan sebagai ramuan untuk buat ais krim, cupcake dan susu untuk kopi. Ia adalah alternatif yang lebih sihat berbanding dengan susu biasa mahupun creamer kopi. Layari sini untuk resipi-resipi yang hebat yang menggunakan susu ibu.

Selamat mencuba.

Kredit gambar: NCT

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Baki Susu Ibu Yang Tidak Habis Digunakan Semula?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio